Family Day 2017

Random Thursday: 280716

Holla uolls
 
last week yang Ocin pergi training tu, kami tukar phone tau. sebab dia nak gambor yang cantik katanya. sekali damn, dah ada kecelaruan dalam wassap. even dah tukar simcard, group dia masuk kat I and vice versa. marah orang dalam group apa dok tukar tukar ni. hahaha
 
I pun tak hingin nak ada dalam group jantan jantan ni. baru tukar phone sehari dah penuh album gambar wassap. cis. rupanya lelaki ni lagi banyak membebel/ mengarut dari pompuan kan?
 
 
 
Korang mesti busy dengan open house kan masa weekend? I ni malas sikit nak jalan rumah orang. takut tak dapat control 2 ketul cendawan ni. and malas nak berpanas jugak. Tapi memenuhi permintaan Mak , ikut kan jugak lah,
 
pergi rumah kazen I kat Seri Pristana. hoi cecantik rumah situ. RM 300k tak silap. kat KL mana nak dapat rumah harga macam tu dah. beli buat harta okay kot, beli nak ulang alik KL memang idok ler. balik tu jem melekat grrr
 
 
 
I dah lama teringin nasi arab. dapat nasi beriyani pun okay. nak dekat Insaf tu tapi I memang insap nak pergi sana. very not child frenly (maklumlah anak iolls cenonet lagi), tempat yang sangat sempit and bagi I memang tak selesa. nak makan tempat selesa huwaaa T_T nak pergi Makcik Beriyani Curve pun takde sapa nak layan gua. sampai I termimpi tau. I tengah drolling engok sepinggan nasi arab, sekali Ocin ketuk tingkap (tak bawak kunci) terus berkecai nasik gua, cis
 
so last Sunday, paksa pergi JM Beriyani, Tesco Ampang
 
verdict? entah , takde perasaan. okay lah pada tak ada kot. kami order beriyani ayam 3 and beriyani ayam goreng 1. nasi okay lah kot cukup rempah, tapi lauknya macam tak best je. tu mak I punya komen la, pada I okay je. sebelah tangan suap nasi sebelah tangan suap Maira -,-
 
kalau dah berderet 3,4,5 nanti kena beratur lah suap makanan ye T_T
 
 
 
Dulu masa Lihin kecik, before dia duduk lagi I dah eksaited nak suruh dia main benda benda ni. eksaited uolls siap record and amek gambo bebanyak.
 
Tu dulu lah, sekarang, nampak benda ni I nak lari tak kisah lah yang 50 sen per ride sekali pun. Bukan nak kedekut ke hape, masalahnya
 
1- dah naik taknak turun
2- satu mesin nak ulang 800x, imagine ada 18 mesin kat situ?
3- taknak mengalah, berebut dengan budak lain. budak tu pun taknak mengalah. kami, parents yang nak nangis tarik anak memasing
4- tak paham kalau kita cakap rosak, dia menjerit sampai nak terkeluar anak tekak
 
weh steghess steghessssssssssssssss
 
I teringin jugak nak spend time dengan dia. kira memang nak bagi dia naik pepuas lah  tak kisahlah 50 sen ke RM 2 ke , tapi kang dia nak naik 10am-10pm kang, gua nak gadai apa? cincin kahwin pun iolls tak pakai -,-'

budak ni pun dah belajor cara jeritan si abang

Konon la nak puasa ganti /puasa 6 start Monday. sekali tepat 12pm dah pening denyut denyut.

I rasa main reason sebab I tak cukup tidur. lately ni memang payah nak dapat tidur lena. Pusing kiri rasa penumbuk baby. pusing kanan rasa free-kick dia. tidur lurus rasa back pain. tipu ah Vono kata hilangkan sakit belakang. kena try kat mak buyong baru tau berkesan ke tak >,<

I akan terjaga setiap 2,3jam. imagine. terjaga capai biskut/ minum air/ pergi jamban. memang tak lena lah. tak masuk bab ada rasa tangan merayap. ceh bukan tangan Ocin. rupanya Lihin and Maira tengah berebut rebut panjat badan I T_T

acc dept ada buat makan makan. meriah betul. memula I kuat iman lagi cakap puasa walaupun hidung gua dah kembang kuncup. fuhh. sekali dah 3pm kepala dah berdenyut macam nak meletup, maka I berbuka dengan Milo. terserempak dengan dorang kat pantry, dorang hulur makanan. rezeki rezeki. dapat rasa. hehhee


I dah rindu kat budak ni T_T hoi balik la Malaysia cepat. nak Merdeka ni. eh? hhahahhaa



Suka betul makan kek. dia dok sebut Red Bebet. Tapi ni RM 3.80 kat Tesco. keras hahahaha. Nanti birthday Atok kita beli kek best sikit ek. saja pasang lilin, kekonon belated birthday Ayah. tapi si kenit ni yang tiup

 
LUNCHBOX

220716
 Ayam Masak Kicap
Petola Goreng
 

260716

 Ayam Masak Merah
Kangkung Belachan


270716
 
Ayam Goreng Kunyit
*actually main menu sambal udang, but since I avoid seafood, Mak gorengkanlah ni untuk I
 

Thats all. Esok ada checkup 8,30am. Memang doc saja nak jumpa I pepagi buta ke. huwaa T_T Abah lah hantar gamaknya sebab Ocin takleh cuti hujung bulan.

xoxo

Comments

  1. i pulak suka jenjln raya pi rmh org...suka jumpa org..haha

    ReplyDelete
  2. sri pristana tu kat sungai buloh ke yang..kesian u dah susah tido eh...hehe tapi cara u cerita tu sweet je tau..by the way maira tu nampak makin gebu skrg..kaki u dah start kembang tak yang

    ReplyDelete
  3. rumah kt KL dah melambung-lambung mahal, nak rumah cantik dn luas terpaksa beli yg jauh..mmg stress nak berulang-alik setiap hari, dgn tol lg..

    nasi beriyani Insaf..mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. Setiap hujung minggu ade jemputan open house atau majlis kahwin di bulan syawal nie.. jadual padat betul raya nie.. ehehe

    ReplyDelete
  5. tapi kan mmg tau, hari tu tukar jap henfon dgn hubby, walaupun dah tukar simcard tetap jugak masuk grup wasap jantan2 tu...pelik sungguh la hai...

    ReplyDelete
  6. babe, mek ade tag awak untuk join GA ni.

    http://ajussix.blogspot.my/2016/07/notebook-giveaway-by-eeca-shyaa.html

    nanti tengok ye :)

    ReplyDelete
  7. nsb tak penah tkr lg tkr hp ngn suami, klu tak msti hp penuh ngn mcm2 gambo

    suke beno ngn lihin yg suke mkn kek tuh, lsung pipit tu manis gt kt lihin...

    simple tp nampak menyelerakan menu bekal tuh

    ReplyDelete

Post a Comment