Family Day 2017

Penang Getaway

Menghabiskan sisa cuti ku. wah gitchew. 

Last Tuesday I pergi Penang dengan MIL and BIL I. pinjam kereta SIL. Alza sumbat reramai. bengkok aku -,-'' Kete I takleh jalan jauh, banyak benda nak service. Kalau dah service , takde duit pulak nak jalan kang. hahahaa

Actually pergi ni pun sebab nak visit Along (BIL) . wife dia further study kat sana. family in law I kaki pancing. kebetulan dapat rumah dekat dengan laut. suka lah dorang. I? menangis mendayu dayu lah iolls. huwaa T_T


the cousin


I imagine dia dok kat kuaters. rupanya dok kat rumah memancing. Memang bukak pintu belakang je terus laut.

Actually ni memang rumah persinggahan untuk pemancing pun. Tapi sebabkan takde choice, amek jelah. Lagipun dekat dengan tempat study. 2 years je pun

Ni jenis rumah sebuah. Rumah BIL I ni kira agak senonoh lah jugak compare dengan rumah lain. yelah tuan rumah lain maybe datang time cuti je, so buat apa nak buat cantik cantik kan. BTW rumah ni takde bilik ye -,-

lebih kurang macam ni lah rumahnya. Ni rumah jiran , I snap

Kami sampai dah malam dah. Dorang yang lain terus jengah kat belakang. I mandikan gegirl. kesian dah rimas peluh peluh. Riuh je mulut Lihin nampak batang pancing. 

I memang tak pernah memancing, tak teringin pun T_T bau pun I tak suka. hadoiyai

Rumah kan takde bilik jadi kami bentang comforter and golek je. dorang gelapkan lampu sebab nak suruh bebudak tidur. Tapi I yang takleh tidur T_T

Taktahu pulak Ocin nak kelaut. Time tu Abang dah lena. Pastu Ocin bisik kat I

"Abang nak kelaut, cari rezeki untuk kita dan anak anak"

I dah bagi jelingan maut. 

"oi ko nak tinggalkan aku dengan bebudak ni?"

dengan slumber dia jawab

"kira baguslah aku tinggalkan Maira sorang. kalau dedua full battery? lagi naya"

Pastu dia blah, siap bawak phone I lagi sebab phone dia battery kong

pukul 3am I berjaya tidurkan Maira. Lepas tu kannnn

I TAK BOLEH TIDUR

I kan memang biasa tidur bukak lampu. rumah I tu dapur/bilik/koridor semua terang hokay. ni gelap yang memang takde cahaya. I kejut Lihin Maira taknak bangun. Time ni I doa supaya dorang bangun, tak kisah terpaksa layan pun takpe. tapi dedua lena huwaaa T_T nangis iolls. 

dahlah angin kuat, korang tau bunyik plastic bag ditiup angin? I imagine bunyik hantu. T_T I kan terpengaruh TV sikit hahahha

dalam 5am I terlelap. 7am I sedar. Ocin balik 7.30am. 


tumpang boat jiran sebelah

Dia bawak balik ikan apa entah I pun taktahu. besau ada kecik pun ada. I dengan Kak Long I tak join bab masak. Kami failed -,-' Masak untuk tekak sendiri boleh lah. so yang masak MIL dengan SIL I lah. pastu siap ada sambal tempoyak bagai. 


cantik kan interior rumah ni? I suka lantai kayu tu. Tapi jangan tak tahu, bawah tu laut ye. lantai tu pulak berlubang (kayu tak rapat) jadi kalau ada benda jatuh, pasrah je lah. gelang tangan SIL I jatuh bawah tu. tak boleh nak buat apa lah. and ada lubang yang muat handphone T_T serammmm



Okay bab ni taktahu nak ketawa ke nak sedih. Maira tidur atas katil. Ocin dok mancing. I baru je bangun nak buatkan susu, dengar bunyi something jatuh. rumah kan lantai kayu, so macam bergegar lah. I imagine machine apa apa yang berat jatuh. rupanya

MAIRA JATUH

kahkah. okay sorry Maira tapi memang kelakar. dia jatuh tertiarap. hadoilah


View? hurmm okay lah cantik. Mana nak dapat view macam ni kat KL. tapi again I taktahan bau. I taktahu bau apa. Abah cakap bau lumpur. Tapi I rasa macam bau ikan. ahh tak kisahlah

Lepas tu, kalau laut, walaupun macam mana kuat angin, bahang tetap ada. hadoi lah basah ketiak aku. nasib bukan rumah sendiri kalau tak I bogel je. hahahha



kebanyakkan rumah kat sini ada bot. Tapi BIL takdelah beli bot pun, duduk sekejap je kan 2 tahun.




muka baru lepas jatuh tertiarap HAHA

ambil angin petang

jarang nak ikat rambut ni

kazen melayan dia main bola

risau betul Lihin terkait mata kail.


I memang 100% menguruskan Maira. dia ni pun rindu Atok kot , takde tempat nak ngadu tu berkepit kat I je. Kalau kat rumah memang dia tak heran nya kat Mommy dia ni. so I nak cakap 

ACHIEVEMENT UNLOCKED PART 2

muahahahah 

risau betul kalau bebudak ni terlepas ke bawah

Lihin seronok betul kat sini. siang malam pagi petang cakap nak mancing je. BIL I pun memang bawak comforter tidur kat sini. 

I kalau dah gelap tak berani turun. I is seram kalau ada benda lain terkeluar dari air tu. hahaha kan I cakap I ni terpengaruh sangat. dah tahu penakut nak jugak layan cerita hantu T_T


Ocin mabuk laut HAHAHAHAHA. kesian dia. balik dari laut tidur kejap je. dia kata pening and rasa terumbang ambing. lepas tu dia makan apa entah, cirit. so memang tak sedap badan lah. Tapi I bersyukur jugak, kalau tak second night tu dia nak ke laut jugak. kahkah duduk lah kau diam diam tolong jaga anak. 

malam ke dua tu, I tak berapa takut dah. sebab I tidur dulu. Ocin melayan Maira. so I takdelah terbayang hantu datang nak cekik I ke apa ke. hehehhe



Kamis tu pepagi buta dah siap siap balik. I lah paling laju bersiap . rindu ketiak Mak T_T kalau lah kami ada lorry ke apa apa yang besau, kami angkut semua sekali Mak sendiri Mak Mentua semua angkut kemana sahaja. 

duit boleh carik oi, ketiak Mak takde ganti. hahahah

apa apa pun, tengok Puffy Pie I meneran. kahkah. dia ni lawas. kat mana mana pun boleh. I dengan Lihin kalau seminggu tak balik rumah, seminggulah kami tak membuang. hahahaha

Comments

  1. best jgk umah mcmtu yek... simple je tp mule2 akak tak bayangkan lah bersambung trs ngn laut mcm umah2 yg ada tepi laut tuh...

    umah ni walaupun kt luar nmpak mcm umah kayu biasa tp bhg dalam dia boleh tahan...
    kalu jns kaki pancing mmg suke sgt la umah gini kan... hari2 blh mancing...

    ReplyDelete
  2. Mahalnya experience ue babe ! Mek pn xpnah cam ni wlaupun ade sdar yg rumah dia lbh kurang gini kat trengganu :)

    Mmg susah skit nk tido if bralih tmpat but ok la kan. Standart la :)

    ReplyDelete
  3. Memang boleh tahan la interior dalam dia! Okay lah, kan. Bab kayu jarang-jarang tu memang agak risau la kalau benda jatuh.

    ReplyDelete

Post a Comment