Achievement Unlocked Part 1

Holla korang

Achievement unlocked!

Last Tuesday kan I berjaya bawa Lihin keluar sorang sorang. muahahaha bangga tau sebab selama ni I tak berani nak bawak dia pergi kedai Acheh kat bawah ni pun. Dia tu kalau nampak kucing, dia kejar berdesup. berapa kali Mak I nak tertonggeng disebabkan dia -,-'

(cakap pasal tu, kelmarin Mak I jatuh terlentang,Maira tolak. -,-'' kepala kena kerusi nasib lah tak lebam)

okay back to the story, memula ingat nak buat IC, so bolehlah Lihin merasa naik bus + train. Tapi fikir balik kang kalau nak amek gambar ke apa ke nak tinggalkan dia kat mana. confirm dia takut duduk sorang. so takpelah I pergi KLCC je buat kad CIMB


Ha, korang dah tukar semua kad ke belum? I so far dah tukar HSBC,Public Bank & CIMB. Mbb I dah request online, tak sampai sampai lagi -,-'' RHB belum. padahal dekat je . malas betoi lah. kenapa bank lain tak macam HSBC , hantar kat rumah T_T dasar pemalas kan. 

zaman lepak dulu, tempat ni kira wajib selfie. otw nak ke BB tu. dah separuh memory full dah. hahaha


oh pasal Lihin, lepas settle CIMB, ingat nak bawak pergi Pavi. hampeh separuh jalan sampai tang Jalan Pinang tu kot, dia kata 

"mommy ,penat"

dulu I rasa sejuk je. now panas gila. apesal ha?


tergelak I. okay patah balik. 

you dah beruntung la jalan selesa. dulu Mommy nak melepak jalan kat carpark, celah kereta tau T_T


Pergi Cold Storage beli air. punya lah excited dia sebab bermacam jenis air ada. tapi F&N Orange jugak dia nak. then ingat nak pergi main playground tapi panas ya amat time tu. so duduk kejap amek aircond pastu naik bus balik. 


sampai rumah I bangga nak lompat lompat. hahaha. Ocin siap tak percaya lagi. hampeh kau. 

Lihin memang behave. before keluar rumah tu dia cakap dia takut keluar dengan Mommy. nampak benau I ni gorila di mata dia kan? lepas tu time jalan tu I ada jugak marah dia. 

dia suka posing candid. mana ko belajo?


Lihin ni jenis acah acah dewasa, taknak pegang tangan. time naik escalator, sebelah tangan pegang I, sebelah lagi pegang pemegang tu. Time dah nak sampai, boleh dia tarik tangan dia. maknanya dia taknak I pegang dia lah. nasib lagi 1 tangan berpaut kuat. badan dia dah kebelakang. nasib tak terlentang. I panic lalu marah dia sambil tepuk belakang. 

kesian dia nangis . Tapi sedar takde sapa, dia peluk I jugak. hahaha Mommy panic okay. lepas tu time turun bus, kan tangga bus tu tinggi. dia takut nak terjun dia pergi bergantung kat tiang. I risau kalau bus tu gerak nanti dia terlepas tangan boleh cedera kang. I kendong lah dia. balik tu doa banyak banyak supaya luka czer I tak terbukak. T_T

Oh one more thing, kan I cakap dia jenis taknak pegang tangan kan. masa jalan dalam KLCC I dok nak pegang, tapi dia tepis tepis I. pastu ada security tu tengok je kami. sedar sedar dia dah belakang I. pastu dia tanya la mana Ayah budak ni, umur berapa blablabla. agaknya dia ingat I culik budak ke? tapi baguslah kan dia alert macam tu. Kalau Ocin yang bawak confirm tak payah tanya, muka fotostat je. 

Btw kenapa Part 1? sebab banyak lagi part I tak unlock ni . hahaha wish me luck

Comments

  1. seriau jg baca tang luka czer tu...Alhamdulillah, semuanya ok..akk belum tukar lg atm card..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann sama lah. tapi so far takde apa apa. kering je , harapnya takde apa lah kat belah dalam.

      jom ler kita tukar slow slow. susah jugak banyak bank ni. bank je lah banyak hahaaha dalam nya kosong

      Delete
  2. Hahahaa muka fotostat. Nampak beno anak ayahnya ya. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mak yang penat bawak perut keluar keluar je fotostat apak. hahahah

      Delete
  3. Tahniah! bukan senang kan nak bawak anak besar Lihin tuh sesorang jalan2. Memang sesuatu yang mendebarkan. I feel you babe. Sebab I pun pernah rase. Dah smpi rumah ya ampunnnn..penat gilossss. Penat mental sebab sedaya upaya jaga mood die and jaga mood kita. Penat fizikal sebab banyak berjalan, angkat kaki, angkat tangan. HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad to know Im not alone babe. ahhaha. betul tu budak macam tu kalau hilang mood, pastu buat tantrum tengah jalan tu memang masak ler kita nak memujuk dia. kalau gagah boleh jugak dukung masuk kete.

      Delete
  4. Hehehe.. tahniah! I feel you, mummehhhh! I baru tengah draft post tentang first outing juga. Apeni sama pulak kita. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wee sehati sejiwa. you berdua dengan baby ke apa ? tak sabau nak baca ni

      Delete
  5. bila baca u punya story ni I pun teringat time i kekecik dulu sama mcm anak u suka acah2 dewasa. tak suka org pegang tgn bagai. tsk ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha i pun pernah. balik tadika I suh my mom jalan jejauh sikit. :D sekarang pulak sibuk nak berkepit dengan Mak hahaha

      Delete
  6. hihi. babe, i pn unlocked dah satu. check up 9 months amani mek bawak dia. and im all alone :) drive pulak tu, without carseat baby !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat. I tak pernah lagi bawak anak checkup sorang. mesti kena ada orang bawak pegi klinik -,-''

      perut dah membesar ke tu?

      Delete
  7. taniah2....
    akak pun jarang2 sgt jln sorang2 ngn aiyan ber2 je...

    dik, rasa mcm baru je lg awak bersalin yek... dh abis pantang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.

      dah kak. dah 51 hari dah today :D gagah la berjalan.

      Delete
  8. alaa kesian nanny...maira tertolak ye...yang nak g pavi tu roger i..laluan tu area ofis i tu..huhu...miss u yang

    ReplyDelete
  9. bdk2 tgh nk aktif.. hehe
    bru tukar kad maybank tu pun sbb on9, IC pun pakai yg lama zaman free hair. haha

    ReplyDelete

Post a Comment