Lihin Lupa Mommy?

Holla uolls

I nak buat luahan ni, taktahu lah dikira luahan bodoh ke apa sebab Ocin cakap I mengarut benda bodoh -,-'' k hormon weh hormon

Lihin kan memang tak pernah berpisah dengan I. tempat tidur yelah dia tidur dengan Atuk tapi dia sentiasa ada bila I bukak mata. 

Lihin tidur dengan Tok Non. tutup lampu tau. sini jangan harap. pasal tu lah bill tak pernah turun. grrr


Pastu hari tu Ocin bawak lah dia rumah Tok Non. Ocin kesian dia dok nak jalan je. I berat hati nak melepaskan tapi I dalam pantang takkan nak ikut pulak. sapa nak layan ngengada gua nanti. Kononnya pergi Rabu malam, balik Kamis. Ocin fetch dia after kerja lah

I bising kat Ocin time ni. sebab Lihin tak pakai baju. I terbayang watak Mat dalam Kampung Boy tu. -,-


sekali sampai ke Ahad kau. meremang bebulus I. meremang rindu gitu. selalunya dia sentiasa ada depan mata ni tetiba hilang pulak. Dahlah few days before I dok marah dia. dia kan makin seek attention. saja je bukak pampers dah tahu akan dimarah. saja ketuk kepala Maira lah. 
time ni berbunga hati Momy tau



Pastu Ahad time Lihin balik I eksaited lah. terkedek kedek aku lari ke pintu nasib tak terlucut kain batik. tau apa response Lihin? None! dia nangis taknak masuk rumah katanya nak balik rumah Tok Non. perghhh berbulusssssss

oh lupa. Time 1st day Lihin takde Maira macam diam je. masuk second day dia macam tercari cari. 3rd day terus demam tau

bagi dia pakai selimut Abang, tapi dah basuh, takde bau Abang :(


I takdelah nak blame mentua I ke apa ke. dia sonok pergi sana hidup suasana kampung. Sini kan terkurung. I bukan apa , risau nak bagi dia bercampar takut kena pukul. I sendiri nampak bebudak baya dia main siap tolak kepala kena tembok. plus bahaya, kang dia naik lift turun bawah kang.

Maira yang sunyi


kat kampung tu ada kazen dia, ada ayam burung pokok bunga pokok buah blablabla. ha kau pecinta alam rupanya anak I ni.

Tapi entah kenapa I rasa menjulang julang api di hati yang membara. sampai hati tak rindu Mommy?

hari hari lah dok sebut nak pergi rumah Tok Non blablabla. Last 2 weeks, Ocin bawak lagi dia balik kampung. kemain eksaited, tak hug Mommy pun :(



even 1 malam je tapi banyak jugak la aktiviti dia. lepak Dataran lah, lepak Mamak lah, pergi Kuala Selangor lah. pastu pancing ikan puyu ler. and I was like OMG, Mommy 25 tahun idop tak pernah tengok ikan puyu , ko dah pergi mancing dah?


Lihin and Daniel

Tiap kali Lihin balik, Maira mesti kejar kat pintu. tapi tulah, Lihin dok melalak taknak masuk rumah. (stress sangat ke dok umah?) and tak pedulik pun. Maira je pegang pegang dia sambil sengih.dia kan tak reti cakap lagi, maybe dia nak bermanja la tu

budak susah makan ubat

so kesimpulannya kat sini, I memang tak ready nak bagi anak I rapat dengan sapa sapa T_T sedih la. I dok cakap risau Lihin lupa I. Ocin kata mustahil lah lupa I kan Mak dia. 

I tau I mak dia. dia mana tau pikir semua tu. yang dia tau nak seronok, nak jalan. 

I kuat cemburu ke?

apa apa pun I decide nak beli mainan bebanyak  and  bawak dia jalan je. besar bajet tu. selama ni I bajet RM 100 je isi minyak kete kalau bukan balik kampung lah.  Tok Non dia bawak jalan naik motor pusing kampung. Nak suh Nanny belajo bawak motor lah. err basikal maybe. hahahha

oh one more think, I nak bela ikan puyu tu? I belum Google lagi macam mana rupa dia. -,-'' okay now kena pikir akuarium bagai. dulu masa sekolah rendah I penah bela ikan emas. pastu seminggu je mati. I ter-sabun dia kot. kahkahkah

*notakaki: sedih I cakap kat Ocin janganlah bawak Lihin tidur sana tanpa I. nanti I meroyan kang. dah lah dalam pantang ni. rindu anak pulak. huwaaa. Ocin gelak cakap I gila. haih. ko tak paham B. bukan ko yang koyak rabak time meneran tu T_T

Comments

  1. hahha. betol betol. mek pun species jeles bile anak nk kan orang lain drp kita. sooo geng !

    ReplyDelete
  2. kak, sukalah baca entri2 akak. hahahahaha. yg ni win gila sampai teghase nak mengomen. paham tu perasaannya kak. sy ni pun anak masih dlm perut org dah ckp2 nak bela anak sy biar dgn dorg je. akak ghase, apa sy patut rasa? sy yg rabak nak beranak nanti org lain pula sesedap nak bela anak sy. habis tu sy ni apa? tunggul?

    ReplyDelete

Post a Comment