Family Day 2017

Pengalaman Bersalin di Al-Islam Specialist Kg Baru

UPDATED: Total cost ialah more or less RM 7500. Yang bagusnya Al-Islam, Emergency/Elective sama je. Officer dia bagitahu rate for czer from RM 7000 - RM 8000. Charge ward takde package, depending type of room lah. Ada akak tu elective + single room= RM 8000. Agak murah jugak ye. (pssst ni tanpa complication lah. Takde tambah bag darah etc etc)


Holla you alls

Meh I nak share cerita macam mana I boleh 'ter' beranak awal 2 weeks. 

My weekly checkup 11/8. Few times Dr Norlida pesan "datang awal". Then one of my colleague, Kak Yati bagitahu doc ni suka induce orang. dia dah 4 orang anak dengan doc ni. errrr. I takde lah amek serious sangat sebab I memang tak sakit langsung, macam mana nak beranak kan? Apa pun I dah siap inform colleague I, 'kalau I menyepi sampai 11am, maybe I dah kena beranak kot' hhahah

Pagi tu I bekpes roti je. Dalam kete siap plan nak amek MC pastu bawak Lihin jenjalan. hahaha sesuka je kan. eh tapi I memang dah tahap wajib MC. backpain, leg pain. semua lah. 

Masuk je bilik doc, dia senyum extra friendly. err okay. sesambil check, sambil borak dengan assistant dia pasal current issue. okay. then dia puji handbag I cantik. and I was like errr semacam je doc ni. tetiba

"okay I nak check jalan ye"

erk -___- okay dah faham patutlah lain macam. 

check jalan sakit gila. time Lihin dulu contraction mengatasi segalanya. kali ni I rasa pure seluk hokay. doc boleh gelakkan I

" you memang patut amek epidural lah. you memang tak tahan sakit"

yeah doc, I know

"okay, you boleh warded today. boleh beranak hari ni lah"

-__-

boleh imagine tak terkejut gua. okay 90% la terkejut . Lagi 10% I dah expect dah. hahaha so I ajak my parents turun bawah and call Ocin semua. zapp pantas Ocin sampai.

Lepas setel bill checkup ,I kena masuk Bilik Diskusi. kat situ ada sorang officer akan explain pasal bilik yang available, charges etc etc. time tu katanya yang available cuma 4 bedded. dalam hati gua dah lega, memang I nak yang tu pun. hehehe

I naik ward dengan nurse dulu. 10am baru Ocin boleh naik. trust me I punya lah gelabah time tu, 

Nurse: Puan dah timbang berat ke?
Me : oh kejap lagi husband I naik bawak bag

-___- woi malu

Lepas I tukar baju semua, sempat lah I habiskan bacaan Yassin. dalam ward tu disediakan telekung and Al-Quran kalau kalau I dapat Zohor japg. then ada staff nurse tanya menu untuk esok. I request Nasi Jagung with Ayam Masak Merah. hoi tak macam menu pantang pun. hahaha



Pastu ada nurse datang nak masukkan ubat lawas. hoi ni bebetul lawas hokay. nasib jamban sebelah je. dia pesan around 11.30am I boleh masuk LR


I masuk awal sikit sebab ada few procedure. Ocin dok kat ward lah. sebelah je pun. Pecah air ketuban , lepas tu pasang urine tube. by the way, berbeza betul nurse sini dengan makcik kat LR spital Ampang. I sebut Allah hu Akbar dia marah I -,-'' kat sini, akak tu siap pesan

"jangan biarkan rasa takut melebihi rasa sakit"

and dia suruh I baca Al-Fatihah berulang kali. jadi mulut I dok baca tu jelah. rasa sakit memang ada, tapi I lebih fokus kat bacaan. takde lah menggigil sangat. thanks akak :)

ocin snapkan gambo ni sebab I silau, tak nampak. tapi I tak dapat baca jugak, otak dah kelain


Ocin teman I. dia macam biasalah suka buat lawak bodoh di kala gua tengah kesakitan. nasib baik pikir I nak pergi berjihad, kalau tak maunya kitorang bertumbuk kot -,-'' hoi tak kesian bini ke? Tapi this time better lah, dia dah tahu nak tolong urut kaki. siap letupkan jari kaki I lagi. tu pun boleh buat gado tau!

