Happy 7th Anniversary and Happy Birthday Ami Ittew

Saja nak gatal buat entry
 
Happy Anniversary Ami Ittew

gambo myspace. profile pic dia rasanya
 
 
tak sangka dah 7 tahun kenal. I lagi suka celebrate anniversary kenal daripada anniversary nikah. hahaha ala bukan benda penting pun, saja je memeriahkan suasana
 
I kenal si Ocin ni kat myspace. I taktahu ni myspace I yang keberapa entah tapi memang I tapis kaw kaw lah friendlist I. sebab previously myspace I penuh dengan mat rempit lah, jantan gatal lah betina gatal lah. so untuk myspace baru ni ramai perempuan je. Yang lelaki pulak I tapis betul betul
 
I tak ingat exact date /sapa add sapa (most probably I add dia) tapi bila I track balik conversation I start "knock knock" kat wall dia. Dia pun layan lah suruh masuk katanya. Tapi kelakarnya conversation kami macam hari ni I hantar , bulan depan dia balas. lepas tu another month baru I balas. Yelah I kan online kat cc time tu. Tak silap I start Feb 09 kot.
 
Then masa bebetul borak time tu I baru dapat lappy dan sangat busy dengan assignment + presentation. first timer uolls, memang tak tidur malam. dia time tu tengah main Dota lah. random conversation macam you tinggal kat mana semua. I bagitahu dia I dok Ampang tapi study kat SEGi Damansara. then dia cakap
 
"ohh dah dekat sangat tu, amek lah number I, nanti free kita lepak"
 
I okay je , memang bangsa suka  mengutip number tepon aku ni hahaha. time tu dah 4,5am kot.
 
Dalam masa yang sama, I macam minat kat adik kawan I. memang lately kami selalu spend time together sebab dia tolong I buat assignment. yelah I mana ada kakak abang nak tolong. I tak reti pakai laptop pun time tu. online reti lah. I panggil dia Batman sebab dia tak tidur malam, and dia panggil I Catwoman- partner tak tidur malam.
 
so before tidur I SMS adik kawan I
 
" Bat, I rasa I suka kat you lah. I nak jadi lebih dari kawan"
 
the next day I bangun, siap pergi class sambil tu check Myspace ada notification birthday mamat tu (Ocin ler) so time on the way tu I SMS la wish Happy Birthday blablabla.
 
and dalam masa yang sama I dapat reply dari adik kawan I tu. katanya dia tak ready lagi and hope kami akan jadi kawan baik je macam Bat and Cat jugak -,-
 
I takde rasa sedih ke terkejut ke. I macam heartless je. Pada I, even dia reject I , I still nak jumpa and lepak tapi entah kenapa dia macam menjauhkan diri. I dahlah takde kawan, mana entah perginya kawan kawan high school I T_T sedih tau, I SMS dia tak balas
 
Sampai je kat SEGi, Ocin call. maklumlah orang dapat free call. Kami borak macam biasa je lah.
 
sementara menunggu turn, I nak share betapa nervousnya I . adoiyai si Bat ni tak nak layan I. dia kata busy lah blablabla T_T sedih hokey. Pastu I borak je lah dengan Ocin. Nasib baik dia melayan. Sampai lepas habis present , dia dok teman I.
 
Pastu kan I amek public transport sampai KL baru my dad amek. so Ocin lah yang menemani. pastu dia hantar
 
"Can I hold your hand? and after that can you promise me you never let me go?"
 
macam tu lah kot, gua ingat ingat lupa. kira kiasan dia mintak kapel lah. I pun balas okay je lah. kahkah gelojoh tak gua? maka kapel lah kami. Malam tu YM sampai ke pagi dan bermula lah kisah I tak cukup tidur T_T huwaaa
 
 
The funniest part, I dont even know his name okay. The next day I hang out dengan girlfriends and I cerita lah I baru couple dengan budak Damansara blablabla and bila dorang tanya nama I just realise I taktahu pun nama dia. nama Myspace Nikky Dee. Tapi takkan tu nama dia pulak. Pastu I try stalk comment comment dia sampai ke bawah. ada panggil 'Ocin'- tu lagi lah pelik. nama manusia ke kucing tu kahkahkah
 
*btw nama myspace I dulu Amber Tiffany. hiks
 
so couple tu Selasa. Hari Jumaat tu kami jumpa. dia ajak jumpa kat Cineleisure. I habis class, pergi lepak makan pastu terus tunggu dia around 12pm. Tau pukul berapa dia sampai? 3pm okay. lahabau betul -,-'' Tapi I taktahu kenapa I tunggu. I mean, I tak suka menunggu. Tapi I macam takde perasaan je , duduk kat kerusi Curve sambil termenung for 3 hours . Can you imagine? dah dulu pakai handphone N73 takde internet
 
dia call pakai public phone suruh tunggu kat main entrance Cineleisure. I pegi, nampak sekumpulan bebudak je. 10min jugak lah gua terpacak kat situ. dia turun escalator dengan muka tak bersalah.
 
