Family Day 2017

Tips Hilangkan Kuning

Hi korang. 

Mentang lah dalam pantang, semua entry berkisar pasal anak je kan. hahaha yelah apa lagi I boleh buat. amek gambo pun asyik nampak gambau kain batik je

Baby I kena jaundice. walaupun I ikut tips time pregnant jangan makan jeruk lah apa jadah la, tetap kena jugak. Time Lihin dulu 3x je ulang alik dah okay. Alhamdulillah lah, dipermudahkan. Al maklumlah time tu pergi naik cab dengan Mak. Time Maira sampai 8x. memang pantang tak serupa pantang lah I. dahlah sakit czer, kena ulang alik pulak. Ni time si kenit ni, 4x ulang alik. I kesian kat si kecik ni sebabnya dia macam kurus je -,-'' 



Okay ni antara tips yang boleh diamalkan lah kalau anak kena jaundice. 

1- Minum Susu Kambing



Ada yang kata Mak yang minum. ada yang suh calitkan kat bibir lidah anak. Tapi I tak pernah bagi baby pun, I je minum pastu susukan dia banyak kali. bukan apa, I takut sakit perut pulak kang lain cerita pulak. I minum yang Farm Fresh punya. Pernah jugak beli Hi Goat yang bancuh tapi rasanya fresh punya lagi bagus. Susah benau nak dapat. Beli kat Cold Storage KLCC RM 5/ per bottle

2- Daun Kucai



Tips ni ramai makcik makcik kat flat ni bagi. Beli daun kucai tu, rendam dalam air panas (air mandian), ramas kan. tambah air sejuk (bagi suam) pastu mandikan baby. buat dalam 2,3 kali nanti hilang lah. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, menjadi :)

3- Anggur Hijau



Yang ni pun macam susu kambing jugak. ada yang suruh Mommies makan banyak banyak. ada yang suruh calit sikit kat mulut baby. I tak pernah buat lagi.

4- Daun Belimbing



Ni sama dengan daun kucai. Mandikan baby.tapi since rumah I bertenggek kat tingkat 6 ni, agak susahlah nak carik daun belimbing ni. 

Ni antara tips yang boleh diamalkan ye Mommies. bukan apa, kesian sangat kat si kecik. dahlah tapak kaki halus bebenau, pastu nak kena amek darah few times dengan jarum panjang. huwaaa . tak salah mencuba, selain dari tu kita tawakal pada Allah. Selain tu. Mommies jaga makan ye. Jangan makan benda panas; lada hitam/halia/kunyit/jamu. bagi ler susu sampai kita dok terlompat lompat pedih. 

okay thats all. xoxo

scheduled entry
240816

Comments

  1. semoga cepat hilang jaundice kt baby..sian baby..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh, baby �� Baby bash pun kena jaundice haritu kejap... Kesian tengok kena cucuk kat kaki... Mama dia pula over takut.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, baby �� Baby bash pun kena jaundice haritu kejap... Kesian tengok kena cucuk kat kaki... Mama dia pula over takut.

    ReplyDelete
  4. mmg risau kalau bby kene kuning kn...
    kesin kt bby tu lah sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. betul babe. mek dulu amalkan susu kambing. alhamdulillah tak sempat anak kne jaundice :)

    ReplyDelete
  6. moga baby dh sihat skarang..
    apa2 pom kt kna berusaha utk merawat..
    cuba la mana2 petua y bgus..mna tau mujarab

    ReplyDelete
  7. tq dear for tips...nanti ada anak lagi i pakai tips.ni

    ReplyDelete
  8. samala anak buah kita pun kuning jugak ritu. alhamdulillah da sembuh. moga anak u pun cepat sembuh n sihat kita doakan :)

    ReplyDelete

Post a Comment