Jangkitan Kuman Di Paru Paru

alamak, sound so serious. Okay lets change to lung infection.
 
Okay I dah start demam I think 2/12. masa tu I Medical Leave kan. Lepas tu 5/12 I datang period ( routine I each time period akan demam, letih nokk demam tetiap bulan) so I assume okay lah. Kan I stress kerja seminggu. Demam I on off, kejap sejuk menggigil. Tapi badan tak panas langsung.  batuk memang teruk
 
sampai lah 19/12 I taktahan sebab dah muntah ubat ,pahit gilo so I heret my dad hantar pergi klinik 5am. and doc kata I low blood. I think the reading is 90/60. And actually I think doc tu mengantuk kot. hahaha okay I tak blame dia pun, tapi hopefully jangan salah bagi reading sudahlah. dia kata
 
 
 
"you blood is low. I takut you fainted je. I give you referal letter, you pergi check sana hospital"
 
 
 
I taktahu nak react apa. I dahlah mamai tak tidur. I nak MC and sambung tidur je hahah. okay takpe apa apa balik rumah dulu and sambung tidur. Kesian my dad pun tak tidur lagi melayan Lihin Maira. Around 8am I bangun, siapkan Ocin pergi kerja and gerak pergi hospital Ampang. Kena tukar 2 bus wehhh
 
kenapa tak naik cab? entah, whichever come first lah. I kan duduk dalam hutan , agak susah nak ada cab lalu.
 
Sampai hospital, I ingatkan A&E tu speacialist, rupanya emergency. Damn, lamalah nak tunggu. lepas screening, bayo singgit blablabla, I kena pergi amek darah
 
Time amek darah kan. hurmm. Honestly I takde problem pun yang buat tu MO ke HO ke practical ke apa ke tapi tolonglah jangan bergurau manja macam
 
MA 1: kau tau tak buat?
MA 2: tau lah. kau ingat aku apa?
MA 1: elehh yeke tau? tau cucuk ke? tak takut jarum?
MA 2: mestilah tau. takdenya takut
 
nak bergurau manja pergi lah tempat yang patient takleh dengar. I is seram. I bukan tak bagi you all bercakap. Nak borak ke apa ke buat lah. Tapi bergurau macam tu buat I seram. huwaa. Tapi tahniah untuk cik itu ( sebab I taktahu dia practical student ke MA ke apa ke) sebab dia cucuk tak meninggal kan kesan. macam speacialist lah dek. hahaah
 
 
 
 
Lepas tu kena jumpa doc. Doc cakap blood I takde problem. at first kan dorang suspect dengue tapi Alhamdulillah lah okay. lepas tanya itu ini, dia suruh I buat XRay. debor jugaklah first time buat.
 
 
 
Tunggu turn kejap je, bukan ikut number pun. Ada 1 male doctor panggil I. Tetiba I terasa ,SHIT lelaki ke? okay chill macam I tak pernah beranak pulak kan. Tapi tu tengah sakit, yang ni I sihat walafiat.
 
Masuk bilik tu , dah macam operation room. I ternganga jap then that male doctor approach me and suruh masuk 1 small room, tukar baju and bukak bra semua. I bertindak mengikut arahan la.
 
Baju macam dalam operation room. I try my best untuk ikat tali belakang tapi ah susahnya. so pakai depan belakang terbukak. boleh? kain warna hijau. I sempat snap pic sebab jakun sangat. kahkah.
 
Rambut I kan mengurai, so I sanggul je lah. Then time nak keluar another male doctor senyum ,macam baya I je -,-'' tanya nama and suruh tunggu. pffttt berapa ramai doc lelaki daaa. Then after few mins (dia bagi laluan orang lain dulu kot) then dia suruh I keluar
 
Okay nasib baik tak payah baring atas tempat tu. Kalau tak trauma kena czer I datang kang. Tapi pelik I kena pergi kat 1 board ni, letak dagu and rapatkan badan lah. I think 1 doc (the first one) dalam bilik ada cermin. Dia yang arahkan rapat dagu blablabla. Tangan I letak kat belakang macam orang berkawad. oh dia tanya "confirm you not pregnant?" I said no
 
Then sanggul I terurai (dalam hati I habislah rambut I rosak kang), so datang the second doctor, tolong ketepikan rambut I. And gerakkan kedua dua tangan I ke sisi board tu.
 
pheww. Okay the procedure sekejap je and tak seteruk disangka. Tapi tu lah, malu lah. I kan dah jadi pemalu since beranak pinak ni.
 
Okay then I have to go back to emergency zone. tunggu doc panggil
 
Doc tunjuk bright (white) spot, itu lah infection. tapi nothing serious. Dia akan bagi antibiotic and ubat batuk if after 5 day tak okay dia suruh datang balik.

I asked for Medical Leave. As expected memang susah nak dapat MC from governement hospital, saja je try my luck.

"I cannot give you MC. They will query me why I provide you with MC sedangkan blood you okay, you still can walk and can go back to office. I can only give you time slip until 3pm, then pandai pandailah ye"

-___-

Okay lah I tau memang procedure nak buat macam mana. Bukan salah doc tu pun. I teringat masa zaman sekolah dulu , entah cikgu mana entah bijak sangat cakap hanya MC gomen klinik diterima. Lepas tu I gastric teruk, pergilah KK. Tapi pergi masa dah kurang lah sakit. Then doc cakap

"ohh saya tak boleh bagi MC sebab awak dah sihat. lain kali datang masa sakit, bukan masa sihat"

I dengan Mak I terkebil kebil dah time tu. hadoiyai. tu memang first and last I pergi sana lah.

okay back to the story, tak pasal pasal I kena tolak cuti lah. nasib ada cuti kalau tak kena tolak gaji. Actually I boleh je pergi klinik panel buat muka tebal mintak MC. Tapi malas, I dah tak larat dah T_T nak pengsan. Kepala pusing pusing.

 so ini je lah bukti untuk HR office I. maklumlah bukan senang nak bagi orang percaya ye tak. selagi kita ni bernyawa, selagi tu lah kena buat kerja. orang sakit pun tak boleh. haih susah

 
sampai sekarang I masih terbatuk. But I think , my kahak dah bukan green. I think tu dah okay lah kot. Paling penting I taknak anak anak I menjangkit. Lagi susah kalau budak yang sakit
 
Till here, Toodles, Xoxo


Comments

  1. Get well soon my dear ! Sakit itu penghapus dosa. Rehat banyak2...anyways, kelakar juga lah part doc suruh datang masa sakit bukan sihat. Haha! I pernah gak dulu masa keje..sakit tak leh nak drive. Masa tuh Uber ke Grab car ke tade...dah sakit camno nak bangun gi klinik sesorang. Bila dah OK sket, baru lah gigih drive jumpa dok nak amik ubat and MC. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. gws dik.... teringat masa aiyan 2 bln dulu mule2 dia di susupek kene jangkitan kuman kt paru2 lps dh msk ward baru tau dia ada jantung berlubang...

    bgs jgk awak pg kt hospital, kt sana dia cek detail... apa pun jgn culas mkn ubat n banyak rehat ye dik...
    terasa tua sgt tgk umur awak tu yg beza 9thn ngn akak

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, mommy cici! Eh yela dulu masa sekolah pun pernah dengar juga mc klinik kerajaan je yang diterima.. hahah.

    ReplyDelete
  4. moga cepat sihat syg...kesian u..i leh bayangkan pakai baju hospital tu cam.na

    ReplyDelete

Post a Comment