His First Bunga Api


Holla

Hari tu kan time pergi bazar bukan main semangat Ocin belikan Lihin bunga api. I dok beli ayam golek toleh belakang dia dah hilang . tau tau je ada plastik itam. haiyaaa



I memang tak setuju. I kan dibesarkan comel manja dan mengada . so I nak Lihin macam tu jugak walaupun orang kata kena ekstrem sikit sebab dia boy, ah tak kisahlah. Mak Mak memang macam ni, penuh kerisauan. dah la I paranoid

I marah Ocin, I kena marah balik. 

I cakap 

"ko ni kecik kecik nak ajar dia main bunga api"

dia jawab

"dah tu takkan dah besau macam kau baru nak ajar"

errr

Okay sanggup tu sebab kami bawak duit cukup cukup. dia konon nak beli keli masak sambal lah untuk lauk dia ( my parents and I tak makan keli) tapi tak jadi sebab nak belikan Lihin bunga api punya pasal . haizz



so before buka dia ajak Lihin keluar depan rumah. Mintak atok lighter, dibaginya mancis. Ocin dah tahan gelak , dia kata bapak mentua dia old school. hahaha kuang ajo ko gelakkan bapak aku ye bee. memanglah Abah tak smoke, jadah apa dia simpan lighter. ada mancis dah kira okay lah


jangan terbako selipar jamban Mak dengan I tu Bee -_- Btw purple tu selipar spital masa beranak Maira. ni nak beranak Lihin nak beli selipar spital lagi. time Lihin punya hilang. 











Nampak tak betapa penakutnya Lihin? Maira yang tak senang duduk. asyik nak keluar je nak pegang percikan api tu. Tu tak pepasal kena tutup grill, takut terkena dia kang

Padanlah orang kata anak anak I ni terbalik. Lihin muka bapak tapi mengada ikut Mommy. Maira muka I tapi baran ikut apaknya. haih. No Maira No. Mommy nak you jadi gegirl yang bawak handbag terkedek kedek sambil pakai heels.  T_T


Maira terkurung
So end up sapa yang main? mestilah Ocin hahaha. I pun nak jugak main sambil terlompat lompat tapi time tu dah tukar seluar tidur and singlet . ahhaha awal benau. I kepanasan tu terus tukar baju. malas nak sarung cardigan bagai. so I amek gambo dari dalam je lah. 

Alaa Bee, cakap je lah kau yang teringin sangat nak main kan kan kan =p


Comments

  1. waaa...dh start main bunga api ye

    ReplyDelete
  2. haah dah ramai orang jual . kita tak sukaaaaaa

    ReplyDelete
  3. tu belum masuk bunyi letupan2 lagi.. terawikh pun tak senangg. bunga api thn lagi babe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah i dah lah dok umah flat. dorang suka baling dari atas. I tak gemar sungguh T_T takut nak jalan. suka baling ke masjid pulak tu -_-

      Delete
  4. Ok..anak i pun dah mula minta..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha melayan la you main bunga api dengan alya

      Delete
  5. yeahh Lihin dapat main munga api.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dia penakut. apak dia je lebih

      Delete
  6. Maira tunggu next year okay.. hahahaah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal. skrg jalan pun huyung hayang lagi ada hati nak main bunga api

      Delete
  7. zaman kanak2 memang seronok main bunga api ni..nak2 time dkt raya..huh, best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. suka main yang panjang panjang tu. api dia cantik. apa entah namanya. paling benci mercun (roket, gasing etc)

      Delete

Post a Comment