Diary Ramadhan: Day 18

Today macam biasa bukak puasa tengah jalan jugak. Tapi I tak beli apa apa. bawak bekal kurma je.
sampai je rumah letak bag bukak tudung terus serbu periuk. hehehe. Mak Abah pun baru nak makan time tu
 
Menu
 
Ayam Goreng Kunyit
Sambal Ikan Bilis
Telur Dadar
Air Milo
Air 100plus
 
 
 
Esok ( Friday) Ocin ada makan makan dengan opismate. This year dia tak bawak I. Kalau bawak I makan buffet memang rugi sebab I bukan makan banyak. hahha last year pun I makan sepinggan dengan buah buahan je. boleh? jadah bayar RM70+ untuk makan macam tu
 
So Abah fetch I kat opis. Hopefully kami takkan stuck dalam jem la
 
Btw I bengang betul dengan Lihin. boleh dia panggil I bodoh -_- mana dia belajar ni? penat I recall I ada mencarut marut depan dia ke? entahlah kekadang benda macam tu kita terlepas tanpa sengaja. and kekadang Lihin memang terbiar dok ngadap TV tanpa pengawasan, maksudnya Atok Nanny tengah buat kerja so dia hadap je lah TV tu. entah kartun/drama cintan cintun dia tengok entah.
 
Lihin ni jenis penggeli macam I tau. so nak dijadikan cerita, time tu emergency apa entah I bukak benda dalam dalam ni and main campak kat bilik air. landing pulak atas mat dia . (Lihin kalau nak mandi or cebok masih pakai mat, takut tergelincir)
 
So Ocin nak mandi kan dia, Ocin memang suh dia berdikari bukak baju sendiri angkat mat sendiri. so dia kena alihkan panties I dulu baru boleh amek mat dia. geli punya pasal dia kata
 
"eiii bodoh Mommy"
 
Ocin pun satu bukan nak marah dia bantai gelak. pastu Nanny suh ulang pandai Lihin coverline
 
"mommy tadi pergi kerja blablabla"
 
hamboi ko.coverline cemerlang
 
 
Bila dah jadi macam ni baru lah I start nak mencari balik di mana silapnya. mungkin lah dalam kereta, bila ada kete lembab kat depan I macam
 
"bodohnya kete ni dah potong tak reti laju sikit blablabla"
 
tu belum I yang drive, kalau I drive entah apa agaknya yang keluar :( silap silap gua yang keluar pergi gaduh dengan kete depan tu.
 
Bila ada something wrong dengan anak, orang mesti akan blame mak kan? Mak tak reti ajar, mak kau tak ajar mak kau warna warni. grrr. so sama ada salah dari I ke dari TV ke orang sekeliling ke pusing balik I jugak yang kena kang T_T
 
 
 
Lihin tu I taktahu lah dia tak faham apa yang kita cakap atau sengaja buat tak paham. bila dia buat silap ke apa ke and bila I bagitahu
 
"tak boleh sayang, tak baik tau buat macam ni"
 
bunyi macam tu lah. then dia start jelir lidah kat I (which is I benci the most lah, menggigil rasa nak jerit je) or dia start pretend tak dengar or cakap benda lain or menyanyi. -__- so macam mana I nak bagitahu dia BODOH tu perkataan yang tak baik?
 
okay tutup cerita Lihin.
 
semua dah start up hint hint design and kaler baju raya kan. you all dah bersedia belum?
 
Kami belum. kalau ada, last minute la. Kalau tak, recycle baju lama je. I nak keluar window shopping pun malas. kompemlah weekend penuh.
 
apa tema this year?


Comments

  1. Anak-anak sis.. Memang laju je faham dan hafal. Mungkin dia tak faham kenapa cakap bodoh tak baik. Mungkin anak-anak ni kita kena terangkan kenapa benda ni tak elok.. In sya Allah anak-anak faham dan tak cakap lagi.

    Reen ingat lagi, dulu masa kecik-kecik dalam 4 tahun main kejar-kejar dengan anak jiran.

    Reen blaja ayat pelik-pelik dari anak jiran. Perkataan pelik-pelik tu pulak sedap bila keluar dari mulut.

    Bila ibu Reen dapat tau.. Hambik kau. Penampar kat bibir. Hehee kenangan. Dulu masa kena tu memang tak suka. Tapi bila dah besar, rasa rindu.

    ReplyDelete
  2. lihin..cannot say that word..meh sini ..cium pipi tu kuat-kuat baru tahu..huhu sabar ye yang...budak tak tahu apa pun...keep on ajar yang baik-baik ya...hehe..tapi lawak tau lihin ni

    ReplyDelete
  3. eyh memang, budak dia main sebut je. dia tak tahu pn ap mksud. Tp sies, mek pn takot sbb mek slalu je ckp bdoh time drive. time jd pnumpg ok skit. hahaha. takot nnt ank trjebak same. matikk lerrr kne skolah ngn ayh dia nnt

    ReplyDelete
  4. huhu.biaslaah budak2..cpt tangkap apa y kt bicarakan..n apa y dilihat n didengar..xpe..still ada masa nk betulkan smula..lg pom bdk sg mmbesar..still learning

    ReplyDelete

Post a Comment