Shopping Raya di Danau Kota & Jalan Tar

Kan Jumaat lepas nak hantor Dina balik, Ocin suh tanya nak ikut jenjalan tak? wah I yang dah sengih. ko ingat senang laki aku tu nak ajak jalan jalan? lantak lah pergi mana pun janji keluar dari rumah. ha gtew. nampak tak mana Lihin mewarisi perangai jalan?
 
 
 
 

I dah dok pong pang taknak baju raya, pastu Ocin cakap nak jugak. Okay lantak ko ler Bee. Dia cakap nak pergi Danau sebab takut Jalan Tar sesak. macam biasa parking kat area shop lot tu. menapak sikit. I prefer parking situ , singgit je berapa jam pun. daripada parking kat lorong tu walaupun dekat tapi ulat parking mintak RM 2/ RM 3 hokey. dah lah sempit.

Memula I nampak baju Mela. kami main agak agak je. sehelai RM 15, 2pcs@ RM 20. murah gilos kan? of course kain murah ler. satu hitam satu biru. frust sikit sebab kami tak check bebetul yang biru tu ada kesan kain pecah. tapi tak nampak lah. boleh lah pakai sekali T_T

Next nampak baju raya Abang. memula nak belikan jubah hitam sekali kepala tak muat masuk. baju Melayu tu RM 20. murahhhh. Last year beli kat Jakel RM 90+ kot
 

 
Ocin sibuk nak carik topi Lihin. I ada gak berkenan kat H&M , tapi Ocin taknak yang funky. Taktahulah dia nak bagi identiti apa kat anak dia ni -_-
 
Kami try jugak tengok kasut, yang dah berkenan takde size pulak. susah nak carik yang kosong. semua dah di cop 'brand'. I tak kisah fake pun, cuma janganlah MNG jadi M&G -__- kan ke pelik tu.



 
Next Ocin kata teringin aiskem berasap. Pastu dia pegi lah join que panjang. I macam blur jugaklah sebab macam ada 2 stall. Tapi Ocin siap cakap dia nak flavor apa topping apa blablabla Dina pun siap suggest blablabla sebab katanya dia penah makan kat Phuket.
 
then we just realized Ocin salah que daaa -____- aiskem yang dia nak tu kosong je takyah que pun. yang que tu untuk biskut berasap yang sejuk and tak sedap . -__- serious tak sedap. I rasa keistimewaan dia cuma bila kita makan asap keluar ikut idung, macam smoke la. bebudak macam Lihin suka la -__-

sepatutnya que di sinilah .RM 10 je

ni la bendanya. susah gua nak snap. Ocin dengki . RM 12


Dah siap beli semua benda, kami hantar Dina and singgah mamak bawah rumah dia sekali. time tu ada Germany lawan Italy kot. Boleh si Lihin datang je terus lepak depan screen.
 
Ocin dah segan kot, dia heret Lihin dengan kerusi sekali suh duduk dendiam kat meja
 
 

like a boss bebeh



comel tak dia senyum macam tu. ha ye , memang comel sangat. tau tak dia actually dah peeee banyak gila pastu tak cakap -__- so masa Ocin angkat dia dah menjejeh ke bawah. nasib lah kami duduk kat jalan tar. kalau kat dalam? haiyoo. dengan pampers tak bawak. balik tu dia berkemban je.
 


So ni lah hasil shopping untuk hari ni. berbaloi betul. first time I rasa masih kaya lepas beli barang. kalau tahun lepas pusing 2,3 pusingan kat Jalan Tar macam dah habis beriban. bunyik macam membazir sangat beriban tu kan? tak lah . baju melayu sepasang RM 200 x2, baju I lagi? kuih lagi? memang seribu la jawabnya. macam mana lah orang yang shopping kat tempat berekon tu ye -___-
 
Baju Kurung @ 2 pcs- RM 20
Baju Melayu - RM 20
Cap - RM 15
Spec Kids - RM 15
Dress @ 2pcs - RM 15
 
 
makan pun total RM 19 je.
 
tak sabau nak tengok Maira terkedek kedek pakai baju kurung. hehehe. Dress, Cap and spec Lihin dah rasmi dah

<3

Next day, I tidur awal. Ocin lepas terawikh terus pergi cc. Ocin balik 3am kejut I nak pergi Jalan Tar. Pastu I tengok lagi budak ni tengah pakai spec. hamboi kau.

I sebagai kaki jalan tegar, terus lah siap. huwahuwahuwa
 
honestly I tak suka shape ni. I prefer Ray Ban T_T apak dia nak yang ni jugak, huwaaa

Konon malas nak jem, kami naik motor. imagine kesejukan tu? gua lah yang paling sejuk sebab Lihin dok tengah. Ocin ada sweater. hahaha ni terimbas zaman bercintan ni. cuma additional seketul Cuddlepuff and seketul dalam perut. kahkah
 
Okay tu je . takde pic di Jalan Tar sebab gua bersilat dengan Lihin. xoxo

 
Apa apa pun pantun Ocin memang cantik hokey. dia bukan tanya
 
"you nak carik baju kat mana?"
 
tapi soalan dia
 
"you nak pakai baju yang mana ek?"
 
nampak tak? maknanya dia memang suh I pakai yang sedia ada. hahah hampeh ko. I balas pantun dia dengan puisi blablabla dia jawab
 
"hahaha nak beli , beli je la. Tapi kau kan tengah gemuk, ada size ke? macam susah je"
 
hoi insulting tau. Nasib iolls heartless sikit time ni. hahaha. I plan nak pakai jubah I last year je lah. cuma I beli tudung baru je, tu pun kalau sempat. Mak pun  pakai kurung last year je. Yang lain semua kemain baju baru. hahahha


Comments

  1. hahha, naseb la kan. takpe2. lepas ni pulun baju baru ganti yg raya aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Murahnya shopping di danau kota..terinhin nak.p...

    bestnya naik motor pukul 3am.tu ke jalan tar...boleh pulak lihin ikut erh..tinggalkan je ngan nanny..

    takpa yang nanti u dah bersalin...belj baju baru bebanyak tau...

    amboii ocin sampai kul 3am ke.cc ngapain seih...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment