Diary Ramadhan: Day 9

Holla semua

Atas motor I dah bisik kat Ocin

" today aku tak puasa"

Ocin jeling

"bangga gila kau bagitahu aku"

hahaha yelah kang dia pelik pulak kalau ada bau gula gula ke apa ke. 

Actually all this while I rasa baby sangat active, tendang sampai terjojol perut and pusat I, tapi semalam dia cuma bagi soft kicking. memang cukup pergerakan, tapi very soft. I risau jugak. tapi disebabkan dia punya movement cukup 10x I diam je lah

Thats why I decide taknak puasa hari ni ( Tuesday ) sebab I nak tengok macam mana. Tapi tak puasa pun bukannya I makan heavy meal. bangun sahur macam biasa. orang dah Azan, I dok togok Milo suam. before pergi kerja makan gula gula and curi beberapa biji bawak pergi office. Time lunch makan karipap dengan air kosong je. 

Movement dia okay. tak seganas selalu tapi better than yesterday. 

Ocin balik 645pm so I kena menunggu dia lah. balik rumah beli air soya tup tup dah Azan. walaupun I tak puasa tapi still I orang pertama amek nasi. hahaha. tak sempat snap apa apa. tapi lebih kurang macam ni lah lauk kami. cuma lawan dengan kangkung belachan. Ni gambo time sahur, goreng kobis  je sebab kangkung habis dah. 


taktahu kenapa sedap pulak ikan caru masak sambal. selalu I tak suka ikan ni sebab ada yang hitam hitam tu T_T


Banyak orang dok share kat FB pasal boleh ke idok orang peknen ni puasa kan? masing masing nak tegaskan pendapat sendiri. Tapi I meluat aih kat orang yang memperlekehkan orang lain. contohnya ada satu status tu yang katanya dia puasa lepas tu baby tak gerak blablabla. lepas tu ada komen

" alaa aku time mengandung puasa penuh je takde apa pun"

"Alhamdulillah saya berpuasa penuh masa mengandung anak no 14. sebenarnya nak dengan taknak je blablabla"

Mana boleh cakap macam tu wahai makcik makcik sekalian. badan setiap orang kan tak sama. kalau badan setiap orang sama baik tak payah pegi medical checkup semua tu. baik sorang je pergi lepas tu semua orang refer kat dia je. haihhh menyampah

Time Maira memang I tak puasa sebab first day try dah gastric. erk. Okay I takmau lah amek risiko. Ni bukan pasal baby, pasal Mak dia ni ha. kalau I dah tergolek golek sapa nak tanggung? hahaha. Masa pregnant Lihin and Maira I memang selalu ada masalah perut ; diarrhea/ sembelit/ gastric. macam rutin dan berturutan je. wahduh.  

Pastu tahun ni tak plan pun nak puasa. sekali Dr Norlida macam dah psiko I pasal puasa >,< ahhaha takkan I nak cakap taknak lah puasa. yelah Dr sana macam pentingkan bab agama jugak kan. lagipun I takde penyakit yang memudaratkan setakat ni. 

walaupun doc dah bagi green light untuk puasa tapi I tengok badan I jugak lah. kalau tak larat I berbuka lah. I je tahu badan I kan

I jumpa ni kat newsfeed and I rasa sangat membantu.


Rasa terkesan dalam diri lagi lagi perenggan akhir tu.

"...Fikirkan juga puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak berpuasa tetapi bila anak dalam kandungan terjejas, ia mungkin menanggung masalah kesihatan seumur hidup..."

 Tapi takde lah rasa nak berbuka kan. hahahaa. so far baby dok kung fu kat dalam ni. Hopefully anak Mommy okay sampai ke petang ye. 

Sambil tu mari kita layan gambar Cuddlepuff. Hobi pulak dia pakai helmet naik motor. Ni helmet spare. Helmet dia kaler kuning I simpan dalam kotak takut calar. and nampak tak 'seni abstrak' kat belakang tu? Ha , Nanny dah minta ganti rugi dinding rumah dia T_T bila boleh cat niiiiii


Comments

  1. Betul2. Mek time preg dlu 15 hr tgal puasa. Sbb time preg lapaarrrr jee keje. So mkn je lh.

    Jemput join mek punya mini GA 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kita ada excuse takpe lah. bukan sesuka hati.

      okay dah join dear

      Delete
  2. Takpe ibu peknen tak posa pun takpe.. ikut kemampuan. Jadi apa2 kang sapa nak jawab.. kan kan

    ReplyDelete
  3. Comel hasil seni.. Reen singgah sambil komen dan follow blog sis. Follow back? :)

    ReplyDelete
  4. Moga dgn berpuasa u dipermudahkan bersalin yang..

    ReplyDelete

Post a Comment