Random Thursday- 020616

Hi korang

Ocin balik lambat hujung bulan. so kerja I merayap lah. see murah gila H&M. tapi I belum withdraw duit lagi. I tak suka swipe ni tak kisahlah baru dapat gaji ke even I tahu dalam tu ada duit I tetap tak suka. I suka pakai cash, rasa macam I tau ke mana duit tu pergi

huwaa murah woi



ATM machine KLCC selalu habis duit kan T_T ngadu kat Ocin, kena bebel. hadoi 


Lama dah tak menunggu Ocin lama lama macam ni. sejak I peknen and muntah muntah I memang tak larat menunggu. selalu call Abah suh amek. yelah tak larat lah I kejap kejap lari masuk washroom mall. hahaha

Masa bulan puasa pun I selalu tunggu macam ni. kalau dia lambat sangat I berbuka kat Masjid KLCC. seronok tau first experience sepanjang hidup I. tapi selalunya tak tunggu Isyak/ Terawikh. rindu anak anak. bawah rumah pun boleh terawikh.

Oh selalu ada orang edarkan kurma. macam student kot. bagus betul buat aktiviti macam ni waktu bulan puasa. pernah jugak kat bustop/ dalam bus, ada je orang beli makanan bebanyak and share dengan setiap orang yang ada. yelah ada yang tak sempat beli apa apa untuk berbuka

Oh dulu kan masa study I puasa tau T-T pastu time dalam train , dah azan, ada makcik ni share dengan semua orang kuih. sampai tang I dia pusing balik. ya Rabbi. dia ingat I pinoy ke? sobs. 


I sayang nak makan kuih tart besau yang Mak buat khas untuk I ni. semalam I rasmikan jugak. plus dah nak hampir patah si Lihin dok goncang botol


Hari tu masa pegi Quill I beli bekas buat aiskem ni. ingat nak buat aiskem Sarsi. lama tak makan. tapi yang ada Milo je . so Milo dulu lah. Lihin suka betoi. pandai dia mintak. 

actually I dok carik plastic aiskem tu tapi tak jumpa. dulu penah ada, hilang mana entah. dia banyak jual kat KL/Chow Kit kan. sapa pulak rajin nak pegi sana.


Lihin ratah sup ayam. bukan main suka. pastu marah Atok amek ayam dia. 

"nape atok amek semua ayam?"

hehehe


Pandai ami ittew promote kuih raya Mak. siap ada tajuk
"Biskut Raya Hazrin"

hahahahaha

Thanks pada yang order. tester bawak 2 bekas semua habis. dorang kata kuih Makmur Mak besau besau. ehheeh. bukan semua orang reti makan kuih Makmur ni. mostly suka modern punya


Semalam I pakai baju kurung, dalam tu pakai seluar panjang lah. Time tunggu lift naik umah, (lift lambat hazabedah) tetiba rasa macam ada benda merangkak. macam ada kaki, merayap.shitto!

Masa tu Ocin baru naik tangga. I memang tak larat nak naik 6 tingkat dah. so I keep calm and picit je benda tu dalam baju. boleh imagine tak maksudnya I tangkap dan picit dari luar baju lah. 

Balik rumah I kelam kabut jerit nama Mak ajak masuk bilik. I suh dia tengok apa benda. hahaha dah mati dah pun. apak I lagi lah cakap

"eii tengok gigi dia panjang"

lagi lah I gelabah. siap suh Mak tengok pinggang I ada apa apa tak -_-


Atas Akleh semalam nampak pelangi tau. Ocin gigih benti motor suh I amek gambau sampai kena honk dengan motor belakang. Ramai gak ternganga tengok. cantik sangat. Kuasa Allah kan. ni jelah shot yang terbaik. I sayang handphone I. ahahhaa








LUNCHBOX

lunchbox 300516- eeh senget pulak dia ,.hhehe


lunchbox 010616 -kurma ayam kentang+sambal belachan versi blend
lunchbox 02062016- plain rice+serunding+pucuk paku masak lemak+telur kocak
breakfast-burger benjo


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam singgah, mommycici! murahnya baju kat H&M! sale sampai bila tu?

    rajin bawak bekal hari2. nmpk sedapnya huii

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak pasti la dear. belum sempat beli apa apa ni. T_T

      Delete
  3. murahhhh babe baju kat hnm.
    mau koyak purse nii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhe kan. sebagai mak mak kena kawal nafsu . kalau tak habis. semua benda nak beli

      Delete
  4. banyak benau gambo smapai tak tau nak komen yang mana satu...ekekek...
    tapi paling sadis part makcik tu takmo share kuih ngan u...sian sangat....tapi jadi kelakar bila u ckp kot2 dia ingat u pinoy...muahahaha...
    meh tayang sikit muka u sis...mesti cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahha takde lah. maybe sbb pakaian kot T_T

      Delete
  5. Br je pg H&M dua hr lepas..byk choice dresses yg RM20 tu..dah rembat dh pun dress belang2 tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ghehehe i belum sempat beli je. walaupun jarak dekat dengan opis T_T

      Delete
  6. Replies
    1. kalau ada lauk lebih mmg bawak. jimat masa tenaga and duit takyah turun lunch =p

      Delete
  7. Makk aih murahhnyaaa yang....i hari tu beli baju anak kat carefour xde brand pun mahai..heheh...kalau tahu nak beli gak kat h&m

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kekadang carefour ni mahal jugak. dress boleh jadi rm40 -_-

      Delete
  8. wahh..terharu, org share2 makanan utk berbuka dlm public transport..dulu byk kali jg berbuka kt masjid, makan dlm talam..huhu..

    dah lama tak tengok pelangi..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonok kan buka kat masjid. makan dalam talam? wah kalau sorang sorang mesti awkward kan? tapi pernah jugak makan macam tu masa kem. hehehe

      Delete
  9. Salam, hahaha, okay yg makcik tu tak bg u kuih mmg sadis...sungguh menyedihkan lah weh..hihi...
    i suka makan kuih makmur ok, sedap gila...lagi2 yg banyak kacang! Hahah :D
    Hmm...yg kes u picit kumbang besar dlm baju u ala2 same dgn kes i yg lipas merayap masuk dlm seluar..mmg i picit sampai mati la hoi~~ geli betul...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. janji dia dah mati kat dalam tu dah lega dah. jadah masuk dalam baju orang -_- hahaha. tak ramai orang tau pasal kuih makmur ni kan.

      Delete
  10. ala knp HM kat sana murah, mummy baru pi mahai.. sob sob sobs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah promosi kot. nanti ada lah tu. raya ni kan memacam promosi keluar

      Delete
  11. Mummy pakai debitcard je senang.. tak perlu cash kat tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh aah senang ramai suka pakai kad je

      Delete
  12. Banyaknya bekal.. best bawak bekal ni. Jimat masa, jimat duit, makan pun sedap ikut tekak kita.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. cuma kena tabah nak sediakan bekal la. kelentang kelentung, hahaha

      Delete

Post a Comment