Family Day 2017

Mak OOOOO Mak


I ni anak manja Mak Abah. Tapi apa pun I akan panggil Mak. sikit sikit Mak.

Dulu masa zaman meningkat remaja. masa tengah mencari identiti sendiri blablabla I selalu rasa I dah cukup dewasa sampai tak perlu Mak. eh tak perlu Mak bukanlah I nak buang dorang dari hidup I ( read: dorang yang buang aku nanti) Tapi macam I terasa nak berdikari, duduk sendiri.

Masa umur 14,15 tahun I teringin betul nak duduk rumah bujang -,-'' okay jangan ketawa. I berkawan dengan orang yang umur 10 ,20 tahun lebih tua dari I. dorang ada rumah sendiri yang ya Ampunnn tak serupa rumah. selalu lepak rumah dorang and berangan macam rumah sendiri lah konon. Balik sekolah lepas makan apa semua I terus lepak sana. Maghrib balik siap makan semua pergi balik sampai ke Subuh baru balik rumah, terus pergi sekolah. Kalau orang tanya kat mana ,

"woi aku kat umah tingkat 7 ni . ha ye blablabla" 

cool tak gua ada rumah tingkat itu ini

 Bila Mak tegur, I cakap lah I dah besar. besar sangat kan?

Pastu I di zaman mementingkan kawan lah. I still jaga batasan blablabla tapi hidup I 24 jam kawan / boyfriend. Konon bukan budak hingusan lagi kan. I pernah cakap kat Mak nak benti sekolah and kerja, pastu bila terasa nak sambung, I sambunglah Form 5 untuk SPM. boleh pulak, macam sekolah bapak aku pulak. hahaha. Tapi Mak tak bagi. okay fine. I tadelah memberontak ke apa tapi I macam dok cakap

"nanti lepas SPM akak nak duduk penthouse kat Damansara. nanti weekend akak balik lah Ampang."

memang serious I dok survey harga rumah sewa je. time tu tak reti pakai website so gua dok selak newspaper je lah. Nampak kerja part time gaji RM 350 pun I dah excited konon tak perlukan experience. Macam besar sangat lah jumlah tu

Lepas SPM. kerja part time, gaji RM 1200 , Mak still bagi duit belanja. Tak cukup dengan tu, ada gaji ada pocket money, Mak bagi bekal lagi -,-'' Tapi gaji still habis licin. kah sangat

further study, pastu kahwin. gua masih di celah ketiak Mak. hahahha

kelakar pulak bila ingat impian tak kesampaian I ni.

kekadang bila Mak dah fedup melayan I, Mak guna ayat power ni

" Hish kau ni ngacau je. Mana penthouse Damansara kau? pergi lah sana"

kah kah kah. Jangan buat akak sedih Mak. jangan kata penthouse, rumah security kat bawah tu pun tak nampak bayang. hiks.

Sayang Mak



Mak in 2012 =p

* bagi menjawab pertanyaan beberapa orang; kenapa I masih duduk rumah Mak Bapak sedangkan anak dah berderet. muat ke rumah, selesa ke blablabla menyusahkan Mak Pak blablablablablablablabla Dah beranak pinak suh Mak Pak tanggung blablabla makan tanggung berak cangkung, taknak beli rumah sendiri ke

1) my parents dah tak kerja
2) they are 65 & 68 y/o
3) dorang tak kerja macam mana dorang nak tanggung I -,-''
4) aipp mana ada berak cangkung, toilet rumah I jenis duduk
5) kami slim slim gtew so muat je rumah ni *senyum sinis*
6) tu lah ingat nak beli dewan terus . dewan sendiri. sonok bunyiknya
7)Kalau ada rezeki pindah rumah yang lebih besau, defo I will bring them together, I takkan tinggalkan dorang dok sendiri. :D

sekian. xoxo

Comments

  1. Yes babe mek bg ue 5stars for this. Time budak hingusan tk aci la klau nk d drag smpai skang. Zmn dh matured ni, knp la org duk sbuk nk mnanyakan soalan2 yg 'cepuk jugak kang' 😒 Menyampah gile dgn org cm ni. Mcm la dia tu sbumbung jgk dgn kt.

    ReplyDelete
  2. entry ni ada kelakar dan touching...best baca...u walaupun nakal masa remaja sebenarnya anak yang baik tau yang...heheh..dan semestinya anak dara mak yang cute jadi idaman budak2 yang lepak bawah rumah awak tu..huhu kan kan...

    ReplyDelete
  3. Hahaha...I rase hormone remaja muda mudi kita sama lah. I dulu siap cakap..nak lari rumah la gini. Mak I pun cakap..haa..pegila..larikk larikk..huwawawaa..mak tak sayang akuuu.Bila ingat balik. Ya ALLAH..sangat berdosa buat macam tu kat mak. Sure hancur luluh hati mak kan. For me, do your best selagi mak ayah dan kita masih bernyawa. Lif is too short. Spend your time with them ok?.InshaALLAH..kita doakan mak ayah kita sentiasa sihat dan dikurnikan syurga buat mereka. Nanti kat syurga nak jugak kan dok bawah ketiak mak! Take care babes...keep blogging.

    ReplyDelete
  4. Quantum Binary Signals

    Professional trading signals sent to your mobile phone every day.

    Follow our trades NOW and profit up to 270% a day.

    ReplyDelete

Post a Comment