Family Day 2017

No Such Thing As Double Standard



gambat hiasan saja nak tunjuk perut lepas beranak T_T


Hari tu kan I jumpa kawan lama. memasing dah ada anak ni dok borak pasal anak je lah. Lepas tu masuk bab susu anak

anak dia below 6month rasanya. Lepas tu cakap pasal susu formula. dia ada tanya opinion colleague dia pasal susu itu ini. lepas tu colleague dia kata

" sekarang anak awak baru sorang, boleh beli susu mahal. imagine anak awak dah ramai. and awak tak dapat beli susu yang sama? nanti apa awak nak jawab dengan Allah? nanti Allah tanya kenapa anak ni dapat susu mahal? anak lain pakai susu murah"

hurmmmmm lepas conversation tu I berfikir panjang

benda yang sama jadi kat I lah. I mean masa Lihin walaupun kami baru kerja tapi 100% duit kami untuk dia lah. yelah nak bagi sapa lagi. Nak kata mewah sangat takdelah tapi mainan dia kalau setakat RM 100 tu pejam mata je lah. sebab tu dia complete ada walker, basikal, ride on jadah apa entah. Baju pulak takdelah bertimbun or branded sangat tapi memang semua pejam mata je lah. 

Bila ada Maira, kami macam cuba untuk adil but still kena bahagi dua semua benda -,-'' so baju newborn Maira banyak beli kat Tesco. bab makan ke susu ke semua masih sama. bab pampers, sebab anak anak I ni hobi dia berak kot, so macam kena cut off lah. dari mahal, tukar murah sikit. dah tu, dua dua berlumba lumba berak. sorang meneran , lagi sorang pun muka penyek.

Bila adik nak keluar dah kena bahagi 3. I dah cut off pampers, pastu I suh dorang pakai susu murah sikit. dari Anmum tukar ke Fernleaf. jimat tau. Imagine Anmum 500grm- RM 28.90, kalau Fernleaf 900grm baru RM 23.50. kalau tengah promotion boleh jimat RM 2 >,< 

I tak adil ke? 

kesimpulannya, I tak setuju dengan apa yang colleague kawan I cakap. tak pernah sekalipun terlintas di hati I untuk membeza bezakan anak anak I. semua sama. I tahu semua anak didatangkan dengan rezeki masing masing. Tujuan I cut off semua tu pun supaya semua dapat makan dengan sempurna, dapat kenyang. takkan Allah nak persoalkan brand susu yang I bagi kot. lainlah sorang I bagi makan, sorang I kurung. 

Bila ada duit, semua merasa benda yang sama. pergi makan sedap sama sama, beli baju sama sama. contoh bila nampak baju yang affordable untuk Lihin kat Cotton On, I beli lah. pastu nampak dress cantik untuk Maira kat H&M, I beli jugak. and both them ada baju bundle. itu pun jadi persoalan?

keje dorang minum susu and berak -,-


and one more thing, susu mahal tak semestinya bagus. ada yang minum susu mahal terus sembelit. anak kita minum tu bagus, tak semestinya kita boleh recommend benda yang sama untuk orang. semua kena try & error lah.

untuk si kenit, I belikan susu Dutch Baby untuk dia. kalau colleague kawan I dengar mesti dia kata I ni jenis bezakan anak. time Lihin start dengan S26 Gold, zaman Maira turun ke Anmum (beza RM 10+) and Dutch Baby ni rasanya lebih murah RM 30 daripada newborn Anmum. ha jauh tak beza. tapi semua anak I peluk cium sama je :) doa yang sama. semualah sama. 

I percaya Allah lebih tahu. Dia yang aturkan semua ni. and setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. Aturan Dia cantik. Dia Maha Berkuasa , Dia Maha Mengetahui. 


Comments

  1. Yang penting ank u cute cute dear...bole ade tv series sendiri..lol

    ReplyDelete
  2. betul tu dik, akak setuju ngn cara kamu.... itu semua rezeki namanya... tak setuju akak ngn pikiran kwn pd kwn ko tu dik... Allah bkn nk zalim gitu, Dia maha Mengetahui segalanya....

    akak pun Allah bg rezeki susukan aiyan sampai dia 6bln, lps tu susu formula... n akak bg dia susu yg kire mahal pediasure... itu pun sbb doc yg suruh sbb aiyan ada masalah jantung... kalau di takdirkan aiyan ada adik nnti kami cuba bg sebaik yg boleh...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... kita seboleh2nya nak kan yg terbaik untuk anak2... tiada beza dr segala segi... seboleh2nya nak kan sama rata... insyaAllah

    ReplyDelete
  4. hummm pedulikan apa org nak cakap ye sis semangat!

    ReplyDelete
  5. i yang...walaupun anak sorang hari tu...i mmg xkesah org ckp apa..susu alya yg mahal xnak minum ..susu murah pulaj dia minum...panpers pakai g jalan je..duk umah i pakai napkin..hahhaa..jimat...bab baju pun i xbeli banyak...kalau baju jalan i beli yg kualiti tahan lama sikit..lantaklah org ckp i kedekut..tp alya umur setahun dia dah ada 3 akaun saving..i ckp kalau belajar tak yah pakai ptptn...i xkisah pakaikan anak baju cap pasar malam...sbb kadg3 ada yg nampak mahal..hahah..tp alhamdulilah skrg alya dah umur 8 tahun..i buat autodeduct utk dia gaji saving dlm tabung haji..utk masa depan dia..bytheway..u seorang ibu yg baik yang..abaikan kata2 org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh panjang pulak den membebel..kekeke..i menaip sambil tunggu turn my mom checkup hodpital

      Delete

Post a Comment