Diary Ramadhan: Day 4


Holla.

Dah hari ke 4,5 ni dah macam tak tahu nak letak menu apa. hahaha kalau tak first day kemain beriya-iya macam macam menu

Semalam makan lauk ter-simple sekali sepanjang puasa ni. err padahal semalam baru 4th day hahaha. 

sayur kailan- panaskan semalam punya tak habis

telur masak kicap

ikan bilis goreng

terung sambal


Yang paling best lawan dengan air soya. perghhh sedap oi. I prefer beli yang panas, then kita letak ice cube sendiri. Bukan apa, kalau dah siap letak ais nanti berlakulah incident tawar lah apa lah

Ni bukan kat bazar tapi stall kat bawah rumah je. maklumlah kawasan kampung kan, bila petang tu ramai jugak yang menjual. Makcik ni kalau hari biasa dia jual nasi lemak. kira paling sedap untuk area I lah. untuk Ramadhan dia jual air soya and taufufa. tu pun dah ramai membeli. 

Ocin beli taufu jugak semalam. RM 2.50 + RM 3 untuk soya . murah kan. dahlah banyak. ha pastu Ocin dah pesan jangan mintak dia punya sebab dia nak hadap sorang. memang bebetul dia habiskan sorang . kurang asam. hahahaha


by the way, makcik ni selalu bahasakan diri dia akak T_T walaupun anak dia lagi tua dari I siap dah beranak pinak lagi. huwaa mencik tau. makcik. beza umur kita maybe 20-30 tahun tau T_T saya baru habis study =p cuma terkahwin awal je. hahahaha

thats all. 

I tengah merencana menu weekend ni. nak makan apa ye? selalunya weekend lah terlajak bangun or tak bangun sahur langsung T_T

korang, apa aktiviti weekend? cari baju raya ke?

Comments

  1. weekend ni kite balik kampung hubby...huhu

    ReplyDelete
  2. mek pun suka soya gak ntuk minum time berbuka. and request tak nak ais. pose tahun ni berbuka air soya campur gula melaka skali. dappp oouuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur gula melaka? wahh boleh try ni

      Delete

Post a Comment