Kelebihan Ikan Puyu? Betul Ke?

Pernah bela pet tak? 

I masa kecik kecik duduk rumah setinggan, ada lah bela kucing. banyak okay. Tapi mostly kucing kampung lah. kebanyakkannya datang sendiri, dok bagi makan, melekat kat umah tu. ada yang I kutip sebab kesian. dengan ibu kucing dan anak anak I bawak naik basikal. hahaha. Yang kembang kembang ada jugak tapi tak pernah beli la. 

Bila dah dok rumah flat, memang tak bawak semua. hantar kat rumah sedara I, agaknya tak sesuai/ kena buli so ada yang mati/hilang/lari rumah bawak anak anak. hahaha macam macam.

I pernah bela ikan jugak. ikut trend konon. Tapi sebab takde oksigen ke apa ke ikan emas I mati. huwaa T_T



Kan semenjak dok balik kampung ni Lihin suka ikan puyu. Hari tu lepas dia balik 8.38pm , 18/9/16 (nampak tak gua psiko boleh jot down time&date) dia bawak ikan puyu dalam baldi wehhh

I tak minat dengan ikan. beli ikan kat pasar pun I taknak, inikan pulak ikan hidup. wahduhh. disebabkan kami takde aquarium, maka Ocin potong botol minyak letak kat dalam tu. esoknya kami bagi makan nasik. err



memula macam nak tergelak. Ocin ni kelentong I ke apa. Tapi I google memang betul ikan puyu makan nasi/kangkung/sisa makanan. (pssttt roti boleh ke?selalu orang snorkeling bagi ikan makan roti kan?)

Bagus jugak semenjak ada ikan ni, takde lah dia dok Tok Non Tok Non. kekadang dua beradik ni dok ngadap ikan tu je. 

Malam tadi , kami tak tutup bekas tu. I pulak dok amek amek gambar, sekali I perasan sekor  ikan tu tengah tergedik gedik atas lantai. Ya Rabbi -,-'' melompat lah I lari selamatkan diri. Lihin dengan Maira pun terkejut mintak tolong Nanny. 



ramai orang cakap bagus bela ikan puyu ni, sebagai 'penjaga rumah'. baguslah. jaga elok elok naa.

batu batu dengan air sungai Abah amek kat Bukit Belachan. dekat je. misi berikutnya carik aquarium yang boleh muat 5 ekor tu ha

By the way, berdasarkan hasil carian Google I, ramai yang cakap ikan puyu ni special sebabnya

1- Senang Didapati
tak payah beli mahal mahal. kutip dalam parit/ sawah je

2- Senang Djaga
tak leceh. makan pun boleh sumbat apa apa je, tak semestinya makanan ikan

3- Menghindari Segala Gangguan
katanya kalau orang hantar sihir/pukau tak boleh sampai. kalau toyol masuk pun dia takkan curi harta kita sebab dia leka main dengan ikan tu. err

(baca ni punya pasal lah I taknak pandang ikan tu malam malam,terbayang ada budak kecik dok main cak cak dengan ikan tu kan)

ada juga yang kata fizikal ikan ni yang berduri/tajam ditakuti oleh makhluk halus. ada yang kata ikan ni alat mainan yang digemari toyol/orang bunian

4- Dunia Pendukunan
sebagai medium memindahkan objek santau dalam badan (transfer ke badan ikan puyu)

Ni semua yang I baca kat Google. sorry ler tak bagi kredit sebab nya semua pun sama je. korang pun copy paste ye. hahaha

apa pun, I jumpa video Ustaz Sharhan di Youtube berkenaan ikan puyu ni. katanya

"..tidak ada didalam nas /riwayat, hanya pendapat orang tua tua dulu dulu. apa bila tidak ada dalam nas takde dalam riwayat maka pendapat orang tua tua itu burn.Kalau betul pun itu satu kebetulan. Dan kita kena ingat kalau kita bela ikan tu dengan harapan dan keyakinan untuk menghindarkan jin /pukau dari masuk rumah kita maka ini syirik secara terang terangan..."

"...Tetapi jika kita beritikad / berpegang bahawa dengan izin Allah apa bila aku bela ikan puyu ini boleh menghindarkan dari pukau, maka takde masalah. sebab conclusionnya bukan kita bergantung pada ikan puyu tapi bergantung pada Allah. ..."

boleh search di Youtube. Ustaz tu ada share ayat untuk tentera Allah (malaikat) menjaga rumah kita

1- Ayat Kursi

2- Surah Yassin (ayat ke 9)

"Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah kirikanan belakangku benteng dan mereka tidak dapat melihat"


okay itu je setakat ni. Maira dah jerit jerit nak main laptop. 

thanks for reading . 

xoxo

Comments

  1. Siqah pernah dengar pasal bela ikan puyu sebagai penjaga rumah. Lagipun senang nak nak dapat dan jaga kan.

    Dulu pernah bela kucing. Adalah 8 ekor. Bila pindah, semua ditinggalkan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing ni macam family kan. rindu sangat nak bela kucing. tunggu bebudak ni besau dulu lah. kang ada pulak dia sepak terajang kucing tu

      Delete
  2. Fuyo babe memang rajin ue google demi lihin :) tp ni memang nice info sbb mek pn tk penah tahu pasal ikan puyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah hobi i memang meng google and stalk orang =p

      Delete
  3. heheheheh dulu kt kampung pun ada gk bela ikan puyu nih... ada org bagi tp lama2 sbb mak akak mls nk cuci akuarium dia selalu2 sbb udahla beso banyak lak tu... lepaskan je kt parit hhehehe...

    tp ikan puyu nih mmg tahan lasak pun

    ReplyDelete
  4. akak pun dgr mcm2 kelebihan ikan puyu ni...
    klu kt kg dulu2 zaman kanak2 suka bela ikan puyu... memang betullah senang bela ikan ni... ikan sungai dan sawah kan....
    sedap jugak klu di buat masakan...hehe

    ReplyDelete
  5. Puyu oh puyu. Wahh..tak tau pulak die makan nasik. Nasib bukan nasik berlauk. Hahah! I dulu masa kat kampung kecik2 bela ikan gak. Tapi tak tau la ikan ape sebab main sauk ajer dalam parit. Then, bagi makan nyamuk!. Syok weh..masing2 tepuk nyamuk and kumpul kat sebelah. Time tuh tgh buat homework . Habis buat homework bagi nyamuk kat ikan. Elok jer ikan tuh makan. Tapi tak tau la nyamuk ape kitaorg adik beradik kasi. Yg pasti nyamuk kampung.

    ReplyDelete
  6. memang ralit tengok ikan berenang-renang...rasa tenang je..

    ReplyDelete
  7. ok la tu blh mkn nasi. klu de nsi lebih dr terbuang baik bg ikn mkn. Ikan sng cikit jaga dr bela ayam..

    ReplyDelete

Post a Comment