Beza Checkup Di KKIA, Klinik Swasta dan Hospital

Hari tu ada sorang silent reader email I tanya pasal beza checkup dan range harga checkup. I cakap nanti I update. Anak dah sebulan pun, baru nak update hahaha. sorry awak. Ni saya baru nak jawab ni

KKIA

Ramai komplen checkup sini lambat kan. memang ler sebab selain ramai orang, kita kena 'singgah' banyak station. memula lepas daftar kita tunggu kat 1st station; timbang berat and amek BP. I selalu nyampah bab ni sebab kalau kena dengan nurse yang berat bontot dia suh I baca sendiri berat I -,-'' gua dah lah failed baca timbang ni. sukatan tepung Mak I pun I selalu bagi salah. inikan pulak berat sendiri. ada nurse lain dia bangun and bacakan. 

Lepas tu dia bagi bekas urine. Bab ni I slow sebab I amek kekuatan nak masuk jamban. ya Rabbi dahsyat jamban dia weh. bau sampai keluar. jamban jantan lagi wangi, seriously. tapi takleh blame user since jamban tu takleh flush. urghh imagine pls imagine. 

Lepas tu letak urine kat makmal, then amek darah kat finger tip. macam kena ketip. masa mula mula I heret Mak sekali. macam nak kena sunat je aku padahal amek darah je pun. sebelah tangan I genggam tangan Mak kuat kuat. mesti orang tu menyampah dengan I >,< ahaha tapi dah lama lama dah lali dah oi

then buat satu pusingan ke bilik pemeriksaan. kat sini tunggu turn hazabbbb. jumpa nurse, kat sinilah kalau dia nak bebel kat kita pasal itu ini ke atau check ukuran perut ke rahim ke. and pls, janganlah dok kecoh kalau tak boleh bawak laki masuk. sempit and aurat hokey. lepas tu kalau perlu kita akan jumpa doc. rasanya sesekali je jumpa doc and kalau perlu lagi baru ada ubat. 

By the way ingat lagi, sapa first time datang kena masuk bilik lain untuk amek darah. yang cucuk I budak practical. dia takut nak cucuk sebab muka I nampak takut. hahaha kami sama sama takut. tapi dia baik dan jujur

"akak, minta maaf ye, ni first time ni" -.-''

Range Harga:  biasa RM 1. 

Tapi I tak pernah bayar. taktahu apesal

Routine:

register, timbang, check BP,urine, check gula, ukur perut/rahim, scan (1 kali), minum air gula ( 1 kali) suntik kancing gigi ( 1 kali), check gigi ( 1 kali)

Klinik Swasta

I pilih klinik biasa je sebab I suka doc dia very soft spoken. time pregnant Lihin I tiap minggu pergi klinik ni, sebab suh masukkan insert pill yang masuk bawah tu. I taknak Ocin masukkan sebab I tak percaya dia. hahaha. 

hurmm sebab I dah TER biasa dengan KKIA, I merasakan checkup sini sangat tak lengkap. takde suntikan, takde minum air gula. dia cuma sengih je cakap berat I naik. I taktahu lah itu bagus atau tidak. lepas tu bila tau I elective czer, sebulan sebelum due date dah stop checkup. ko ghase? I is seram tau. Nasib time tu ada duit so I pergi klinik lain untuk scan air ketuban la itu lah ini lah. and I ada sakit gigi yang teruk. so I pegi klinik gigi luar dia suruh I refer dengan klinik I checkup. tapi klinik ni suruh I refer dentist. pening gua. 

by the way, dalam masa yang sama I checkup kat Hospital Ampang dengan specialist sana sebab 3rd tear tu lah. jadi I memang ada 2 tempat checkup. so antara soalan yang famous; 

Boleh ke checkup private beranak di hospital gomen?

BOLEH

I dah tanya kat specialist Hosp Ampang. dia kata kami tak kisah janji ada buat check darah kat klinik tu. yelah darah tu penting ye tak

Range Harga: RM 79- RM 120. 

time RM 120 tu time amek darah tak silap I. klinik macam ni mahal sebab dorang takde lab dorang sendiri, kena hantar kat outsource, tu mahal. 

