Random Thursday: 131016

Holla 

bertemu lagi dalam sorotan seminggu Mommy Cici. hahahah. 

Nak amek gambo lunchbox ke breakfast ke memang tak sempat lah. bersilat silat I. huwaa

okay ni semua cerita minggu lepas. kamis lepas balik dari Penang. beli jeruk je. tu pun beli kat RnR. hahaha. paket besau tu RM 10. orang kata mahal compare tu Penang. takpelah. janji ada untuk Mak



balik dari Penang pergi Damansara hantar BIL I. terus singgah taman. kemain tau Lihin dapat GF kat sana. Budak tu panggil dia 

"you you meh pergi kat sana"

comel gila. nama dia Maira tak silap I


Seperti yang dijanjikan , I bawak dia jalan jalan. Penat hokay. I tak dapat call my mom. Phone dia rosak kot. nak nangis dah macam mana nak balik. I dah lah kera sumbang sikit kat flat tu. I try contact pet sis I, dia kerja pulak. Malam baru dia inform my parents. takkan I nak suruh my dad drive malam malam kan. so I pesan 8am/9am kena datang amek I

maka pagi Jumaat tu. pukul 8,45am Abah dah terpacak kat rumah MIL I. I pun belum bangun. hahahaha. balik rumah singgah breakfast semua, around 3pm I ajak Mak naik bus bawak Lihin jalan jalan. Ocin teman Mak dia pergi hospital, visit sapa entah


sapa entah ajar dia pose macam tu

Nilah playground I masa kekecik. Now bawak anak pulak.


Balik tu Lihin tewas. hahaaha I risau betul dia tak bangun. dia kalau dah tidur payah kejut. memang kena tunggu sampai last station lah jawabnya hahahaha



Benda paling leceh kalau jalan jauh ialah membasuh baju. menyampah betul walaupun mesin yang basuh =.=

stress hokay. actually kalau nak senang pergi laundry je tapi baju baby I tak pernah lagi try. selamat ke? -,-'

apak I jemur kain malam malam

Last Saturday I pergi Seremban, wedding sedara. gatal lah nak singgah PD. pheww the view. priceless. 

Tapi tu lah jalan panjang -,- I tak suka highway panjang lepas tu kiri kanan hutan. I is takut :D


Bahang gila. I tak kasi Lihin main panas. yelah time tu 3pm macam tu, terik lain macam. Kalau Ocin dia  bagi je. legam anak anak I -,-'' sakit tau kulit kena matahari terik ni. perit


Last Sunday pergi Titiwangsa. meriah betul kat sana. asyik asyik nak dilanggar oleh basikal je -___- so kalau pergi sana rajin rajin pandang kiri kanan depan belakang ye. 


Last Monday pulak bawak mandi sungai. dekat je pun, 5 min sampai. 

Macam tak lama je usia Bukit Belachan ni. dorang nak start buat highway yang bakal 'mengorbankan' habitat semulajadi ni. hadoi emosi tau. Sini lah tempat best mandi manda sebelum wujud kolam KLCC tu. hurmmm. sedih


Selasa pulak I pergi JPN nak collect my kad I and mykid bebudak ni. Time Lihin dulu, Mykid diberhentikan seketika sebab nak kaji keberkesanan katanya. Tetiba time Maira ada pulak -___- dahla tak inform. so Lihin memang takde Mykid. Hari tu terlanjur buat Ash punya, boleh lah register sekali

I blame camera JPN boleh? angle dia tak cun. dekat sangat. muka gua yang sedia lebar bertambah lebau. ahahhaha

Senanglah kalau dah ada. kalau tak payah nak usung birt cert ke klinik -,-

I tak sangka wujud lagi public phone ni. ada 2,3 jugaklah kat Masjid India/ Jalan Tar. walaupun kawan kawan I dok gelak gelak sebab katanya dah takde manusia pakai benda alah ni, tapi actually bagus tau. kalau battery kong ke, atau takde kredit ke kan ke berguna jugak -,-''


lepas tu terus ke KLCC sebab I nak settle RHB. kalau sempat nak singgah Maybank sekali sebab I dah request online, dah sebulan tak dapat lagi T_T hadoiyai

Nampak natang ni eksaited dia. sekali main RM 2. dia nak main namblas juta kali. hahaha takdelah I mana ada coins. lepas sekali tu pun dah cukup lah. jadah pulak I nak bawak coins banyak banyak . londeh poket nanti. setengah jam jugak nak pujuk dia. Plus I nak kejar bus sebelum orang balik kerja. 


okay itu saja cerita seminggu I. dah kerja , sengih jelah. T_T 

*counting days to weekend*


Comments

  1. Wahh..you memang membesar dari kecik and anak-anak also di KL. I impressed sebab you jalan ke sana ke mari naik train and bas. Ngan anak-anak lagi. Hahaha!!! Hats off lah! camne la feeling nak cakap yang Bukit Belacan tuh lepas ni dah tader. Sayang nyer Oiii..tempat main lagi tuh. Haishhh....

    ReplyDelete
  2. Bestnya spend time cam ni dengan anak :) mesti nnt lihin dh bsar dia akn igt cm mne ue bawk dia pegi park semua tu babe :)

    ReplyDelete
  3. Jeruk Pak Ali tetap menjadi peberet bila ke Penang..beli utk ole-ole...
    wahh! seonok bila dpt spend time dgn anak2... quality time.. :)

    ReplyDelete
  4. Pergh banyak gila u berjalan! Hahahahah... Terus rasa sangat terperuk duduk rumah ni. Eh i pun belum check lagi mykid sofia ni. Bagus jugak u ni, terus i teringat sofia ni punya.. hahah.

    ReplyDelete

Post a Comment