duit raya sedekah @ beban?

Hi korang.  morning ning ning
 
Still dalam mood raya ke? kejap je kan, I masih lagi teragak agak nak makan. macam blur
 
"eh kita bukan dalam bulan puasa kan?"
 
hahaha tu syndrom apa entah. dari kecik macam tu. I takut TER makan je padahal semua orang puasa
 
semalam kan, dalam lift I dengar lah conversation akak ni dengan colleague dia. taktahulah diorang cakap pasal sapa tapi dah dia cakap terjerit jerit 1 lift boleh dengar, I dengar je lah. bukan eavesdropping memang telinga gua berfungsi setakat ni hahahahah
 
dia cakap macam ni lah ayat dia
 
" tahun ni anak aku dapat duit sikit je. semua rumah bagi RM 2 blablablablabla. Tahun dulu anak aku pegi jalan tak sampai 1 taman rumah tu, dah boleh dapat RM 200 sebab 1 rumah bagi RM 5. Tahun ni kalau 1 rumah bagi RM 2 ada yang bagi RM 1, macam mana nak dapat banyak blablabla. sian anak aku nak beli blablablabla"
 
pastu entah apa kawan dia jawab
, dia balas
 
" ala si *&%^$^& kedekut nak mampus. aku bagi anak dia RM 5. dia bagi anak aku RM 2. blablabla"
 
errr
 
I is terasa uolls. kalau bebudak yang I tak kenal datang
 
"semekommmm kami datang nak rayaaaa"
 
memang I bagi RM 2 ler. nak bagi bebanyak buat apa. kekadang dorang datang 2x okay. dah takde tempat nak pergi esoknya datang tapi lead group lain. kemain bebudak ni. Tapi pernah jugak I bagi singgit. sapa suh ko datang group of 12. ahahhaha. terkezut iolls. cash takde la dek
 
I taktahu pulak makpak masuk campur hal duit raya anak anak. dulu masa kecik Mak I tak pernah amek tahu pun I dapat berapa hengget. Tak pernah tanya pun, tak kisah pun kalau bebudak lain dapat tapi anak dia tak dapat. sebagai kanak-kanak I ada la perasaan sedih. hahaha maklumlah orang selalu ingat I dah highschool padahal baru darjah 4 -___-
 
 
Kebetulan terbaca status sorang blogger, dia share status pasal duit raya
 
 
seram pulak I. I know sooner or later I akan mengalami fasa tu. Fasa di mana anak anak dah kenal nilai duit. yelah kita memang ngajo dia adab, tapi kekadang dia belajar jugak dari kengkawan/surrounding. dia belajar nilai duit. I takut I tak terkawal dorang. Malu aku woi.
 
Tapi dalam kes akak dalam lift tu, I nak blame dia boleh? Maksudnya kenapa ko kena kutuk orang yang bagi anak ko duit raya sikit? tak baik tau. Ingat orang tu gaji dia nak habiskan untuk bagi anak ko duit je ke 0___0 takde komitmen lain. eh emosi gua.
 
Duit raya ni sedekah kan. sedekah kat kanak-kanak. sedekah pada mereka yang memerlukan. Janganlah jadikan duit raya satu beban.
 
Masa memula dapat tau I peknen, Ocin penah cakap
 
"nanti mesti orang takut nak datang rumah kita raya kan? sebab anak kita ramai"
 
errr ada logic jugak. Tapi bukan I letak syarat wajib pun nak datang kena bawak buah tangan untuk anak anak. nak datang meh la, taknak datang sudah, takkan nak paksa kan?
 
I ingat lagi ada 1 rumah kat kampung, I pun tak tahu rumah sapa. anggap lah sedara jauh Mak -__- rumah tu besau gila. and ramai gila orang. ala biasalah sepupu sepapat bergabung. imagine kalau Mak dorang ada 9 beradik. sorang beranak 6,7,8. Pastu cucu dorang maybe dalam belas or puluh. yelah kalau 6 anak, sorang beranak the least 3, ha kira sendiri.
 
Rumah tu banyak bilik. pastu bila orang datang beraya, dah nak balik mesti akan ada yang jerit
 
"okay budak budak. orang dah nak balik tu. keluar semua, tak dapat duit raya nanti"
 
kahkah ko tak rasa majal ke -__- what if tamu tu memang tak prepare duit raya ?
 
haiyoo
 
I ingat lagi, Mak dengan Abah dok ceruk ceruk sebab nak kira duit. ada jugak tak cukup sampul. kalau dah cucu cicit 18 orang, memang RM 2 sorang lah ye.
 
Kita ajar salam untuk adab. bukan untuk duit raya. eh tapi macam komen I kat status blogger tu, anak anak I dah mindset salam je dapat sampul. walaupun Maira tak tahu nilai duit, tapi dia main amek je sampul kazen dia. cis. -__-
 
Tapi I memang berpegang teguh yang duit raya perlu ikut kemampuan. orang nak kutuk ke apa lantaklah. kalau dah dalam poket ada RM 4 padahal anak buah sendiri nak buat macam mana? niat tu lah
 
sumber : petikan Bernama dari blog Ahmad Pazil
 
Tu lah pasal duit raya ni luas sangat. memasing nak suarakan pendapat memasing. ada yang kata benda ni setahun sekali, takkan tak boleh bagi blablabla,. memanglah setahun sekali, tapi kena tau jugak komitmen orang macam mana, entah kebetulan tahun tu dia ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan ke apa ke. benda ni bukan paksaan okay. tak letak harga pun.
 
Tapi konsep kanak kanak beraya dari rumah ke rumah tu, I tak pernah lalui masa zaman I. maybe sebab I kan kera sumbang, mana ada kawan,. hahaha . I kawan dengan mak je. and I tak rapat dengan sepupu sepapat. so lagilah takde geng nak ketuk pintu rumah orang
 
 
 
Tapi terus terang I malas nak layan HAHAHAHAH . jujur tak gua? memang malas ler. dah hidang air kena basuh cawan. (-,-) kalau pakai paper cup pun I kena angkut cup buang dalam tong sampah (ya Rabbi pemalasnya aku) pastu makan tak reti tutup balang elok elok. yelah bebudak kan. and selalunya dorang datang time tamu baru lepas balik etc. so time tu sebenarnya gua baru nak meluruskan badan depan tv tau. adik adik ni kacau hakak lah.
 
I dok cerita pong pang ni, anak anak I kecik lagi. Kang sok lusa Lihin bawak geng serang rumah korang kang. ahahha. Trying my best untuk ajar dia jangan jalan tanpa Mommy hokey. berkepit je dengan Mommy
 
okay till then, xoxo


Comments

  1. Rasa geram dengan conversation mak-mak tu boleh tak? Eh bersabar betul la patut pun budak-budak jadi berperangai mata duitan macamtu... "macamana nak dapat banyak?" Oh my... What's happening to the world..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah I pun geram. dia pulak jadi akauntan anak anak dia. anggap je lah rezeki bebudak tu.

      Delete
  2. i masa kat umah in law,ada je budak yang tak dikenali singgah beraya..i think positif je..bagi je sebagai sedekah kan yang...tapi i nampaklah bebudak ni datang nak duit raya je..huhu..mkn kuih pun xnak..hahah...adohai adik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dear bebudak ni seronok dia time dapat duit raya je la. tapi tu lah, i kan pemalas nak layan T_T

      Delete
  3. Salam, hahahah bab adab ni gua sgt setuju...sakitttt betul hati bila keluar rumah tgk sampul duit yg gua pilih dan beli cantik2 tu terlepek tersadai di atas jalan depan rumah oleh bebudak yg BARUUUUU je datang beraya masa tu....

    stat daripada tu, memang i bagi je duit raye tu tanpa sampul kat budak2 yg tak dikenali beraye kat rumah..sebelum harapan diorang hancur bila bukak sampul, baik i dulu yg hancurkan harapan mereka, terus je bagi Rm2 tanpa sampul, hahah.. :p

    ReplyDelete

Post a Comment