Random Thursday: 150916

Holla korang. 

Bertemu lagi dalam entry random Thursday. Konon je nak buat daily aktiviti pantang. tapi rutin sama je. makan tidur makan tidur. errr so apa entah I nak update pun taktahu

Ingatkan duduk rumah macam ni boleh jimat duit. sekali macam lagi banyak mengalir je. hahaha gatal je I bukak Lazada la Groupon la apa la. time pantang Maira pun macam tu jugak. wahduh

Photobook I dah sampai wehuuu. Ni yang guna RM 1 voucher Lazada tu. I amek mini je. Tapi tulah postage lagi mahal lagi takleh blah ada GST 0.48sen. I sorang je ke menyampah dengan GST ni -,-''



Ingat tak I jual magazine bagai tu? Ni lah hasilnya RM 11.60 untuk 45kg =.=

gila sungguh. Pastu Mak start lah bukak cerita

"dulu kau dok mintak mintak, duit tu kalau dikumpul dah berapa lah agaknya."

k Makkk. K T_T





Last Saturday 10/9 I checkup sebulan you alls. wah dah sebulan pantang macam sekejap je. and I tak berkain batik ke spital, nasib lah ada seluar super lembut ni. check BP. quite low. berat I 50kg ( another 1 kg to go) lepas tu jumpa doc dia check luka czer , bersihkan kuping semua. 

tanya pasal perancang. I macam blur. hadoi. I cakaplah I takut nak amek takut badan naik + risiko fibroid. then doc Roz cakap

"no, the amount is to little. Hormone dia sikit sangat. in fact, ia membantu mencegah fibroid. put on weigh yes, memang badan akan naik 1-2kg. . Tapi kalau you nak yang selamat amek lah IUCD"

err takpe I memang pangkah yang tu T_T

Doc ada bagi few names, and bila I google , Yasmin tu paling good review sekali. and dorang kata pondan pun amek yang tu sebab boleh cantikkan kulit. err agaknya boleh 'up' kan depan belakang tak? kah kah kah

Next month appointment lagi, untuk pap smear. you all dah buat? huwaa I first time ni

*naik berat badan bukanlah masalah untuk I pun, cuma I tahu kalau dah naik I memang bangsa malas nak control makan + eksesais ni. so kalau boleh nak elakkan lah. tu je*



Balik dari spital terus balik kampung kat Paya Jaras. Lihin sibuk nak jumpa Tok Non (nenek) and Nuna (kazen) . bawak my MIL pergi groceries shopping, menyinggah mamak sekali. ha nampak ko sebulan pantang lepak mamak? I minum barli suam je. orang pelik tengok I dengan socks, dengan jalan slow hahahha

yang mana Pak Dedek (Pak Su) yang mana anak buah ni? >,<

Ocin macam biasalah malam cuti suka bertapa kat cc tu ha -,-'' lepas tu time ni seharian Ash tak poo poo. punyalah risau I.sekali malam tu dia poo setimbun okay. terjerit jeritlah I panggil Atok hahhaa. sorry ler Ash, Mommy bab cebokkan ni failed sikit. 

I dah lupa lah, normal ke baby full FM berak sehari sekali? sebab setahu I anak anak I hobi dia berak daripada kecik sampai besau. even sekarang pun at least 2x sehari tau 


kemain bila suruh sayang adik. hahah 

by the way, ni last mandi sama hokey =.='' next year No No. memasing dah besau. memang selalu mandi asing. ni kes jeles and berebut. dedua nak 'mandi kolam'

Korang tahu tak. Lihin dah pandai nyanyi lagu cintan? 

Sayangggg aku kau lupa blablabla. hadoi .



Makanan pantang I minggu ni banyak berasaskan ayam bako. first try yang blend segala mak nek rempah tu perap ayam. erk tak sedap. pastu try simple punya; letak halia + bawang putih untuk hilang hanyir pastu tabur lada hitam. fuhh sedap hokey. bau pun naik. jangan kata bebudak suka, Ocin pun suka curik ayam pantang I. ceh, ko gi la makan rendang tu =.=




Okay till then

see ya when I see ya :D

Comments

  1. Dah pakai seluarrrr! Hahaha.. I gi check up baju sama keluar hospital. Jubah je. Lupa pula ambil lauk pantang... hahaha. I belum timbang lagi berat ni.. Nanti kena timbang lah kut.

    ReplyDelete
  2. Dah pakai seluarrrr! Hahaha.. I gi check up baju sama keluar hospital. Jubah je. Lupa pula ambil lauk pantang... hahaha. I belum timbang lagi berat ni.. Nanti kena timbang lah kut.

    ReplyDelete
  3. adik kita pun bersalin czer gak. hee. memang time makan dia merungut la nak lauk sama mcm org lain gak =D

    ReplyDelete
  4. ape ade hal lepak mamak. hihihi. kalau mek bedal dah roti canai dengan teh tarik. sebulan dah ponn. hihi

    ReplyDelete
  5. bestnye g g checkup..rindu nak.checkup..rindu nak pakai socks..rindu nak pantang...ya Allah nak ngandung lagi...aminn

    comelnya lah diorang tu mandi..hehe dah mcm buat iklan sabun pum boleh

    ReplyDelete
  6. saya terus langsung lupa projek photobook saya. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap makanan tu. Tengah lapar di malam hari sekarang. Tapi hold on tak nak makan konon 😅😅

    ReplyDelete

Post a Comment