Family Day 2017

soalan typical di Hari Raya

 
Gigih tau I scheduled entry for second Raya. hahaha ada ke orang online raya raya ni? semua busy ternak lemak
 
I terbaca benda ni ha kat FB.
 
 
Pastu mesti korang pernah baca jawapan jawapan yang sesuai diberikan kepada si penyoal. lepas tu start lah orang komen
 
"kenapa kena bersifat biadab. releks jawab je semuanya dengan penuh adab blablabla"
 
sebab yang soal tu kebanyakkannya ong tua kan
 
Ala pada I contoh jawapan yang diberi (dalam Facebook) tu semua for fun je. Takde masanya kita nak menjawab semua tu. paling tidak pun sengih je.
 
I dah terlepas bab kahwin and anak. Tapi ada jugak lah harungi soalan lain more to harta benda. sibuk kan dorang ni -___- tak relevan langsung. and yang tanya bukan tua pun. so age is just a number, bukan faktor utama. sifat penyibuk tu yang utama
 
contoh soalan I selalu dapat
 
1- bila nak beli rumah?
-heloooooooooo apakah jawapan yangs sesuai? tunggu EPF 3 juta?
 
2- kenapa beli kete Malaysia? menantu jiran blablabla beli Honda baru dia kata bagus
- kalau I mampu beli Velfire , I dah beli dah -___- takyah suggest
 
3- kenapa anak kecik lagi dah beranak ni?
- tolonglahhh bagi jawapan yang sesuai. kang I masuk cerita blue kang
 
4- kenapa kerja *&%%&*. taknak masuk gomen ke?
- haiyoo kalau ko nak rekemen takat slot interview pun dah kira beruntung -__-
 
5- kenapa cari suami dekat? boring balik kampung kejap sampai
-haha for God sake, I pernah dapat soalan macam ni. I sengih je lah. actually I memang nak orang dekat pun. Tak pernah terbayang nak belajar adat budaya orang/masukkan diri dalam family orang /belajar benda baru/duduk tempat lain seminggu etc etc. dari zaman sekolah I memang cakap I nak orang Ampang/ Damansara sahaja, gtew...
 
6- gaji keje sekarang okay ke tak?
-tapi seram sikit soalan macam ni selalu dia nak ajak join MLM
 
7- bila nak pergi Umrah/haji?anak anak pun dah besar
-hadoiiiiiiiiii -___- i is stress
 
I list kan 7 je lah dulu ye. Honestly I pun pening dan stress bila ingat balik. hahaha. ni antara soalan yang I selalu dapat lah. I benci sebab benda benda ni I takde specific answer, and kalau I nak jawab pun I kena bukak satu persatu cerita. paham tak?
 
contoh
 
Q: kenapa tak beli rumah?
A: loan tak lulus lah makcik sebab saya pernah diisytiharkan muflis oleh bank negara Malaysia. bukan itu saja, saya pernah masuk penjara so saya dah kena blacklist
 
(CONTOH)
 
Scary kan soalan soalan orang ni. I taktahulah nak klasfikasikan dorang ni macam mana. tak boleh nak kata faktor usia (cth: orang tua suka berbahasa) dan tak boleh cakap mindset/level ( cth: dorang ni jenis takde social skill/jarang bercampur orang)
 
sebabnya ada someone berpangkat manager yang menggelarkan dirinya sangat classy blablabla tanya I satu soalan yang I anggap sangap ngeng
 
" why you get married so early?"
 
I assume dia nak 2 jawapan je
 
a- dipaksa keluarga
b- mengandung
 
-___-
 
last last I jawab,
 
"because of LOVE"
 
kahkah muntah gua
 
okay lah. apa aktiviti korang Raya ni? I mungkin tengah terbongkang dengan baju tidur kot. errr
 
xoxo

Comments

  1. HAHAAH..lawak semua tu..selamat hari raya yang..suke baca.xstress i baca semua..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang cepat tulis entry raya..i busy2 pun still trtunggu entry u ni..nak tengok maira lihin....huhu...

      Delete

Post a Comment