*after few month dia confess kenapa dia dari atas, katanya dia intai I dulu and amek masa 10 min fikir nak turun ke tak. katanya I tak macam dalam gambar, I gemuk gila, rambut pelik ( rebonding kan so dia kejung ler) and kulit I gelap gila. dalam gambo putih. kuang ajo, gua baru lepas PLKN kan
 
sebab Curve macam boring, so kami pergi OU. menapak je. lepak minum then terus balik. dia teman I sampai naik bus.
 
Lepas tu next Monday, dia bawak I pergi rumah nenek dia pulak. okay tu dah different story.

kat Ulu Yam. dia teman I buat assignment photoghraphy
 
 
*I tau Batman takmau reply msg I takmau layan I maybe sebab dia taknak I terluka or simpan perasaan. No worries, I tak rasa apa pun. Maybe sebab I pun sunyi, takde sesapa . I kan jenis takleh hidup tanpa boipreng -,- so I saja je mintak kapel sebab I nak boipreng
 
after 1-2 month, I dah letak pic Ocin kat Myspace, Bat SMS I cakap
 
"wah here youre Mr Robin, you found your Mr Robin"
 
macam tu lah msg dia. banyak kali jugak dia msg, I pulak yang kurang layan dia. I jenis ada boipreng memang tak ingat kawan.kahkah. adalah borak borak biasa je. sampai lah sekarang , kami tak bertegur langsung. and baru baru ni nampak dia baru bertunang. tahniah ye Batman. :)

*Masa mula mula couple I dengan Ocin tak serius pun. dia pun taknak amek gambo dengan I. kuang ajo kan. so macam okay lah kapel sebab nak teman je lah. tak sangka jadi seserius ni. I mean serius sampai I tengah peknen 3rd baby. omg. cepatnya masa berlalu hoi

Comments

  1. POst la gambar kawen satu..heheh

    ReplyDelete
  2. hahahha. gitu kauuu. macam2 kan cara kita jumpa partner. memang tak pernah expect yg dia tu prtner tido kita nnt

    ReplyDelete
  3. "Xsangka seserius ni sampai tengah pregnant 3rd baby.." Such a statement! Hahahahah! Kelakar la. Memang cool korang ni.

    ReplyDelete
  4. your are sweet like your sweet love storey...ocin masa muda-muda amboii..rambut ala-ala nick kumpulan bsb...lepastu boleh pulak dia tengok u dari atas cakap u gelap ye yang...hehehe bytheway,kesian si bat..bila u dah ada ur robbins,haaa baru sibuk-sibuk nak message balik kang..

    by the way i faham,jadi anak tunggal ni sentiasa keboringan dan kesunyian kan..at least bila ada kawan rapat kita rasa ok sikit..nasib u dapat bf macam ocin boleh teman u buat assignment lagi..haa ke ulu yam lagi...dekat ngan umah i tu..huhuhu

    ReplyDelete
  5. sumpah sweet la sisss! hahaha omg mommy cici! lebih kurg mcm aina jugak. =P Kenal dkt myspace tp kita org x pernah declare couple. Just a friend for few years...i think its start 2009 mcm tu. Kejap contact kejap i hilang kan diri... dlm masa i hilang tu smpt la ada boyfriend. tp xde jodoh. Husband i mcm x putus asa contact sampai satu masa iols rasa penat mengelak.. lps tu cerita dekat mak n mak berkenan trus. Hahaha.. trus jd pilihan keluarga.. (^^,) then bercinta lps kawen.

    ReplyDelete
  6. Salam, hahahaha weh...serius lah tu muka ocin masa muda remaja? Sebijik mcm muka you lahhhh!! Dengan dagu, pipi, lesung pipit tu...i rase u ade lesung pipit kan? Hahahha sangat serupa okay! mata pun lebih kurang sama~ memang lah he's your Mr. Robin, hahaha..semoga bahagia selalu lah , aminn...happy tgk! Haha

    ReplyDelete

Post a Comment