Family Day 2017

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Online - SAPS Ibu Bapa

Pernah dengar tak pasal SAPS? Apa benda lah yang orang dok sebut pasal SAPS ni? Ha meh sini nak cerita pasal Apakah SAPS Ibu Bapa?

Okay as a parents lah kan, salah satu keperluan ialah memastikan pendidikan anak anak. Of course kita nak yang terbaik bagi menjamin masa depan mereka dalam era yang semakin mencabar ini. Tapi bagaimana untuk memastikan anak-anak kita berada dalam keadaan terbaik dan terus cemerlang dalam pelajaran dan future mereka?

Apa yang I baca lah kan, menurut pakar,antara cara terbaik nak pastikan mereka terus cemerlang ialah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. YES! Why? Sebab keputusan tu merupakan cerminan kepada prestasi pemberlajaran mereka. Kat situ lah kita nak kenal pasti mana satu masalah mereka ni. So sebab tu lah kita kena sentiasa memastikan keputusan exam anak-anak kita berada pada tahap yang terbaik.

So fikir balik, bila kali terakhir kita check keputusan peperiksaan anak kita? Pernah tak kita berbincang dengan pasangan demi memastikan kecemerlang mereka ni? Aipp jangan serahkan pada guru bulat bulat ye. Kita kena lah ambil berat tentang semua tu. Jangan ambil mudah tentang pendidikan anak-anak. Dulu maybe kita rasa susah nak check sebab kena naik turun sekolah jumpa cikgu, kena curi waktu bekerja kita. Tapi sekarang memang mudah sebab semua hanya di hujung jari je oi. klik je. Takde alasan susah cuti ke, hujan panas ke. Sesambil makan lunch kat pantry office pun boleh semak.

source: Google


Kalau nak tahu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu sistem online bagi membolehkan para ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online je. Sistem ni dinamakan SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan result exam mereka diakses dengan mudah untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Perghhh

Before this, parents kena naik turun sekolah tiap kali habis musim exam. Macam yang I cakap kat atas tu lah, agak leceh sebenarnya. Nak kena curi masa kerja, ambil cuti lah apa lah.  Time tu kena tunggu giliran dengan parents lain untuk check result anak-anak. Atau pun kena buat appointment dengan guru kelas.Memang renyah sikit. Dengan sistem semak keputusan SAPS ibu bapa ni semua kat hujung jari je lah. 

source: Google


Oh ya, sistem ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa,short form kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara kita.

Okay nak tahu cara-caranya? senang sangat okay. Untuk memeriksa keputusan anak-anak secara online, sila klik sini link ini -> SAPS Ibu Bapa- Semak Keputusan Peperiksaan. Anda digalakkan check result exam anak anda di website ini kerana tidak akan terjadi problem macam website down lah atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk check result exam anak anda melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Easy peasy :D

Bukan apa, kalau korang guna official website atau others lah kan, ia akan menyukarkan proses semakan sebab server tak mampu menampung pengguna yang banyak dalam satu satu masa. Jadi website yang I suggest ni, insya Allah takde isu isu yang mengecewakan. gitcheww. hahaha yelah mesti kita tak sabar kan nak tengok resul exam anak. sekali kena server down, rasa nak hempuk je skrin laptop. hahahaha. No worries, ni bukan spam ke virus ke hack ke. I tak pandai lah bab bab tu.   >,<

Oh lupa pulak. Saps Semakan Ibu Bapa ni boleh diakses online dan keputusan-keputusan yang boleh parents dapatkan daripada sistem tu ialah keputusan setiap peperiksaan , dari murid darjah 1 hingga murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR,PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ni

Dah senang sekarang, dah boleh semak result anak-anak pada bila-bila masa di mana jua, silalah teruskan prihatin kat keputusan mereka ni. Jangan ambil mudah je. Jadikan kelebihan teknologi dan kemudahan diberi ni sebagai satu semangat dan batu loncatan kepada kita dalam mendidik anak -anak. Takyah risau lah anak sorok report card lah, tetiba lepas exam report card hilang lah, bag sekolah jatuh longkang lalu report card basah lah apa lah. kahkahkah. Teringat pulak dulu, rasanya famous case anak tiru sign mak bapak. hamboi kekecik dah pandai ye. aipp. ha sekarang celik mata je makpak korang boleh check kat internet.

source: Google

Jangan jadi macam ni naa


Jangan macam macam ye adik-adik. Ni untuk masa depan korang jugak. Dan kepada para ibu bapa harap boleh manfaatkan kemudahan ini seeloknya. Jangan 3 tahun sekali baru nak check pulak ye. hehehe

Sila share article ini jika anda rasa ianya bermanfaat. Semoga lebih ramai ibu bapa aware tentang SAPS Ibu Bapa ni. Bagitahu semua kawan kawan kat pejabat, jiran jiran yang tak baca blog tu. Hiks. Jom ramai-ramai check result exam anak secara online.




Comments

  1. Yup. For me memang penting lah pantau result anak ni. Sebab bebudak ni kalo ada yg xpantau mau dia x study . tsk

    ReplyDelete
  2. Ank yg sorok result dr mak pak :) mng bguih la ad sistem ni :)

    ReplyDelete
  3. Haa. Haritu adik ipar ada cakap jap nak buka website nak check result. Terlopong la mak buyung ni... Bagus betul boleh check. Siap ada rekod result lepas-lepas lagi.

    ReplyDelete
  4. BlueHost is the best web-hosting company with plans for all of your hosting needs.

    ReplyDelete

Post a Comment