Family Day 2017

Diary Ramadhan: Day 16

Hi korang
 
Dugaan di bulan puasa betul. Kan Isnin motor rosak. Pastu petang tu my dad dah hantar pergi bengkel. tapi dia tak reti sangat pasal motor kot, dia tak check apa semua. so pagi tadi pergi kerja dah lah terlambat. tau tau je ada bunyik gedek gedek gedek (macam nak terbarai motor)
 
Ocin kata ni mesti skru longgar. wahduh. pastu kena redha je lah jalan slow slow sampai kat workshop. Ni memang satu satunya workshop yang bukak pepagi buta area sini kot. ada lah 4,5 motor. worker pulak sorang je. Tauke dia busy buat apa entah susun itu ini. hadoi lecak ketiak I
 
Pastu tau tau Ocin berdikari buat sendiri. hahaha kelakar pulak. Tapi takyah bayar apa apa lah. kira kami pinjam tools je. sampai opis 8.59am hokeh -_-
 
 
 
Today bukak puasa atas motor. lepas je tol Akleh tengok ada few motorcyclist berhenti minum . Kami pun join lah. I siap bawak bekal kurma pastu Ocin bantai gelak. dah tu kau nak suruh aku beli kurma kat KLCC ke -_-
 
Btw menu berbuka today
 
Ayam Masak Asam Pedas
Kangkung Goreng Belachan
 
kata orang Melakau kan. mana boleh tinggal Asam Pedas. hehehe
 
 
Today Ocin ajak I pergi terawikh sekali dengan Lihin. first terawikh I lah. I dah fikir kalau tak larat tersadai kat tepi lah jawabnya. Ocin pesan tengok tengok kan Lihin. I cakap
 
"kau tak tahu naluri keibuan, risau kalau dia lari lari. kang tak jadi semayang aku join dia sekali"
 
Ocin dah krik krikk
 
"kau jangan lah join dia, malu aku kang"
 
hhehehe
 
Tapi kami lambat. time tu lah nak cari itu ini. keluar rumah pun dah 9.15pm -_- I memang tak gomar pergi lelambat sebab nanti dapat saf tak best. yang sederet dengan kanak-kanak ke kaki gossip ke. hadoi
 
I kena duduk bahagian luar. lepas tu I nampak ada budak pimpin tangan Lihin. hamboi patutlah Lihin suka kemain ikut ke masjid. ada kawan rupanya
 
I nampak dia berlari larian. risau I sebab sampai ke luar . Tapi masih dalam pagar masjid lah. Lepas tu I dengar budak yang pimpin dia tu guna 'saya awak' dengan dia. eh happynya I . patutlah dia few times cakap
 
"ahh saya punya"
 
"alaa tolong saya. saya nak jatuh"
 
tapi macam ayam itik bercakap. budak tu dok ajak dia main kejar kejar kot. dia dok tanya
 
"awak nak jadi ke? "
 
Lihin macam tunggul. dia mesti tak paham. hahahaha
 
hopefully dia boleh buang aku aku aku dia tu before masuk tadika -__-
 
 
By the way baru semalam baca pasal kes bawak anak ke terawikh.
 
 
hurmm apa pendapat korang ek? Pendapat I kat atas tu lah
 
I tak kisah bunyi bising menjerit. ye memang lah bising dah nama pun budak. rumah pun bising inikan masjid yang super luas kan. Tapi nak kawal macam mana. Lagipun ni salah satu cara nak perkenalkan anak dengan solat
 
I bukanlah cakap sebab I dah ada anak. zaman dulu walaupun I takde anak ( and tak suka melayan budak) but still tak kisah pun as long budak tu tak menganggu saf.
 
Tapi I pantang kalau, selalunya kat surau mall lah. Kan parents selalu bawak anak. Of course lah takkan nak tinggal kat luar. surau tu kecik so budak takde ruang nak berlegar sangat. dia akan start kacau orang contoh orang tengah solat dia tercongok kat depan ke main tudung orang ke blablabla. and mak dia buat apa? tengah gossip. kalau tengah solat boleh diterima lagi kot -_- hoi macikkk jaga lah anakkkkkkkkk sibuk jaga hal orang pasal orang kawen cerai grrr
 
Kalau kat masjid and selalunya waktu terawikh lah, bebudak kecik biasanya berlari larian kat perkarangan surau/masjid. yang besau pulak problemnya -__- yang lelaki kompem main mercun tak pun duduk kat pintu masuk pompuan pastu flirting. boleh dorang kacau I? dok hi awek hi awek. Tapi I bangga lah sebab awet muda hahahah.
 
Pastu yang pompuan selalu bergossip. Macam yang I pergi hari tu, dia dok cerita pasal abang senior DARJAH 6. so kalau senior dia darjah 6 , dia darjah berapa? kahkah I tak tengok lah muka yang bercerita tu. pastu ada yang cerita pasal dapat no phone hotsentap kat sekolah. pheww.
 
I memang cepat hilang focus. masalah utama I tu -_- dok terpasang telinga. Allah hai.
 
so kesimpulannya saf depan lagi best duduk dengan makcik makcik. kalau yang belakang, join gossip la jawabnya. hahahaha
 
Yang pasal bawak anak ke masjid tu, I simpati kat bapak budak tu. Taktahu lah anak dia menganggu macam mana. kalau ganggu orang solat kat saf memang bapak dia patut tegur lah. kalau dia lari sorang sorang kat luar, takde hal pun. Tapi sebagai makpak mestilah kita akan tegur anak kita. sapa suka anak dia berlari larian peluh peluh bagai. bawak pegi playground anak dok lari lari pun kita dah pening , inikan pulak bawak pergi rumah Allah . kan?


Comments

  1. Salam ukhuwah dan kenal MC..

    Memang ada yg tak berapa gemar kalau ada budak2 dok bising dalam masjid...
    Tapi sekarang dah ada untuk penjagaan anak2 kat masjid...
    tapi ibubapa pulak yg risau nak tinggalkan anak..
    aduhai.. redha jer lah dengar dok jerit tu kan..

    Asam pedas .. em sedapnya..
    Rumah akak seminggu 2 kali masak asam pedah..
    dah en hubby akak org melaka + muar..
    Lagi kuat keturunan asam pedas tu hahahhha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh selalunya masjid besar ada kan kak. tapi kalau masjid kawasan perumahan takde pulak

      heheh wah memang kuat lah makan asam pedas. kena yang kuah betul betul pekat sedap kan :D

      salam kenal juga ye

      Delete
  2. time2 bln puasa nih bab berbuka dlm kete, berbuka tepi jln tuh mmg nampak biasa je... nk bt camne dlm dugaan mencari rezeki kan...

    bab bwk anak pi msjid tuh, bkn tak blh bwk tp kalau kite rasa anak kite tak blh behave ssh jgk tkt mengganggu org lain.... mcm akak, tak berani nk bwk aiyan pi surau or masjdia, bkn takmo dedahkan dia tp sbb dia tu hyper... tkt2 kang dia duk sebelah tok imam

    ReplyDelete
  3. kan. adat orang bekerja tak sempat sampai ke rumah. dalam handbag kena ada bekal kurma at least dapat berbuka sikit.

    ha betul tu kak. kita pun berani bawak bila husband kita ada je. kalau sorang tak berani -_- dia takut sikit dengan bapak dia. and dia selalu main kat belah luar. takut jugak dia berdiri tepi imam . tak pepasal je. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment