Diary Ramadhan: Day 25

 
Morning you alls
 
Nothing much about today. baru ingat nak me-round buat kali terakhir tapi Ocin cakap dia on the way. awal pulak balik. bagus bagus. actually kaki I dah start sakit sakit ni. Macam dah bengkak T_T bangun tidur semalam cramp- amenda orang panggil simpul biawak ke cekam rimau ke apa ke? jalan pun senget senget dah. colleague I gelak je katanya biasa tengok I jalan laju dalam opis. ni slow je. maklumlah muatan berat kan
 
Sempat singgah pasar juadah. Bagus Ocin dah takde nafsu tengok makanan kat situ. kalau tak dialah juara tunjuk itu ini. dia kena tahu, bukan semua sedap. kalau Roti Goreng -inti secalit. karamel- tak sedappppp
 
 
Tapi kami sempat beli Air Honey Dew and Satey. I memang lama dah teringin satey. takde sapa bawak gua.
 
Menu today
 
Ayam Masak Kicap
Taugeh Masak Lemak Putih
Satey Ayam dan Daging
Air Honey Dew
 






Tapi ada benda yang mem-frustkan jugak. Mintak 10 ayam 10 daging. Balik rumah sambil nyusun I kira ada 9 ayam je. Lagi 1 cuma lidi kosong dan pendek . pendek 2 kali ganda daripada lidi biasa-_- I taktahu lah nak cakap apa. frust lah walau sebatang sebab kita bayo :)
 


 
I teringat masa pertengahan puasa tu yang orang dok share lebih kurang macam ni lah
 
"beli lah juadah dengan peniaga yang menutup aurat etc etc.."
 
pastu ada satu komen dari brader ni yang dapat bannyaaaaaak like
 
" ... dah tu kalau yang berkopiah and tudung labuh pun jual karipap inti angin, nak cakap apa lagi..."
 
Tu lah kan taktahulah apa motif dorang ni sebenarnya. karipap inti angin, kuih ketayap potong dua, roti sosej tapi sosejnya belah dua di potong 4. Ni jual satey dapat lidi -_-
 
oh btw Lihin tau makan satey oi. seronok I. first time rasanya. bertambah tambah 8,9 cucuk. I sendiri pun jenis makan 5 cucuk je. wahh lepas ni tak rugi lah bawak keluar makan =p
 
You all kerja sampai bila? macam ramai dah start cuti kan. yelah yang jauh jauh tu, mesti nak merasa berbuka dengan family tercinta. I kerja sampai petang raya. supposedly company half day. hopefully this year pun sama lah. Lagipun I bukan nak kemana. nak jumpa mak, balik je rumah >,< hahahha
 
toodles xoxo


Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin dari keluarga AdArNadzMieLyssa..

    ReplyDelete
  2. Ermmm...dia xpasan kot yang sate tu xcukup..xpelah kita brsangka baik je ye..esok esok mesti Allah ganti balik sate u tu dgn lebih gebu...by the way i cuti selasa depan...huhu..jumaat mmg cutikan kan..heheh

    ReplyDelete
  3. hehehehe muatan lebih yek... kene tukar tayo baru tuh kalu lebih muatan

    ayam kicap ngn toge lemak tu msk sndiri ke? menggoda betul padanan lauk tuh

    bab sate tuh mmg no komen, almaklum bln2 pose nih kadang mmg ada yg ngambik kesempatan tp nk bersangka baik maybe penjual tu tak pasan hehehe

    selamat hari raya maaf zahir batin bt mommy Cici sekeluarga

    insyallah esok akak gerak balik kerteh lps seminggu baru msk keje semula

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, maaf zahir batin..

    akk start cuti on Monday, one week hols..company bg cuti peristiwa on Friday..ikut gomen..hihi..

    ReplyDelete
  5. mek keje smpai hari terakhir.. tak cuti...

    tapi sokong la, beli satay dapat lidi, kemenda la jual cm tuhhh

    ReplyDelete

Post a Comment