Mengandung Selepas Setahun Czer

Hari tu I baca dalam page Kelab Info Ibu Hamil ada yang ngadu dia baru 6 bulan beranak czer and dapat tahu mengandung lagi. so dia risau lah. ramai yang bagi komen positif. tapi biasalah ada buah busuk. orang tu tengah risau lagi nak cakap macam macam

I faham sangat perasaan akak tu. I alaminya masa dapat tau peknen Ash. Perasaan I, Allahu. tak tergambar. macam nak gila. Ocin sendiri cakap I macam orang gila. colleague I tanya I takut apa sebenarnya? I pun taktau I takut apa, tapi memang takut.

1- pandangan orang ramai
*gelojoh benau blablabla, tak amek perancang ke blablabla

2- doc marah nurse bebel. 
*I tak suka kena bebellllllll !!!!!!

3- sakit
* I takut sakit , hurmm tapi nak mati nanti lagi sakit kan

I Google macam macam. memula Google pengalaman orang. semua busuk hokey. ayat dorang

"dah tahu czer kenapa tak amek perancang"

"biasalah muda muda, menyondol je keje"

" haihh tak nyempat anak besar"

"eleh dah jadi pandai nak takut. time buat tak pikir. berani buat berani lah tanggung"

tu mostly I dapat dari forum. kesian kat orang yang bertanya, kena hentam pulak. jiwa I terganggu okay. sumpah I dok nangis. Ocin dah malas nak layan I sebab dia pujuk pujuk tak jalan dia cakap

"ko ni gi mati je lah senang"

huwaa ni lagi satu, aku tengah sedih lagi nak suruh pergi mati. sobs pesan kat laki korang jangan macam ni tau. emosi mak nokk

Then ada jugak blog yang menyedapkan hati, tapi very rare lah, I tak ingat blog dia. tapi ayat dia lebih kurang macam ni lah

" kenapa nak takut, kita mengandung kat rahim. yang czer tu kat bawah . insha Allah takde apa apa. banyakkan doa"

tak cukup. I masih tension. sampai tahap sekali ni Ocin ajak lepak KLCC, pastu singgah masjid nak solat. I macam terfikir. 

"nape nak solat? aku dapat benda yang aku taknak"

Astaghfirullah. nampak tak setan dah berjaya hasut I. I lupa sesungguhnya tak semestinya benda yang kita nak tu terbaik untuk kita. Allah lebih tahu

Kat office I dok Google pasal gugur. I terfikir boleh tak kalau gugur tapi tak nampak macam gugur. err paham tak? macam sesuatu yang tak disengajakan. ya Allah. apa lah I fikir. memang setan jadi kawan baik I kot. I baca forum pasal bab gugur ni insaf kejap

ada kes dia dah buat macam macam. termasuk golekkan diri, suruh budak pijak perut etc tapi kuasa Allah masih ada lagi zuriat tu. tetiba I teringat time ngandung Lihin. macam macam I makan sebab I taktahu. masa mengandung Maira, I eksiden motor. tergolek. kuasa Allah sapa boleh halang. 

I insaf tapi I perlukan sokongan.

I decide checkup kat private. dulu masa Maira I pergi private clinic. this time I nak jumpa specialist. sebab I rasa benda ni high risk, thats why I choose Al Islam. time tu I jumpa doc Roz. lemah lembut je. I terkejut jugak dia takde bebel ke apa ke. lemah lembut dia check, scan. happy je . I pulak nak nangis. Dan ayat dia yang sangat terkesan kat diri I

" doc, takpe ke previously saya czer. baru setahun saya dah mengandung balik. takde apa apa jadi ke? saya takut, nak nangis ni"

" ishh kan Allah yang bagi awak mengandung. Takkan dia nak bagi hambaNya sakit pulak. Dia lebih tahu kemampuan awak. Dia tahu masa yang terbaik untuk awak. Jangan lah takut"

"so kalau perut membesar luka saya takkan terbukak ke? atau apa apa komplikasi ke?"

" ha itu awak kena doa banyak banyak pada Allah. awak kena mintak pada Dia permudahkan semuanya. "

menggigil I rasa. kenapa selama ni I lupa ke apa ? Kan semua nya atas kehendak Allah. kalau Allah tak izinkan sesuatu tu terjadi, takkan jadi. 

sejak tu I jadi kuat. enjoy pregnancy journey. Tipulah kalau cakap I tak takut. terbayang perut pecah ke luka terbukak ke apa ke. tiap kali checkup I dok tanya perut saya okay ke tak blablabla. tapi I percaya satu benda

Mati tu pasti. cuma cara kematian tu berbeza. dan kita takkan pernah tahu waktu kematian kita

I redha I pasrah. I berserah. 

I faham doc marah bersebab. Tapi I sakit hati dengan mulut orang, benda dah jadi benda dah ada. ko pergi persoalkan lagi?

contoh lah, esok kena bayar yuran penting. kita takde duit. datang member dok cakap

"tu lah kau patutnya simpan duit blablablablablaba"

ye tau. tapi nasihat tu kejap lagi la. solution pls.

I bukan taknak amek perancang tapi hurmm

1- badan naik
- I dengar perancang boleh menaikkan berat badan kan? depends kat hormon tapi kalau dah naik, ingat sennag nak turun balik?

2- puncah fibroid
-kawan I nurse , dia pun cakap perancang ni boleh sebabkan fibroid. hari tu kat FB pun ada viral pasal ni. maybe ianya bukan satu satunya punca, tapi ianya salah satu punca

back to the story, bagi I kalau orang tu dah bingung sebab mengandung rapat rapat, jangan lah tambahkan stress orang tu. tak kesian ke? ke nak jadi punca mak gugurkan anak? jangan lah kutuk. kebanyakkan cuba merancang sendiri tapi Tuhan lebih tahu kan. ingat semua jenis main sembur je ke?

Mommies, sebaiknya ikut nasihat doc untuk jarakkan kehamilan. Tapi kalau dah TER mengandung, please jauhkan aura negative. Dahlah hormon mengandung stress, tambah dengan busuk busuk di sekeliling. haih.

I fikir panjang jugak nak type ni. Nanti kang kena kecam pulok. kan ni zaman kutuk orang. Tapi takpelah I tahu mesti ada yang senasib dengan I. mesti ada yang tengah runsing. ingat tau, jangan buat benda kurang bijak. kalau ada aura negatif atau bau bau busuk tu lari sejauh mungkin. bukannya benda haram jadu. anak halal. ada bapak.

sedangkan anak gadis terlanjur pun kita patut bela nasib dorang.takkan kita nak jadi penyebab dorang bunuh anak /bunuh diri.  yelah benda dah jadi. kita cakap pasal benda dah jadi. bukan baru nak jadi. prevention is better than cure.

dekatkan diri dengan Allah.

*notakaki: ingat tu, jangan asyik menyondol je bak kata suara halus di sekeliling. tidur tu dah boleh balut diri dengan plastic ikan dah. -__________________-''

*notakaki2: okay this time I memang nak amek pil -,-'' hadoi dilemma betul lah. ada suggestion?

1) pil perancang? brand?

2) injection 

3) morning after pill

psssttt ada sesapa ber-experience amek morning after pill tu meh lah cerita kat I. boleh email ssmdhzrn@gmail.com untuk borak borak privacy gtew.

Comments

  1. " ishh kan Allah yang bagi awak mengandung. Takkan dia nak bagi hambaNya sakit pulak. Dia lebih tahu kemampuan awak. Dia tahu masa yang terbaik untuk awak. Jangan lah takut"

    Julia menangis dan sebak baca entry ni mommy cici...tahu tak jika mommy cici dalam keadaan julia sekarang....anak dah 4 tahun...masih belum bagi adik pada anak sulung...berapa banyak dah orang bagi hint...sedih...sgt sedih...tetiba rasa ya Allah, Allah masih tak buka rezeki tu lagi pada kami...mungkin kena lebih byk berdoa...lg menyayat hati sebenarnya kalau nak story dlm blog...tp tersekat...x boleh cerita...Allah je tempat mengadu dan baca blog ttc je...

    Biarlah apa orang cakap beranak rapat2...dari tak ada anak atau tak dpt lg rezeki tambah anak...orang tetap akan mengata...jawapannya rezeki itu hadir dari Allah...bukan manusia yang reka sesama manusia...kalau mereka kutuk dan mengumpat rezeki kurniaan Allah...sama jugalah mereka mengutuk tuhan mereka sendiri...Allahuakbar...kalau mereka tahu....mesti mereka takkan mengata dear...

    Yang penting happy tgk family you dear...mohon doakan utk julia ye...setiap hari mendambakan baby depan mata :(

    ReplyDelete
  2. yang... kakak ai setahun sorang yang...
    mula2 normal after that dalam anak kedua macam tu ke ketiga czer
    sampai anak yg kelima
    alhamdulillah hidup bahagia sampai sekarang
    takde masalah apa-apa.

    kalau dengar cakap orang, tak hidup la kita kat dunia ni.
    memang makan hati sampai mati

    ReplyDelete
  3. Sedihnya baca entry ni :( I feel you. Pantang elok2 okay! Alhamdulillah semua takde apa2.

    I pun tak berani amik pil. Banyak sangat side effects dia yang worrying T.T Kalau dah dapat info pasal morning after pill tu, share please. Haha XD
    Take care mommy!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki sis allah dah bagi , abaikan je mulut2 org yg busuk hati..doakan sy jugak merasa kehadiran cahaya mata ya..ttc 3years dah ni..allah belum nak bg lg rezeki anak..

    ReplyDelete
  5. babe, i feel you. sbb mek pon same ! anak mek baru 6 bulan bile tahu mek preg sebulan dah ! giler, memang rase nk gugurkan je. time orang ckp thniah rase nk mnyumpah org tu balik sbb paham tak anak masih kecik nk ade baby lg sorang? haihhh, but Allah tu maha tahu dan dia pemberi, jadi dia aturkan yg trbaik. cuma kalau igt sekarang rase bdoh sgt aku ni sbb give in dengan setan --' padahal allah nak je kita mintak dengan dia.

    ReplyDelete
  6. Samalah dengan pengalaman saya. Cuma saya awal sikit. 6-7 bulan macam tu dah pregnant balik selepas bersalin Czer. Awal-awal tu memang takut. Menangis jek.. Tapi tulah, apa pun, kita kena kuatkan semangat demi anak2 dan suami.

    ReplyDelete

Post a Comment