Doc bius masuk; Dr Farah. bukan main friendly. macam macam tanya. Epi ni macam cucuk spinal tu jugak memang rasa lah jarum tu semua. Dia dah pesan epidural takkan hilangkan sakit, cuma kurangkan 90%. Tu pun dah syukur tau. I siap boleh sengih lepas tu. 

Dr Norlida masuk check mesin CTG tu. Tapi muka dia serious je. Tangan dia tekan tekan perut I macam carik something and mumbling sorang sorang

"mana ni?"

"hearbeat baby dah weak dah ni"

I terdiam tergamam. Tadi Ocin ada tegur jugak kenapa bacaan kat mesin tu memula 140 dah jadi 80. Tapi I ignore je sebab I pun taktahu amenda tu

"baby awak dah berak tadi. air ketuban awak dah hijau sikit. tak banyak pun tapi sekarang heartbeat baby dah drop dah ni"

I terdiam lagi

"Okay kita kena emergency czer sekarang, tak boleh tunggu lagi"

"oksigen oksigen"

sedih..apa ni Ya Allah. I nak beranak normal. I pilih epidural sebagai alternatif untuk beranak normal

Dr Farah tepuk tepuk bahu I

"kita dah usaha"

agaknya dia nampak air mata I bergenang kot. then I dengar Dr Norlida cakap

"ye lah kita dah usaha. maknya dah bertahan, baby pulak tak dapat tahan kat dalam tu"

semua kelam kabut prepare itu ini. sama macam time beranak Lihin dulu. bezanya time tu nak selamatnya nyawa I sebab banyak hilang darah. kali ni nak selamatkan dua nyawa. taktahu baby kat dalam macam mana. 

I toleh kat Ocin. Ocin bagi signal proceed dengan apa yang doc suruh.

dorang tukarkan baju I. sorong ke OT. sesambil tu macam macam dokumen I kena sign. -___- entah amenda aku sign pun taktahu lah. main conteng je. dorang sempat stop lagi sebab katanya I belum salam suami. Bila Ocin datang, I salam. Ocin kiss dahi I and cakap 

"semoga semuanya selamat. "

lagi lah banjir gua. masuk bilik OT dengan air mata berlinang

Dr Farah tanya jugak ada rasa kebas ke apa ke. unfortunately kaki kiri je berat. I risau jugak dorang ter-belah I hidup hidup. doc dok tanya ada rasa apa apa kat perut. even rasa sikit pun I tetap cakap ada rasa. takut woi kena belah perut

I bukak mata. Dr Farah senyum. 

"dah selesai dah semua"

erk . I bius full body ke apa. mamai gila. bila bukak mata lagi dorang tengah sorong I keluar. pastu tanya nak tengok baby tak. I cakaplah nak. 

dapat kiss baby. pastu I dengar dorang semua cakap baby senyum. bukak je mata lagi I dah kat ward. kira macam I on-off-on -off. hadoi

Ocin balik jap and datang dengan family I 

*ada akak ni, peramah sangat. dia elective czer. nanti I blog pasal dia ye*


Obviously Lihin and Maira looks so happy. dorang main lari lari . Maira macam nak tanya something, dia dok sengih je. I memang tak larat. yelah bekpes roti je. I ingatkan dah boleh makan malam tu, sekali dia kata kena puasa sampai esok. danggg!!!

*ni Mak lah cerita. Malam tu kat rumah Lihin mintak telefon.nak telefon Mommy katanya. aww *

Malam tu temp I naik. I memang dah rasa tak comfortable tapi I diam je. rasanya memang tiap kali beranak I demam. urat terkejut kot. nurse bagi I makan panadol je. soklan I satu je, bila bekpes nak sampai? hahaha

Yang tak best share bilik ni, orang katil sana cakap sejuk, so dorang naikkan ekon 30. pergh gua kulit biawak, panas lah. tambah efek panadol. basah ketiak

The next morning breakfast came around 7.30am. pheww. Nurse suruh start with Choc drink, slowly takut muntah, ahh gua lapau. hahahaa

morning view

Since Ocin macam lambat je datang, ada nurse ni baik hati tolong I bangun. tau je lah lepas operate ni menggigil lutut okay. lepas tu dia tolong I pergi toilet semua . pheww lega. I start duduk bersantai kat kerusi


Ocin dok tak sabau tengok baby apa semua so before he went for Friday prayers, dia amek baby. Lihin kan kalau apak dia takde, dia start buat perangai.Boleh time I nak BF baby, dia cepuknya kepala si kenit tu. kesian budak tu , baru 2nd day dalam dunia dah kena cepuk

I automatic cepuk lah dia balik. dia apa lagi , melalak lah. Lepas tu dia ajak Nanny tengok ikan kat bawa. Tapi kejap je. Nanny cakap dia yang ajak naik, nak tengok Mommy katanya.

