Raya di Melaka [Part 1]

 


 
Holla.
 
Penatnya oi. Last weekend I balik Melakau. Actually I dah plan and book Mahkota Hotel untuk 16/7 tapi macam biasalah Ocin sesuka hati tukar plan. kelam kabut I carik hotel. Mahkota naik 2x ganda. wah memang taklah nak bayo RM 500/ night. macam gaji aku setengah bulan je. nasib dapat Hotel Sentral- family room. total inc tax RM 210.xx okay lah kan inc breakfast jugak
 
 
 


Gerak dalam pukul 10am, singgah breakfast dulu
 






sampai ngam ngam pukul 2pm terus check in dulu. pastu nak gerak pergi rumah Mak Usu tapi apa apa hal, kita buat photoshoot dulu walaupun tanpa monopod tercinta. mana lah ko pegi monopod ni kan -__-
 

Welcome To Malacca
 
dah macam Gangnam Style dah hahahahaha


love <3
Rumah first kami kat Kandang. rumah Busu. terserampak dengan cousin cousin I. nasib ler rumah kampung besau, nak sumbat berapa orang pun tak kisah. kalau rumah I? memang bertenggek kat dapur lah jawabnya
 
Kos bina/renovate rumah murah ye kat sana. maybe sebab kos bahan mentah pun murah kan. Mak cakap cousin I buat loan 50k je untuk renovate rumah. not bad, besau and kemas. kalau KL 50k tu dapat apa -__- jamban?
 
 


Sedara I ni ada bela ayam, kambing and lembu. si Lihin penakut taknak pegang. Maira je berani sentuh ayam, hadoi Mommy pun takut hokey.
 
Lihin sibuk komplen kenapa kandang kambing busuk, ada taik and tanya kenapa lembu tak cebok. nasiblah dorang rajin melayan. hahaha Mommy dah malas nak join sesi soal jawab dah



second rumah Nyah. err I taktahu Nyah ni pangkat anak keberapa. korang pernah dengar ke tak??
 
Rumah ni pulak ada bela kambing, itik angsa ayam. Boleh tetiba Lihin menghilang and kami terlupa pasal dia. Ocin dok menghadap Maira so terlupa ada anak seketul lagi. wahduh. carik carik rupanya dia tengah bercakap dengan itik and ayam .-__- sorang okay. sorang berani ko ni
 



 
Next kami pergi ke Bachang. jangan tanya I which part sebab I pun taktahu. first tuju rumah Mak Long I. tengoklah perangai Lihin tu
 
Sian tengok Mak Long dah tua sangat dah. I taktahu dia ingat lagi ke tak ke. I tengah sedap duduk kipas menghala kat I, dia datang and off kan switch -__- Ocin dah bantai gelak dah. I cakap kat Mak,
 
"mak, akak rasa Mak Long dah nyanyok la. Orang tengah sedap hadap kipas dia pegi off kan. "
 
Mak gelak je. ongtua biasalah katanya.
 
Mak Long I ni duduk gilir -gilir kat rumah anak anak dia. 2 weeks sini 2 weeks sana. ni sonoknya ramai anak ye tak?
 
 
LIHINNNNNNN

Seterusnya menapak ke rumah Makcik. sekangkang kera je pun tapi I mengah. halfway je I suh Abah bukak pintu. Lihin suka lah tu. rumah Makcik ni rumah fav dia sebab ada ayam jantan besau tu. I balik ni pun sebab tu jugak lah. hari hari dok mintak nak jumpa Jalak.
 


menikmati keindahan Melaka
akan bersambung....


Comments

  1. Cici orang melaka jugak ke? Ke jalan - jalan beraya =) ... Best kan ada kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung Mak kat melaka. tapi dah tak ramai sedara kat sana. suka jugak jalan jalan sana, paling dekat sekali hahahha

      Delete
  2. pic maira & lihin tu i suka sangat yang...macam sesi photoshott model kanal-kanak dah.huhu...by the way teman hitam ye uols...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tema last min dear. hitam jadinya

      Delete
  3. meriah beraya di kampung mcm tu... anak2 dpt pengalaman tgk mcm2... benda yg x der kat bandar...

    ReplyDelete
  4. Nyah tu utk angah biasanya. Anak nombor dua, panggil angah. Datang anak yang pelat jadi anyah lah.

    Haha.

    Selamat hari raya mommy cici.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yeke. i tak pernah dgr Nyah , ingatkan family i je >,<

      Delete
  5. Dekat jer la kampung kite.. mak akak dekat2 kandang tu jugak.. BTW Selamat hari raya mommy cici...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. wah sekampung rupanya selamat hari jugak

      Delete
  6. Selamat Hari Raya...seronok beraya, bertemu sanak saudara..
    bestnya rumah kampung, nampak nyaman je, byk pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah berbeza betul dgn KL. sana semua benda menghijau

      Delete
  7. Salam aidilfitri cici

    Nmpk happy ank cici tu• tgk suasana kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. banyak benda yang first time dorang tengok

      Delete

Post a Comment