Family Day 2017

Beraya di Melaka [Part II]

 
Sambungan...
 
Seronok kan pepetang jalan kat area kampung macam ni. Yang tak seronok tetiba ada motor berdesup. hamboi dek. melambung masuk parit kang.
 
 


Rumah Makcik ni kira favourite I masa kecik jugak. kalau balik kampung je I rasa selamat and selesa kat sini. kami jarang tidur kampung tapi kalau kena tidur, sinilah pilihannya. maybe sebab tak ramai orang kot. and Makcik sangat baik and lemah lembut.
 
Tapi now dia dah nyanyuk. dah tak ingat sangat. sedih je tengok keadaan macam tu. kalau dia tanya soalan, dia akan tanya yang sama berpuluh kali. 



Tugas favourite Abah ialah menjolok buah mangga. hahahaha Lihin pun sibuk nak pukul buah katanya. 


meanwhile anak dara, sibuk menge-mop

Memperkenalkan
 
JALAK LENTENG
 
nilah yang Lihin dok sebut tu. Ayam jantan ni garang okay. bila dia dah teleng tu, janganlah ko berani nak lawan tenung dengan dia. kena kejar kang. hahaha. I pun tak berani dengan dia.
 
Pernah masa kami tidur rumah Makcik, dia masuk and tenung je kami yang masih terbongkang. agaknya dia cakap
 
"woi orang KL tak reti bangun ke dah pukul 9am ni"
 
hahaha
 
dia memang macam bodyguard Makcik. kalau Makcik pegi cabut rumput kat belakang rumah, dia dok sebelah. sedara mara I cakap Makcik makin kecik tapi si Jalak makin besau. ehehhee

 
Esoknya lepas checkout kami ke pasar Melaka kat Melaka Sentral tu. memang selalu ke sana Mak beli belachan la apa lah. My cousin ada rumah dekat dekat situ, so kami terus singgah sana.
 
Macam biasa bebudak ni dok ukur jalan je kejenya. kita yang ngikut ni yang kurus nanti tau. Dorang tak reti penat agaknya.
 
Tapi semua pelik kenapa kami dok ikut je bontot si kecik. katanya dorang ni kena dibiarkan explore sendiri barulah ada sifat independent gtew. Tapi kami sekeluarga kan paranoid. what if dia jatuh terhantuk ke benjol ke calar ke. and and ni kan rumah orang. gila kau dia pecahkan furniture tak termampu gua nak ganti kang. ahhahhaa jadi biarlah kami nampak pelik sikit.
 

hi anakkkk daraaa engkau mengapa duduk seorang saja

aippppp
 kemain korang bergambar. time Mommy nak selfie semua bersurai. kurang hasam tau. Ni la masalah photog family. gambar gua selalu takde. hahahha
 


Gigih balik rumah cousin I, terus nak ke Klebang. berpandukan waze gtew. sebabnya hari tu pegi dia tutup. Ye lah I balik Melaka mesti time musim cuti. tapi hari tu apesal entah dia tutup. grrr
 
nampak banyak kereta masuk simpang tu
 
and
 

meleleh la air liur anak gua T_T

Zapp terus balik KL. carik highway KL pun pakai waze sebab Ocin drive. abah tak tahan ngantuk dok melayan bebudak ni semalam. Dah nampak banyak update kat waze standstill lepas Ayer Keroh tapi kami malas lah nak tunggu lagi. takde arah tuju. rasa nak check in lagi pun takpe. kan bagus duit tu macam petik daun je hahaha

 
Time ni benti rehat kat Pedas Linggi kot. Beli air, buah dengan asam. benda tu wajib tau kalau nak jalan jauh.

 
kami sampai before Maghrib. Ocin carik tempat singgah Asar. alang alang makan terus lah kat mamak.
 
I ngidam beriyani actually T_T time ni pulak habis. so I makan rojak je lah. si Maira dah pandai sedut teh o ice. wahh Maira dah besar dah boleh sedut air sendiri. ni Mommy nak nangis ni. dah tak perlukan Mommy suap ye?
 
 

Alang-alang kat area tu , kami singgah rumah cousin I kat Kg Pandan. Mak nak bagi belachan and nak beraya sekali. lain kali malas nak pakai baju raya dah. hahaha. sampai rumah dalam 9pm. Ocin macam biasa lepas siap segarkan badan semua dia masuk 'second office' dia, mentang Senin cuti. I belum unpack pun lagi. nanti lah buat laundry. penat hokey
 
Itu saja cerita raya kami. 

tengkiu semua. Mommy simpankan dalam purse dulu ye . eh . errr hahahaha
 


Comments

  1. Bestnya jenjalan kat melaka..i kat melaka xtau nak p mana sangat...siap beli belacan tu...comel maira pakai baju kurung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. i banyak tempat teringin pergi. Tapi tak cukup masa and tak tahan panas -_-

      Delete
  2. Dah masuk part II pun, gambo mommy tetap takdo. Tak aci betul! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan ada -,- kena godek balik monopod ni

      Delete
  3. Salam Lebaran to you too dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rerajin update blog =p suka your flatlay

      Delete
  4. Replies
    1. haah kalau jalan jauh ni memang penat. T_T

      Delete
  5. Hehe•• p0se dgn ayam jntan tu win.. bkn sng aym nk duk elok2 camtu.. byknya angpau raya dia dpt... hehe.. mommy tlg simpankan erk?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. tu pun dia takut jugak. haah mommy simpankan , no worries

      Delete

Post a Comment