Bila dia naik, I tanyalah

"abang marah Mommy?"

"takde"

dia diam and tanya

"nape Mommy ketuk kepala aku? sakit lah"

T_T  hahahah dia tak paham ke salah dia woi

* Nanny kata malam tu dia ngadu kat Atok. "mommy ketuk kepala Abang. sakit"


Around 5pm macam tu Ocin ajak balik, takut jem. Friday kan. area Kg Baru pulak tu. dia janji nak datang after Maghrib. huh Maghrib dia, pukul 9pm baru sampai wehhh. sodeh I seorang diri 

*btw my BFF , Lala, her mom and Shu datang visit I. tengkiu datang. 


Bila dia balik, I sodeh je. time ni nyesal pulak tak amek single bed. kalau tak boleh dia tunggu. first night tu, dia gigih bawak charger ingatkan boleh teman. hahaha. hamboi ko amek bilik beramai ramai, sesenang nak teman? 

Malam ni I tensi sikit. first nurse bagi baby kat I. okay fine I tau ramai nak anak di sebelah sebab nak BF, tapi I tak larat lah T_T dah lah sakit pedih semua ada. baby taknak tidur. orang Arab katil hujung memekak. 

Ramai betul sedara mara rakan taulan dia call . ucap tahniah lah kot. dialog dia sama je. 

"hello , ahaa Alhamdulillah xxxxxxxxxx" 

tu je I paham. tapi kot ye pun, dorang ni tak reti sms/wassap ke? pheww.

around 3,30am I dah lelap, nurse amek BP and amek baby sekali. hoi lega tau


Next morning I tau I akan discharge. so macam bersemangat lah kononnya. Pastu ada nurse datang nak bukak plaster. tahukah anda, sakit gila. taktahu kenapa lagi sakit daripada spital Ampang bukak. pedih woi. bulu roma I panjang ke T_T haha okay joke. 

Tapi lepas tu dia spray, I dok ahh ahh sakit. sekali yang dia spray tu termasuk dalam mulut. kelakar tak -,- cecepat dia suruh I kumur. hahaha

Doc Roz datang buat round check. dia kata semua okay. hiks opkoslah okay doc, iolls nak balik tak nyabo


Ocin sampai lambat jugak around 12pm kot. dengan bawak Lihin. tau tak I tengah BF baby , Lihin pergi borak dengan orang kat luar curtain I. I rasa dorang tunggu kawan dorang kat LR kot

them: adik mana adik
Lihin: dengan Mommy
them: ohh dengan Mommy, adik buat apa?
Lihin: haah adik minum susu
them: ohh tengah minum susu
Lihin: haah , minum susu Mommy

pastu semua tergelak. cis gua rasa nak telan Lihin time tu jugak hahaha

Sedih pulak nak tinggalkan ward ni. Tapi takmaulah sedih sangat. rumah lagi best hahaha


Thanks untuk semua staff Al-Islam. worth every single cent. I suka sangat. kalau ada no 4 , I dah request kat Ocin kat sini. eh? hahahaha



Comments

  1. tahniah sayang.....
    omg. seram nyer dengar rasa sakit dalam perut terus bila cakap kena czer tu.
    tapi seriously bagus betul hospital ni. ai is suka.
    susah nak dengar pekerja hospital baik2 macam ni.

    anyway congrats dear.... moga yang ketiga ni rezeki you terus bertambah
    dunia akhirat. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu sayangg. huwa kan . tiap kali kena czer i imagine macam nak putus dua badan i. hiks.

      haah dear. sonok hospital ni. cuma dia kecik bebenor -,-

      Delete
  2. Congratssss! Comelnya babyyy :* Ok walaupun dah pernah beranak sekali still seram baca atas ni haha. Selamat berpantang mommy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear. hehehe. moga Rayyan cepat dapat adik. eh? -p amin je lah

