Maira's 24 Month Injection

Holla.
 
I think early this year I baca viral in Facebook yang pasal 18 month injection ditunda ke 24 month. so I tak bawak Maira last May lah. then hari tu I cari surat pekeliling yang viral tu dah takde. dead!
 
Officemate Ocin siap cakap nanti tak boleh masuk sekolah lah anak anak depa semua dah inject lah. hadoi tekanan gua.  dok google sana sini, okay jumpa pun. Maybe yang baya Maira tapi dah inject 18 month tu sebab dorang lahir awal tahun and dapat injectoion before surat tu keluar. Viral tu pun end of last year.
 
Okay lega. Macam biasa, I pilih Dr Ong. sabtu tak ramai orang.
 


 
 

risau je kalau tertonggeng.
Ramai tanya I bagus sangat ke Dr Ong ni compare to others.
 
Lol. Dr Ong ni Paed. kalau nak compare dengan clinic biasa, mestilah I cakap bagus. selalunya anak I bawah 2 tahun I akan bawak jumpa Paed sebab I suka mintak advice(mostly budak bawah 2 tahun takde ubat) Kalau si Abang, klinik 1 Malaysia pun dah okay. kahkah.
 
kesesuaian ubat. I taktahulah wujud tak istilah ni. Tapi so far kalau amek ubat kat sini, memang cepat je baiknya. I taktahulah lain budak lain badannya ke apa ke.
 
I suka Dr yang boleh menjawab segala persoalan I. Tapi tu lah. kenapa anak anak I cukup takut dengan Dr Ong. si Lihin tu sebut nama pun dah takut -___- 


kalau nak compare kan , memang complete lah checkup kat sini. macam KKIA jugak cuma masalah problemnya, I tak rajin nak menunggu. Kalau I tak kerja & boleh drive sendiri maybe I pergi lah KKIA. and one more thing, sini semua dalam 1 bilik je. Takyah buat 1 pusingan . ahhaha
 
Biasanya kalau nak injection, Dr Ong akan check demam ke tak, check paru paru, perut. Lepas tu dia suruh timbang.
 


I nak tergelak tengok Dr dan Atuk berganding bahu angkat Maira. sorry ler Mommy tak dpaat angkat T_T


Lepas tu pergi another room untuk check panjang and ukur lilit kepala. Then baru proceed dengan injection.
 
Maira tak nangis langsung. Cuma tu lah masalahnya tengok muka je dia nangis 0,o. 



and one more thing, lepas injection Doctor akan tolong kita follow up perkembangan anak kita. dia akan tanya dalam umur ni apa kebolehan budak tu , contoh 3 month dah boleh senyum ke nampak orang ke tegak kepala ke. so dari situ I lega dan tak rasa ketinggalan lah
 
Hari tu bila dia tanya pasal Maira, I cakap lah dia belum bercakap. berkerut dahi Dr Ong. I pun dah risau. Then dia buat few test.
 
Dia suruh shake hand, hi-5, and dia tanya I few things for observation lah. then dia kata Maira is confirmed not autistic baby. but she need stimulation to talk. Abang dia maybe tak boleh jadi kawan sangat since boy prefer to play with boy. dia advise suruh hantar Maira pergi play school. adoi -__-
 
 
Lega bila dengar dia normal. ye lah, walaupun I ni hati konkrit, tapi dok dengar orang compare dengan anak masing masing risau lah jugak. hari tu bab jalan . ni bab cakap pulak. agaknya ni lah perasaan orang bila orang dok tanya pasal bila nak kahwin/ bila nak dapat anak ye? rasa nak lempang je. hahahahah/

harga? RM 170 . affordable kan. I think klinik biasa pun RM 110. Mahal, dah lah doctor takleh nak menjawab soalan soalan I-_- paling gempak jawapan yang I pernah dapat,
 
"taktahulah"
 
"maybe lah"
 
-___-  



Jom pergi breakfast dengan Atok
 
*you all ada bagi rotavirus untuk si kecik tak? Kat sini quite expensive for me RM 300 /dose. and kena amek 3x dalam masa setahun kot. matik ler RM 900 -__-
 
lepas tu kalau you all tanya ke-halal-an tu I tak berani komen, takkan I nak tanya Dr pulak kan. tapi yang I tahu, klinik biasa area taman rumah I RM 100/dose. murah kan?
 
tapi Lihin and Maira tak amek pun. :D
 
** Maira is 13.5kg (overweight) so doc ask me to stop susu immedeately. katanya oversea biasanya bagi fresh milk. fuhh! and she is 88cm. panjang. yes, baka Mommy kot. hahaha

Comments

  1. I dah lepas stage check up sumer ni. Tunggu the boys 7 yrs old pulak..inject ape ntah lupa. Biasanya I akan ingat nama injection sehari sebelum, masa kejadian dan beberapa selepas kejadian. Lepas seminggu..GONE. I lupa terus. Hahaha! Bab compare perkembangan anak memang mak2 sensitive sket termasuk I. Jadi, I pun takkan sibuk gi tanye dengan muka simpati " eh! tak boleh cakap lagi?"..huwaaaa...pang! pang ! Pang!. Kawan I ade kena macam tuh..during raya. Then, die hilang mood terus naik atas tido dalam bilik. Kah kah kah! kesian kan? Ape pun...Comel ajer Atuk and Dr Ong bekerjasama tuh..macam sesuai sangat. Comel tau Maira dengan handbag die tuh.... :)

    ReplyDelete
  2. hehe..betul tu..doctor yg dpt menjawab soalan kita adalah doc pilihan..i tengok doc tu n atuk dah macam sama dah...maira budam comel..moga membesar dgn sihat ye syg..aunty syg maira..muahh

    ReplyDelete
  3. kalau klinik swasta mmg agak mahal tp worth it lah... sbb dulu masa aiyan kecik2 pun akak enjek dia semua kt kenek swasta... kenek yg ada paed, lg puas hati kot... dia jwb apa kite tanya, dia ckp elok2 tak la dia dok marah2 mcm segelintir kt kenek kesihatan

    nengok gaya maira ngn topi tu comei sgt... ptt lah mommynya tak blh nk angkat boleh tahan brt tu, udahla mommynya kecik

    ReplyDelete
  4. Since susah nak dapat stok vaksin untuk 3 bulan kat private clinic haritu, terus I buat dekat KK. Tapi hazabedah nak tunggu lama. Bley tahan juga berat anak dara ni ☺

    ReplyDelete
  5. Oh bagus sebenarnya terus pergi kat paeds je. Tentang perkembangan tu kan, yela selalu juga kita risau adakah dia ni lambat progress ke apa kan..

    ReplyDelete

Post a Comment