Family Day 2017

Diary Ramadhan: Day 7

Holla

Hari ni konon plan nak berbuka kat luar. tekak I dah terbayang bayang Nasi Beriyani. kira macam menu wajib tiap tahun lah.

Ingat lagi masa pantang Lihin gigih last day pantang dah pakai sendat sendat pergi Curve makan kat Macik Beriyani (err macam tu kot ejaannya). siap paksa dia minum botol lagi sebab malas nak pergi nursing room T_T maafkan Mommy ,Nak. sudahnya balik tu gua demam woii. padan muka kan.

Pastu 2 tahun sudah berbuka kat Insaf. Orang yang cakap Insaf tu mahal gila I taktahu lah menu apa dia amek. pada I okay je lah kot, lagipun nasi dia memang sedap. so tak rugi lah. I jenis makan plain beriyani je lepas tu curik curik ayam Mak sikit, hahaha. Tapi I tak berkenan tempat dia sempit, not child friendly and memang tak sesuai lah kot kalau family ada anak kecik ni T_T eh eh tak silap I kalau Ramadhan dia kana buat set. so kena bayo per head . lupa berapa.

and kekadang kalau datang berdua siap kena share meja lagi. wahduh

This time plan nak berbuka kat Nasi Beriyani Tesco Ampang tu pulak. apa entah nama dia. tapi Mak dok busy belek kuih makmur dia, malas nak keluar. dah lah dah petang baru cakap. I dah siap gincu merah lagi tau. tak pepasal pergi pasar juadah dengan make up. segan iolls -_- ahaha

Ocin belikan Lihin bunga api. berani ke dia ? ha tu kena tunggu next entry lah ye. siap video lagi. ni sebelum berbuka. Mommy tengah busy. busy amek gambo lauk. hahahaha


Menu campuraduk

Ayam Golek
Sambal Tumis Ikan Bilis
Sayur Kobis
Paru Belada
Jus Tembikai


Ada orang rasa pelik sebab ayam golek di makan dengan nasi. biasa kan orang ratah je. Ala kami se- family okay je. Ayam percik pun boleh makan dengan nasi. err ke kami tetap pelik?

Dulu kawan I pun cakap I pelik sebab jadikan ayam kepsi sebagai lauk, makan dengan nasi. err err dah tu bila keluar menu kepsi chicken rice tu elok pulak korang makan dengan nasik -_- apa beza daaaa.

okay till here. xoxo

Comments

  1. ayam percik memang ai pon makan dengan nasi
    kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Anak i pun mkn ayam percik dgn nasi...huhu sedapp yang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi 5 kat anak u jugak yangg. so kiranya I tak pelik la ni

      Delete
  3. semua lauk pauk tu mgiurkan..slurrrpp

    ReplyDelete
  4. semua lauk pauk tu mgiurkan..slurrrpp

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk cincai yang buat makan bertambah kan

      Delete
  5. mek pun makan dgn nasi je. ape ade hal :)

    ReplyDelete
  6. ala hero2 mummy selalu je makan nasi ngan ayam percik ker, ayam nasi ayam ker, ayam kukus ker , ayam kepci ker.. semua on, yg penting perut kenyang. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. lagipun memang dah rice ppl. takleh nak lari dah

      Delete
  7. akak pun kdg2 mkn ayam golek dgn nasi...boleh je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak. wah ramai jugak sama macam kita rupanya. kiranya orang yang pelik dengan kita tu lah yanga alien kan

      Delete

Post a Comment