Routine:

register, amek urine,letak kat counter, jumpa doc, timbang berat , scan

Private Hospital ( Al Islam)

macam private clinic jugak, tak lah macam KKIA. of course I taktahu bagus ke tak untuk I. tapi for sure lah tak meletihkan I. sini specialist so bolehlah nak tanya 1001 soalah yang bermain di minda

Lepas pee tak payah jalan jauh jauh. letak je kat tepi toilet nanti staff nurse akan settle kan semuanya. Kalau nak mintak time slip pun bagi je IC kat kaunter depan tu. dia akan suruh kita duduk dulu. dah siap dia panggil.

Oh lupa , doc selalu cakap kalau nak MC mintak je. hehee. request je nanti dia siapkan  sementara dia suruh kita tunggu kat waiting area dan dia hantar kat kita. 

Disclaimer: Pssstt pesanan khidmat masyarakat. I tak pernah salah guna MC tau. tak baik tau ambil kesempatan. I memang plan awal awal "lepas checkup nak mintak MC lah", itu sebabnya gua dah backpain + migraine nak matik dah. takdenya nak main main. Iolls tak pandai berlakon sakit uolls. kalau yang jenis pandai berlakon tu, pegi mana mana klinik pun jalan ye tak :D 

Routine

Register, timbang, ambil BP, urine,jumpa doctor, scan, suntik kancing gigi (1 kali)

Range Harga: RM 150-RM 300

ahaaa yang ni. 0,0 glove yang dia pakai untuk check bukaan pun dia kira RM 2 tau -,-'' actually memang normal dalam RM 250 macam tu. tau macam mana I dapat RM 150? hahaha I ngelat ubat  ler. I kan jenis tak makan ubat. amek mahal mahal pun I still takkan makan. so pandai pandai lah ngelat. I cakap I beli kat luar lah, ubat ada lagi lah ( memang ada lagi sebab I tak makan tertib). Tapi ada jugak bab I tak dapat ngelat. melayang duit aku hahahha

Okay tu je kot perkongsian dari I. harap membantu lebih lebih lagi kepada first time mom. tau korang Google macam nak gila. I pun macam tu dulu

Rasanya kebanyakkan private clinic and hospital memang harga lebih kurang macam tu je. maklumlah sekarang semua ada GST

Nanti kalau ada apa apa soalan, silalah email I. soalan korang ni kekadang bagi I idea nak menaip. dok rumah ni dah takde idea dah. hahaha

ssmdhzrn@gmail.com

Comments

  1. Reen setiap bulan kena cucuk dengan syringe untuk ambik darah.. Boleh tengok depan mata darah mengalir masuk dalam syring. Hihihi

    Pandai mommy cici ngelat ubat. Hihi tp bagus sebab jimat.

    ReplyDelete
  2. akak dulu peknen dua2 kinik penah try swasta ngn kkia... at last beranak kt GH jgk heheh sbb ada darah tinggi...

    masing2 ada beza pro n contras kan...

    ReplyDelete
  3. mek klinik swasta pegi sebab panel, klinik KK pegi sbb mek history cyst. tapi memang ye, hazab tunggu kat KK. klau swasta check mnyeluruh jugak, bleh tny doktor ikut suka. bleh scan ikut suka :) bayaran entah. hihi

    ReplyDelete
  4. Mummy pakai gov je waktu anak2 kecik... tapi pagi2 lagi dah ada depan pintu klinik..hehe

    ReplyDelete
  5. kite check up kat klinik gov je.. mmg azab laa nak tungggu sbb lameeeeeeeeee sgt.. tp dorg terperinci kot buat check up.. hihi

    ReplyDelete
  6. woww..nice sharingdear...banyak pengalaman ni...i dulu tahu ngandung kat klinik panel..dpt buku merah terus check kat kk je..huhumasa tu dah lah jaga kaunter kat bank..bila checkup je mesti masuk.ofis lambat giler

    tp syg oficemate..diorang mcm xkisah je..allah rindunya pengalaman check up.nanti nak wat entry pasal check up lah..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment