Family Day 2017

Random: Kalau Dah Budak. Nak Doyan, Nak Menan

Holla you alls

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 , Malaysia ku. 

Semalam korang lepak mana je? tengok bunga api tak? ke lepak depan tv je? I pun terlupa malam merdeka. Mak I saja je cakap kat Abah,

"jomlah kita lepak Dataran , tinggalkan orang pantang. sapa suh beranak time Merdeka"

hamboi Mak, main kasaq noh. Kang akak ikat kain batik join Mak lepak kang , apa dehal kan.

Tapi end up everyone tergolek depan TV je. 

Okay today ( Thursday) macam viral kisah ibu left group whatsapp sebab anak dia nak makan durian tu ye. Kalau baca komen orang, dalam 10 komen, mesti ada 1 negative vibe >,<

memanglah kesian. memula I baca macam "err tak payahlah sampai left group"

Tapi bila dok baca komen orang macam geram pulak. lagi lagi yang dok cemuh

"aik smartphone mampu beli. data tenet mampu beli. Takkan durian sekilo RM 10 takleh beli"

haih ada kena mengena ke?

First, smartphone zaman ni RM 200 dah boleh dapat. second, tahun bila dia beli smarphone tu, duh. entah entah 3 tahun lepas dia still pakai sampai sekarang. Data? benda tu macam terpaksa kekadang. contohnya yang kerja teamwork, kena ada discussion dalam group. I kekadang tengah pokai I beli internet for Facebook -RM 15 sebulan kot. memang slow taik kucing lah, tapi nak buat macam mana. dengar kata akak tu biz online (part time) lagilah perlukan data.

Orang tak pernah merasa susah kan. senang lah cakap. >,<

teringat Lihin nak sangat doyan. Memang idok lah nak beli yang kilo kilo. I kan selalu beli RM 10- 3 bijik. hahaha jadi lah lepaskan tekak. ala budak kecik. bukan tau bezakan pun. hahaha. Hari tu dia mintak kek, I belikan dia kek Tesco hahah habislah kalau Lihin besau dia baca post ni kang. I rasa dia request kek Red Velvet Secret Recipe sebab I pernah belikan dia suatu masa dulu. ha see, kalau 6 bulan lepas kita mampu beli, mungkin 6 bulan kemudian kita ada financial problem sikit. jangan cepat judge  ye you alls

Tapi ramai sangatttt nak membantu akak tu. ada yang ada kebun doyan, ada yang nak belanja sekeluarga. tapi identiti akak tu dirahsiakan. moga akak tu dapat tunaikan hajat anak anak dia. permintaan budak kan. kesian kalo tak dapat bagi. dorang bukan paham maksud tunggu gaji, kurang duit etc etc.

till here. xoxo

*notakaki: hari tu jenjalan kat page Lazada depan Lihin. I memang suka survey mainan kat situ. mana tau dapat murah. tetiba dia tunjuk Lego -,-'' pengsan. Dia dok jerit Mommy nak menan. Mommy nak menan. errr I cakap okay sayang tunggu gaji ye. err gaji bulan depan. Tapi dia dok jerit jerit. Last last I cakap

"mintak apak kau lah"

terus dia diam. hahaha. nanti lah sayang. kita main Lego sama sama ye. tapi I terbayang, dia takkan main Lego bina castle bagai. kompem tercampak sana sini. end up taktahu pun kat mana

hurmm... kalau dah budak

*notakaki2:  Dapat hadiah from my Admin Team. sekotak Drypers. hahaha woi baru beli diapers Newborn last 2 days tau. Takpe nasib baik size S. boleh simpan 2,3 bulan lagi kot. Tengkiu Kak Mimi

psstt: Address to Ilham Ashyraf bin Md Hazrin haha ( Md Hazrin nama FB laki I. haha tu datang dari mana?)

Lihin and Maira berebut nak posing atas ni. korang ingat tu stage ke apa? dah penyek kotak dia. memula snap pic Maira sebab dia nampak macam beruang kutub kat atas ni. pastu Lihin tolak Maira sebab dia nak posing. and now dah pandai taknak pandang camera gtew. ala ala candid. kemain tau. ada sesapa nak amek anak I jadi model *tulisnomboraccount*



Comments

  1. selamat hari merdeka awk. =) kita lepak rumah je. btw doyan mahal da skang. susah nk dpt sekilo rm10. tsk

    ReplyDelete
  2. Kan.. Cepat sgt judge org. Dia kne dduk tmpat org tu bru tau. Bkn semua tau mmpu. Hmm, ue dh kira ok babe dpt rm10 3bji. Kat kelantn smua pkai kilo 😩 Mau rm5 plg murh sekilo..

    ReplyDelete

Post a Comment