Gotcha Megan Avenue II


Hari tu colleague I ajak makan aiskrim lepas lunch. Maklumlah I makan laju. ada banyak masa terluang. kang naik opis awal kena buat kerja awal. eh?

I pun taktahu bila kedai ni wujud. rasanya dulu jual bubble tea. ni tetiba ada aiskem kelapa , sandwich bagai. menarik jugak


konsep on-the-go. comel . sangat comel sampai ada 2 seat je hahaha. sesuai lah kot nak borak 15 min, menghabiskan waktu lunch


Owner dia Chinese ni lah. dia amek order, dia jaga kaunter.. bagus betul. friendly jugak dengar dia borak dengan sorang akak tu. 


Kawan I order Coconut Ice Cream- RM 6.90. 

Ingatkan boleh dapat dalam tempurung tu, tapi yang tu kena tambah RM 2. err okay. so amek dalam paper cup ni pun okay lah kot. 







comel kan tempat ni . betul betul sebelah Starbuck Block A tu, ala depan fountain je. so bolehlah daripada takde. tapi tutup awal dalam 4.30pm. sesapa nak layan aiskem kelapa bolehlah jengah di sini ye :D

'You can't buy happiness but you can buy ice cream"


*notakaki: sapa kerja area sini/pernah datang sini tau lah macam mana confusing nya kat sini. Megan Avenue II ni, dia macam different unit no , different lift lobby. contoh Block B tapi no 8-11 kat sebelah sana. unit 1-5 sebelah kiri pulak. so kekadang I bertindak sebagai kaunter pertanyaan jugak lah. kalau client datang pun selalu berpeluh peluh dorang. maklumlah Mat Saleh /Jepun yang pakai suit, kena pusing pusing carik

Tapi I menyampah orang yang tak jumpa unit, pastu tanya kita then lepas kan marah kat kita. I mean, apa kena mengena dengan I. bukan apak I pun bina building ni -_-

Bila dah explain,

"oh yang lift encik naik tadi untuk unit 8-11 sahaja. Unit yang encik nak pergi unit 5, encik kena ambil lift dekat fountain sana"

dia jawab

"hish menyusahkan betul lah"

kriikk krikk

atau pun situasi macam ni

"ni unit 5 encik kena amek lift lain blablabla"

"lift lain tu belah mana"

"saya tak pasti, encik kena turun G Floor and carik lift lobby kat depan sana"

"aik awak dah lama kerja sini pun taktahu lagi ke"

macam lah kerja gua merayap dan kira lift lobby kan -____-


Comments

  1. Hehehe...sedap aiskrim tu..adeh

    ReplyDelete
  2. Sabor je lerr.
    Tapi yang mknn tu mmg lapaarrr dibuatnyaa :)

    ReplyDelete
  3. Nampak macam menarik je aiskrim tu. Mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  4. Haishhhh...posa2 ni nengok eskem. Sedapnya ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah bulan puasa ni semua benda sedap. nanti dah depan mata tak lalu

      Delete
  5. Sedapnya aiskirm kelapa tu...comel je sudu tkedai dia ye...tak pernah pi megan avenue...ke julia pernah pi tapi tak tau tu megan avenue hahahha sebab selalu suami yang drive...wife dia tau melantak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh selalu mcm tu lah, wife co driver , janji tempat tu ada makanan sedap sudah

      Delete
  6. erkk Tempurung je 2 hengget.. krik krik krik.. Takpe la mommy yang penting dapat makan ice cream kan.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. tapi kalau nak bwk balik boleh la kot. pastu basuh and DIY kat umah . hehehe bunyi mcm rajin je

      Delete
  7. Cepuk je org yg tanya soklan camtu ... dah tanya , kita jawab baik2 dia marah2 kita pulak.. huh! geram ni geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann , pergi lah tanya security -_-

      Delete
  8. tempurung kelapa mahai ye
    tp sedap lah eskem tu yummylicius

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. tempurung yang over mahal

      Delete

Post a Comment