      Delete
  3. alhamdulillah..yang penting semuanya selamat..tahniah.... :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh..dah bersalin. Finally..congrats dear. Syok baca your experience. Kelakar pun ade...sampai tersembur spray masuk dalam mulut. Wahahahaha. Nasi jagung ayam masak merah..tu lauk org kenduri kawen dik non. Hahah! Sharing bilik memang gitu la kan..apo nak buekk...sabor ajerla. Takkan nak suh Lihin cepuk derang sorang2...hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kann. thanks dear. tu lah. rasa berangin je mulut. grrr

      Delete
  5. Salam, wahhhh tahniah! Alhamdulillah semuanya okay...btw lebat nye rambut baby tu..hihi...comel! lepas ni rajin update pasal baby baru lah tau..haha

    ReplyDelete
  6. dlm story ni semua ada..takut ..sedih..and kelakar..apapun tahniah once again..next time.kalau i nak beranak..i nak cuba sini jugak..alhamdulilah yang..i rasa mcm sebak bila baca pun ada..pengalaman di hospital kdg2 menginsafkan ...sakit tengok org sakit ..semua tu adalah moment menginsafkan di hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear. kan. selalu kita komplen itu ini pasal diri sendiri. bila dengar cerita orang, lagi menginsafkan

      Delete
  7. babe ! ue dah bersalin dahhh ! hihi. Thaniahhhhh :) syukur selamat semua. bersungguh mek bace .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thanks Mek. ehemmm nanti tunggu cerita Mek pulak. next year kan? =p

      Delete
  8. ptt lah senyap je jd mmg betul lah dh bersalin ye....
    alhamdulillah... bby n mak nya sihat...
    selamat berpantang ye dik, jeles akak awak mudah dh 3 org anak, akak nk tambah lg sorang pun payah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah , terberanak awal . tapi dah gigih schedule entry. hahaha. insha Allah ada rezeki akak tu. amin kak. berserah pada Allah

      Delete
  9. Alhamdulillah..dah selamat semuanya..berdebar baca..btw tahniah yer atas kelahiran baby baru..;p

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, tahniah...bagus servis hospital ni...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah dear! Selamat da semua nya.. bertambah ahli baru ye.
    Pantang betul2! jangan ngelat tau. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. meriah rumah, macam taska hahaha

      Delete
  12. Wahh bestnya dah ada baby baru.. sukanya!

    ReplyDelete
  13. Kejap je dah 3.. Syoknya... ! Selamat Berpantang dan Take Care Mommy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. lepas ni kene pasang badan pulak aih

      Delete
  14. Comel je Lihin. dh cepuk kepala bb tapi tak tau salah apa.. hhahaa

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. tahniah sis... welcome to the club mummyanak 3.. hehehe.. semoga baby menjadi anak yg baik.. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear. hehehe. meriah dah rumah ni.

      Delete
  16. Alhamdulillah congrats! Boleh tak buat entry pasal akak yg electrive caesar tu? Berminat nak tau pasal tu hehe. Jazakallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear. actually dah pernah buat dah . nanti kita share link ye :)

      Delete
  17. Wahhhh tahniahhhhh! Alhamdulillah... Cepatnya up entry! Bash dah bersalin 31 julai haritu pun blum up entry lagi... hahaha.

    ReplyDelete
  18. : hi, nak tanya cost for czer tu berapa ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I dah tak ingat exact figure tapi lebih kurang rm 7500

      Delete
  19. : hi, nak tanya cost for czer tu berapa ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak sure exact figure tapi lebih kurang 7500rm.

      Delete
  20. Seronok baca review sis. Kelakar pun ada. Btw saya pun baru bersalin dkt hosp al islam ni dan memang hospitality sgt terbaik.. nurse semua friendly.. cuma dari segi facility saje la kureng sikit sbb hospital kecik so kena fahamla.. saya bersalin normal cuma agak terkejut time contraction melanda yg amat sakit nauzubillah kena naik wheelchair pegi LR.. huhuhu igtkan kena sorong ke dptla baring.. lepas tu dah deliver tu pun kena naik wheelchair balik sbb space kecik sgt.. dahla baru lepas jahit bawah.. ya ampun.. mmg terketar2 kaki.. apa2pun alhamdulillah semua selamat.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment