Family Day 2017

Kecik Kecik Dah Pandai Mencuri

Tau tak hari tu ada budak ni nak ajar Lihin mencuri. Nasib baik lah I nampak

haihhh

ada sorang budak ni, umur dalam 4,5 tahun. Parents dah divorce, so dia duduk dengan ibu. kira baru first time dia spend time dengan bapak lah. kira baru tahu perangai lah ni.

Lasak. tapi pada I selagi tak mencederakan I, lantak lah

I ada dengar makcik makcik bercerita budak tu curik duit Uwan dia RM 50 lepas tu pergi kedai. Teringat Lihin, selalu amek duit dalam purse I. bezanya dia tak reti pergi kedai. tak tahu nilai duit , tak reti beli barang and selalu kalau amek duit I, dia akan bagi kat Nanny or Ocin

Memula okay, makin lama makin nyampah pulak I dengan budak ni. Okay first time main belon. korang tahu belon yang tiup pakai straw tu? ala yang belon dia sensitif, sikit sikit bocor tu. I jadi tukang tiup bebudak ni. pastu bila belon tu dah berlubang, dia akan bagi Lihin and amek yang baru dari I. 

Kat situ nampak yang dia berbuat baik lah. I sengih je lah dalam hati, licik budak ni. 

Time Lihin makan biskut, dia bagi Lihin yang dah patah patah, dia amek yang elok. Ada yang dia gigit sikit pastu bagi Lihin, dia amek yang elok dari tangan Lihin (anak anak I jenis makan apa apa, slow and sayang nak makan. dorang pegang lama lama)

 I diam je. 

Pastu ada sekali bebudak semua dapat choc. Lihin taknak so bagi Maira. Budak ni punya dah habis. so time I dah bukak kan tu, I nak suap. Maira ni slow sikit. Pastu budak tu amek biskut yang dah jatuh kat lantai, bagi kat Maira. sebagai ganti dia mintak cokelat kat tangan I tu. Maira blur blur terima je biskut tu , siap nak masuk mulut!

fuhhhhhh sakitnya hati mak nokkk!!!

sian kempunan ye sayang. Nanti Mommy beli banyak banyak cokelat ye


I rasa I sakit hati sebab dia bagi benda yang dah kotor kat anak I. macam biadabnya ko. tak kisahlah ko budak kecik ke apa, still biadab!!!

I geram menggigil. I campak cokelat tu kat muka dia and heret Maira ajak basuh tangan. 

korang tahu tak geram sampai  air mata bergenang. suara menggeletar. Ocin dah pelik tengok I sebab I macam tahan nangis. Tapi I tahu dia malas layan I. I pun taknak ngadu kat dia. mesti dia anggap tu benda remeh je. 

Pastu sampai kat RnR, ada playground. dia main dengan Lihin dok tolak tolak. dia ajar Lihin terjun dari tangga. I tak kasi Lihin buat. pastu bila I toleh tempat lain dia suruh Lihin buat jugak belakang I. 

fuhhh berasap Mommy ni ha

sampai 1 kedai ni, dorang jalan depan. I kat belakang. I nampak dia pegi kat kete mainan, masuk dalam baju. err I tengok je lah dia. pastu dia perasan I nampak. dia letak balik. I pun nak pegi arah lain. I nampak dia bisik kat Lihin sambil tunjuk arah kete tu. Pastu Lihin pun terkedek kedek pergi and nak capai

I apa lagi, menjerit lah kuat kuat sampai orang kedai tu pun terkejut. 

Ye aku ni macam tarzan kat situ. 

sakitnya hati I. what if kantoi, I mean orang kedai tu tangkap Lihin? buat malu je nanti

I tak cakap anak anak I sesuci embun lah. Tapi dorang ni naif. cakap pun tak betul lagi. dorang tak tahu apa apa. taktahu maksud mencuri, taktahu bezakan itu ini, tak tahu nilai duit. dornag tak paham maksud mahal dan murah. semua taktahu lah. 

I tak paham macam mana budak 4,5 tahun tahu mencuri? bukan ke sepatutnya dorang sekarang tengah ada perasaan takut? mana dorang belajar ambil something and masuk dalam baju? mana dorang nampak?

I pesan Lihin banyak kali. 

"Abang kalau nak mainan, nak gula gula jerit panggil Mommy"

Tapi I confirm yang Lihin tak paham apa I maksud kan. dia dok ulang ayat I je -.-''

I masih lagi geram sampai menggigil walaupun dah seminggu berlalu.

seriously selalu kalau kes macam ni, I selalu anggap anak yang tinggal dengan Ibu akan lebih sopan dan beradab. . you know, dalam drama kan semua macam tu -,-

korang ada pengalaman ke deal dengan kenalan / kawan kawan anak korang yang macam ni? apa yang korang buat? jauhkan terus ke? tak kasi kawan ke ?

*notakaki: I dah inform nenek budak tu, and katanya dia akan bagitahu bapak dia, suruh bapak dia bagitahu Ibu dia.. I HARAPPPP sangat I takkan jumpa dia lagi, takut kaki tangan I pulak naik nanti. 

*notakaki 2: I tahu ramai tak setuju dengan cara I lagi lagi Ocin. dia selalu cakap I menggelabah sangat, childish,biarkan Lihin explore blablabla. duh, explore mendanya. kalaulah dia jatuh terhantuk ke atau pun time 'mencuri' tu, kantoi. orang takkan cakap bapak tak reti ajar anak, nenek atok , makcik tak reti ajar. semua akan blame Mak. pada I biarlah orang tengok I gelabah macam tarzan daripada I dipersalahkan nanti. 

to die for ;)

Comments

  1. Assalamualaikum. :) serius saya baca entri ni pun rasa geram. Sebab, bukan sepatutnya anak kecil ni naif dan takda ya perangai licik ni semua. Huhu Saya pun pernah berdepan dengan budak macam ni, tapi lagi hebat, mak budak tu tak tegur pun bila anak dia pukul, cubit atau gigit anak saya sebab mak budak tu fikir 'alaa,budak kecil main2, biasa la semua tu'. Hati kita yang sakit bila anak kita dibuli. Huhu

    ReplyDelete
  2. Betul la babe, secure kan sbb takot ank trjebak same bukan ape pon --' tkpe, im with ue :)

    ReplyDelete
  3. Hurmm..so far I tak pernah deal lagi dengan bende macam ni. Tapi as a mom and perempuan memang kita akan emosi sangat kan. I feel you babes. Anak-anak tuh kecik lagi kot. We are SUPPOSE and MUST showed a good example. Sebab derang kecik lagilah kena AJAR bende2 ELOK dan BAIK. Bab baling balik cokelat kat muka budak tuh I siap boleh imagine. Hahah!!! Sure you dah tahan geram sangat kan. I sokong you bgtau nenek die. Lepas ni, better elakkan terus la jumpa kid tuh dulu.Sambil2 jangan lupa doakan untuk dia jugak. Masih belum terlambat utk dibentuk. TAke care yer mommy!

    ReplyDelete
  4. Kaklong baca pun menggigil geram..
    Ni bukan benda kecik ni. Budak2 kecik tak bole didedahkan dgn benda macam ni..
    Orang ramai mmg akan pikir kita ni dgn budak2 pun nak gaduh..
    BUkan gaduh pasal budak tu, tapi pasal zuriat kita, generasi akan datang..
    Zaman kita bertongkat nanti, budak2 ni la peneraju negara, tapi kalo camni perangai, camana la masa depan negara nanti.. T__T

    ReplyDelete

Post a Comment