Ilham Solihin Turns 3

Dear Ilham Solihin, 

Waktu Mommy dapat tahu ada yang menghuni rahim ni, terkejut. tak sangka. sangat tak sangka. dalam keadaan emosi tak stabil, tak bersedia, financial tak stabil Mommy terima je. Mommy tak pandai bab agama pun time tu tapi Mommy percaya Allah tu wujud. Mommy takut bawa perut sorang sorang tapi Mommy yakin Allah akan beri jalan. 

First 3 month, dahsyat. Tak pernah Mommy rasa macam tu. Pengalaman pertama yang Mommy ingat sampai bila bila. sepanjang mengandung, macam macam ujian Mommy terima. semuanya lebih kepada emosi, yang sejujurnya Mommy pun tak pernah sangka mampu hadapi. kuat dan tabah seorang wanita bergelar ibu hadap semua benda keseorangan.

Pengalaman pertama dalam labor room, dari sesi meneran sehinggalah disorong ke OT (sebab koyakan) di bawa ke bilk pengawasan dan ke bilik pemerhatian. badan lemah sebab tak makan. takde energy. Time tu Mommy menangis. apalah baby buat? entah entah dia sejuk sorang sorang. entah entah dia tengah menangis

esoknya baru dapat peluk si kecil. Allah. muka bapak. sebijik sangat. hehehe

Pengalaman pantang. diuji lagi dengan gangguan emosi yang teruk. sangat dahsyat. itulah yang orang sebut sebagai meroyan agaknya. Nasib baik Nanny sentiasa ada bagi sokongan. dia tau Mommy tengah berperang dengan hati dan perasaan sendiri. Dia tahu betapa sakit dan hancur hati Mommy. sampai lepas pantang dugaan masih ada. Tapi makin lama Mommy makin waras. 

Lihin dah 4 bulan, Mommy tekad kena cari kerja. tak kisahlah kerja apa, janji ada duit sendiri dalam masa yang sama ada masa untuk si kecil. Mommy nak belikan Lihin macam macam, I feel like I sangat bertanggungjawab ke atas si kecil ni.

Bila dah kerja, Mommy start rindu Lihin. baru tahu perasaan Mommies out there yang bekerja sambil teringat kat anak. Teringat mulut puaka Mommy, cakap macam macam kat Lihin and Mommy pernah cubit Lihin masa dalam pantang kan. teruknya Mommy ! Mommy blame Lihin macam macam. Padahal bukan Lihin tau apa apa pun. Mommy menyesal semua benda. sebab nak tebus semua tu, Mommy janji akan korbankan apa saja untuk Lihin. contoh, err biar Mommy pakai bundle janji Lihin pakai branded. boleh? hehee kasih sayang Mommy tak dapat diukur dengan wang ringgit dan jugak tak sama tinggi dengan blog post ni. Allah S.W.T je yang tahu. ni sekadar titipan je.

Selalu Mommy guna ayat ni sampai Nanny fedup

"eh Lihin garu tangan. macam betul betul lah"

"eh dia korek hidung, macam betul betul"

See, every little tiny thing semua buat Mommy sedar kebesaran Allah Yang Maha Esa. Atok Nanny semua tak sangka akan muncul seorang budak comel yang selalu terkedek kedek. tak pernah plan, mengharap atau bayangkan pun. sebab Mommy selalu cakap Mommy tak nak babies. nak bercinta je. boleh?

Ilham Solihin,

sekarang dah becok, dah lincah, dah aktif dan boleh jadi kawan bercerita, kawan lepak, kawan jalan. sekejap je masa berlalu sayang. Mommy anggap Lihin hadiah tak ternilai sempena birthday Mommy ke 22. dan this year I am 25 , you turning 3 years old.

Your smile, laughter, tears are priceless. Ilham Solihin, Maira and baby adalah harta dunia akhirat Mommy. takde lebih takde kurang. semua sama.

 Ilham Solihin, semoga you menjadi Abang yang baik, yang akan membimbing adik adik. You will be my baby, forever.

Love.
Mommy
31.05.2016
1.24pm

Comments

  1. Sedap nama lihin, Ilham Solihin.

    Happy birthday abang lihin. Semoga sentiasa mengembirakan hati mommy ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhe selalu jadi Ilham Mommy ;D

      thanks aunty :D

      Delete
  2. alololo suweetnyeee..happy birthday lihin....

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Lihin,, semoga menjadi anak yg soleh..aminnn

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Lihin :) babe, i felt ue time pantang tuuu. i'd been there too!. Allahu, kuatkan semangat kita ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aunty cantik :)

      kannnnn. perasaan kucar kacir. ya Allah itu lah perasaan nak giveup yang sebenar, tapi lepas dapat go through semua benda I yakin yang I ni kuat :)

      Delete
  5. eppy bday LIhin syg...
    moga jd anak yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu aunty :D mudah mudahan.amin

      Delete
  6. Comelnyaaa nama ^^ nak wish jugak moga ilham solihin jadi anak soleh yang mampu banggakan mummy daddy dunia akhirat :) akak 22 dah dapat baby, kite 22 suami pun xjmpa cari lg. Kohkohkoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks dek. amin insya Allah. err err takpe pelan pelan kayuh. ingat ni yang terbaik selalu datang lambat. gtewww

      Delete
  7. sedap nama..Ilham Solihin..makna yg baik..semoga Lihin jadi anak yg soleh, jd kebanggaan ibu ayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu kak. mudah mudahan. harapan setiap ibu bapa kan :)

      Delete
  8. Aaaa...now baru tau full name Lihin ape...Unik nama tuh. Anyways, happy bornday Ilham Solihn. May you grow up as a pious son and man. InshaALLAH Hu Ta'ala.

    ReplyDelete
  9. Hi Lihin yang comel dan mommynya yg cute!..Happy birthday Sayang.. Be a good Boy ok.. Please take care of ur mom and dad ok.. Moga jadi cahaya kebahagiaan sehingga akhir hayat nanti. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insya Alah. tengkiu Mummy gojes

      Delete
  10. Entry u kali ni buat i touching yang..by the way happy birthday lihin comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee I pun sedih yang T_T ni yang nak throwback tiap tiap tahun ni hehe. thanks ;D

      Delete

Post a Comment