Pregnancy Journey: Warded Setengah Jam

Holla
 
Last Thusrday I pergi pre natal checkup macam biasalah. awal gila appointment I. Biasalah pepagi semua tengah mamai. Tau tak nurse tu timbang I, dia kata 68kg. Melompat I kat situ. lepas check BP siap merayu nak timbang lagi. ohh 58kg je . cit, 2kg dalam masa 2 weeks je. perghhh bahaya. I nak blame sapa/apa?
 
 
 
 
Sonok appointment awal ni sebab tak ramai orang. lengang je. ni kalau Sabtu ni meriah. bukan apa pun, sebab ramai bawak kids. kalau 1 family ada 4 anak, memang meriahlah. alaa I pun sama. Pernah bawak Atok Nanny Lihin Maira . ha kau meriah. tapi no worries, kami tak amek seat mak buyung ye.


Time jumpa Dr. Norlida, I bagitahu lah yang perut I mengeras, rasa sakit kat bawah abdomen tu. macam nak terberanak pun ada. sekali terus dia suruh nurse call ward, nak warded I -,-'' denggg!!!
 
Time tu I dah gelabah dah. kenapa lah I pegi cakap. tapi kang kalau tak cakap and bebetul nak beranak macam mana pulak. doc suruh I buat urine test jugak

 
 


 
Dia bawak I ke bangunan sebelah. pasang CTG machine and suruh I tekan natang tu kalau baby tendang. I sengih je teringat zaman nak beranak 2 ketul cendawan tu . hahahha. I paling seriau bunyi mesin ni. selain daripada bau spital lah


 
paling suka kalau dapat bilik tepi tingkap. Tapi kalau malam malam, agaknya ada hantu menjengah tak? kahkah. pardon my wild imagination. I memang cenggini, suka bayangkan bukan bukan. Tapi ni Level 1 je, so apa apa I boleh jerit/ terjun ke bawah kot. hahahaha
 

 
Setel semua. nurse tu kata contraction I belum regular. and my jalan pun belum bukak. so kira false alarm la. phewww lega. entah lah I mengharap jugak beranak awal. Tapi I percaya perancangan Allah lebih baik. taknaklah beranak awal sebab malas bawak perut punya pasal, sekali pap! ada complication lain pulak. biarlah baby keluar aman damai and bila sampai waktunya
 
Kenapa I cakap maca  ni? sebab ikut pengalaman masa beranak Lihin lah. I kan gatal. saja je I mintak kat dia,
 
"bee nak beranak single bed prebet spital bee. teringin. Ya Allah memintak lah  beranak dapat duduk single bed, aman je dok sorang"
 
Pastu Ocin tanya kenapa apa semua. I jawab
 
" sebab nanti nurse tolong urutkan, jaga kita, suap, sesilap mandi kan. sonoknya dilayan macam princess"
 
(mana ada, I saja je gurau actually)
 
Tup tup, memang I dapat semua yang I nak. I kan 3rd tear, lepas masuk OT and Recovery Room. , I duduk dalam Observation Room, single bed hokey. memang nurse tolong mandi kan(lap badan), tukarkan pad, tukar bedsheet, siap offer nak suapkan -,-'' tapi takpe I boleh makan sendiri. phewww.
 
Ocin datang visit I dia cakap
 
"fuyyo, ko dapat apa ko nak lah bee. mahal ni single bed"
 
so pengajaran, jangan mintak bukan bukan. kata kata tu kan satu doa.Allah bagi apa yang kita mintak, walaupun bukan dengan cara yang kita nak ;/



Lepas tu kena tunggu jumpa Dr Norlida balik. Bukak je pintu doc cakap
 
"dek, kencing kotor ni"
 
alamak.
 
so according to her, tu lah penyebab I sakit bawah perut, rasa mengeras semua tu. bukan sebab nak beranak lagi. main punca, maybe sebab I jarang minum air masak. hurmmmm
Doc bagi I ubat anitibiotic untuk clearkan urine. hoi mahal gila 3 ketul ubat ni je dah almost Rm 100 hokey.
 
Tapi I memang gigih makan pun. Dr Norlida suruh I clearkan everything before beranak. fuhhh
 




So itu saja lah cerita warded setengah jam I. Oh I ada bagitahu jugak kepala I berdenyut, doc macam tak kisah je T_T dia lebih focus kan infection ni ha. Tapi memang seksa oi. dapat MC sehari. fuhhh.
 
cuba korang teka, balik rumah tu I boleh tidur ke tak?
 
 
pfffttttt



Comments

  1. patot la ue lame tak update blog :) hihi. semoga selamat semuanya babe. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. setengah jam warded mcm tu berapa caj dia dear?
    anyway, semoga segala urusan dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
  3. take care dear..cantik kaki u..aah i kalau beranak pun cam.nak request single bed nak suh laki teman situ tido situ kalau boleh nak suh mak pak bawak toto n berkelah kat ward i tu..huhu yangi nak pekneennnnn!!laaaa...jerir dah ni..bila lama u xupdate blog..ingatkan u dah bersalin tau..nanti dlm pantang updatw selalu tau..hehe

    ReplyDelete
  4. moga di permudahkan dik.... msk ward 30min pun rasa serem jgk tuh

    ReplyDelete

Post a Comment