Family Day 2017

Random Thursday: Bawa Anak Bujang Naik Tren

Hari tu kan dah bawak Lihin naik bus. so kali ni I bawak dia naik train pulak. Tapi I kena angkut Mak I sekali sebab nak pergi JPN. tau lah tunggu turn berapa lama kan

Ni kali ketiga Lihin naik train. 

besau dah anak Mommy. kang tup tup kahwin dah

motif letak B&W sebab macam nampak kurus. kah sangat

You all dah tukar Mykad baru yang ada dua kepala tu? I belum lagi. last ialah time Form 4. oh BTW Mykad I dah 3x hilang, so kalau kali ke 4, habislah I kena denda 1k kan T_T



petak bontot T_T weekdays pun ramai

Mykad memang kena tukar before 25. Macam I dah lepas birthday so kena denda RM10 + RM 10. cis. I is tak suka tau sedekah duit kat gomen ni. dorang dah kaya dah. huwaa. 

Ni yang I dapat from Google. RM 40?eh tak lah. mohon RM 10 + kompaun RM 10. doploh je. 

source: Wanista.com
klik untuk maklumat lanjut


korang pernah pergi UTC naik train? I tak suka laluan ni. macam sunyi ja kalau bukan peak hours. 

suka vending machine ni sebab RM 1.

hari ni bagi chance dia minum air gas -,- selalu I campur I masak setengah botol

Dah lepas tu kami zoooom ke Sogo pulak. kalau weekend I memang bercinta betul nak ke situ. Jem hoi. Tu tak masuk bab jalan tutup lagi kalau ada function kat Dataran. Boleh berasap kereta =,=






I masih tak dapat move on dari pantang. Lauk macam ni jelah I makan

Ingat nak bawak dia pergi indoor playground dalam Sogo. Tak jadi pulak , sebab I kejar masa. Taknak bertembung dengan orang balik kerja. dahlah bus tempat I sejam satu, tambah dengan jem bagai kang. gua jugak tak dapat tempat duduk. maklumlah dah takde perut. hahaha

Eh, I berkenan dengan tupper cabinet ni. Korang pernah pakai tak? kukuh ke? hahaha bukan apa risau jugak letak baju pastu runtuh nanti


Kalau dah namanya budak, kenal je dengan karekter kartun favourite dia. Ni Tobot . berlari lari dia. Nasib tak suh beli. hahaha



semenjak jadi muslimah ni, I memang teruja gila kalau pergi Muaz. ada 5 branch, semua gua nak masuk. ahhaha. eksaited uolls tengok tudung murah murah. of course lah kualiti agak low tapi tak kisahlah. 

I kalau benda I nak pakai selalu, I tak kisah kualiti takde. kalau macam handbag,kasut,gadget yang rasa nak pakai lama baru carik yang mahal sikit

hoi anak tudung RM 1.90 -,-'' 


dulu setiap Sabtu naik bus dengan Mak pergi pasar malam. fav I tart telur, kuih dengan kopok lekor. pastu balik tu Abah amek. 

sekarang? I malas nak bersesak. pasar malam bawah flat pun I malas pergi

faktor usia mungkin. hahaha


Balik tu kami decide nak naik bus je. Lihin dah penat mengantuk, apa bus lalu dia ajak naik. Nanny dok tunggu bus 2 tingkat tu.saja nak puaskan hati dia sebab dia asyik excited kalau nampak bus tu

Ni dia request bergambo dengan bus.


Okay dah naik. ni first time naik hokey. 

Lepas naik baru I sedar I ada masalah kegayatan tahap kritikal. rasa kecut perut ngilu sendu pilu semua ada. bila motor lalu celah tu, bila bus brake, bila naik flyover. wahduhhh menyesal. kalau bukan sebab Lihin I dah lari dah

Kami kan turun halfway untuk tukar bus. Bus ni tak sampai area umah. Si Lihin boleh pulak bantai tidur. hahaha. payah tau nak kejut dia. I dah pening macam mana nak angkut dia. dok pujuk umpan ajak makan aiskem baru bangun. 





lebih setengah jam jugak kami duduk kat tangga Ampang Point melayan dia makan aiskem. tu pun taknak balik. sibuk dok nak jalan lagi nak jalan lagi. padahal dah penat. saja je buat hal merengek lah tu


Okay so train & bus 2 tingkat ticked. 

Lepas ni monorail, KTM, ERL dan kapal terbang. 

pheww. 

Comments

  1. Lamanya tak mengukur SOGO, JALAN TAR dan kedai-kedai yg sekitar dengannya. Syokla bawak Lihin jalan-jalan dengan emak. Rasa lega and bernafas sket kan..hahah!

    ReplyDelete
  2. wahhh...lihinnsyokknya berjalan ikut mummy dia...hehe dah tukar mykad ye yang...wajah trbaeu di mykad after 3 kids mesti lebih comel dan cute dr wajah mykad sebelum ni kan..hehe

    ReplyDelete
  3. zaman kecik2 mmg dh ajar naik bas, train, beca. hahha
    last pegi kl hujung thn lepas tunggu rapid di NU sentral pnya lama

    ReplyDelete
  4. syok le lihin dan nanny dpt naik tangga turun tangga naik tren ye.. penat tapi seronok...haha

    ReplyDelete
  5. Dah lama jugak Sha tak naik public transport ni. Dulu masa sekolah, semua jenis public transport tu Sha naik. Bas toksah cakap, muka familiar dengan bas kut, hehe.
    Bestnya Lihin dapat rasa ni. Esok naik monorail pulak :)

    ReplyDelete

Post a Comment