Family Day 2017

Molly Fantasy Di Jusco (Aeon) Maluri

Holla uolls

Lama betul I menyepi kan. busy lah. nak scroll IG pun takde masa nok. next week colleague I pergi Ausie, lagi lah I tak dibenarkan sakit MC ke apa ke. -.-. kiranya die die also I have to sit at the reception lah. wah gitchew tau. sayang sangat company ni

Okay Last Monday I amek cuti semata mata for Maira's birthday. Plan nak bawak playground KLCC, elok je park kereta terus hujan. Okay tukar plan. bawak pergi Maluri jelah.

First thing first, nampak arcade game Lihin dah excited. kad yang comel tu deposit RM 2 lepas tu kena topup lah. Mula mula I topup RM 10, confirm tak cukup lah. hahaha.





Kesian jugak Maira, bukan semua benda dia tahu main. ni main tembak tembak, confirm Mommy dengan Abang yang main.hiks.

I terkejut gila sebab betul betul ada air memancut. =_= takut kena kejutan elektrik kang, naya je. hahaha. syok gak main tapi sekejap je.



Ada 2 machine. each machine ada 2 water gun. Tapi I on 1 je lah. Nak on lagi 1 kena swipe lagi RM 2.  dua dua tembak air padam api. jadi bomba jap.




 Lihin suka sangat naik benda ni berapa kali ajak repeat. Alhamdulillah anak Mommy nak jadi pilot. kahkah. Kesian Maira blur blur. dah lah tak dapat pegang stereng tu



Yang ni I paksa jugak Maira duduk depan. comel je. Lihin dah resah kat belakang. Maira tak pandai sangat pusing stereng tu. 



 Benda ni kena main langgar langgar carrot la tomato la. each time langgar dapat poi



Next, bus Japan ni. Kenapa bus Japan sebab semua dalam bahasa Jepun and I is tak paham . oh bukan bahasa, tulisan T_T entah apa dia suruh buat pun I tak paham. Main goyang goyang stereng je lah. besau sungguh. macam stereng bus betul betul. hehehe


Lihin sibuk nak motor besau. I suruh la dia naik tapi dia bukannya reti main. I pun blur blur jugak ni. I tau dia ala ala Daytona tapi entah macam mana I pusing pusing, sekali WRONG WAY. kahkah malu mak nok. bebudak sebelah tengok je. agaknya dia tengah fikir apa jadah aunty ni tengah buat.

Nak cover malu, I marah Lihin >,<

I cakap 

"abang ni, Mommy dah cakap Abang taktahu main. dah dah jom"


Maira memang suka moto besau, sibuk nak main jugak. hadoi anak dara Mommy



 Maira macam teringin naik kuda ni. Dia dok pegang pegang. I paksa Abang teman dia. Lihin muka keterpaksaan sangat, belum habis pusing dia dah sibuk nak keluar


Next, nak try indoor plaground.

Ni first time I try. Not bad. I suka jugak konsep per hour ni sebab my kids kan cepat bosan. Lagipun bukannya besau pun , takde benda nak explore.


Kereta ni lah yang Maira nak sangat kat Jalan Jalan Japan tu. ha amek kau . Main lah puas puas.


Mula mula masuk tak ramai orang lagi. So I pun bahagia lah. Lihin taknak tinggal kereta yang ni sebab ada siren polis kat atas. Dia pretend macam polis tengah kejar orang, siap stopkan orang and tahan lagi. Pastu bebudak tu taknak layan dia. kahkah kesian anak Mommy


Gegirl berani. Dia jalan sorang je. Actually boleh je I nak ikut sekali tapi kena tunduk


I terasa nak join, tapi malu ler pulak. hahaha Takpe nanti Mommy try adult punya. 


Ni Mommy paksa je ni . Dia tak berminat langsung masuk dapur. hahhahaha


They are happy.  I am happy. We are happy. gitchew. 


Suka pulak dia main cak cak. 

Dulu masa kecik, I suka betul kalau ada rumah macam ni. Pretend play doll house. kalau ada geng lagi best. main rumah rumah. 


ada Lego area. Tapi parents yang banyak duduk sambil gayut telefon. Kang aku duduk atas ko kang. semak je -,-'' pergi lah kerusi yang disediakan , kenapa kena duduk kat tempat budak nak main. grr.



Cakap pasal parents kan. hadoi ada 1 budak ni I think he's older than Lihin. Maybe 5,6 years old. big size and taller than Lihin of course.

Dia jenis lincah active. lari sana sini. Okay lantak dia lah. Lepas tu masa Lihin naik kereta polis tu, dia datang dari belakang and angkat kereta tu. Okay can you imagine. Muka Lihin dah takut dah time tu. Boleh imagine tak anak korang dalam kereta tu and belakang terangkat. I sempat imagine macamg gorila ganggu manusia.

Lihin muka takut budak tu sengih sengih. I pergi kat dia and tanya

"eh kenapa you angkat kereta dia?"

dia lepaskan and sengih sengih. Okay biarlah. lepas tu masa dalam tempat balls tu dia amek topi Lihin and buang. Lihin dah nangis nangis dah suruh Atuk amek kan sebab dia takut. Okay I diam lagi

Lepas tu masa Lihin dalam kereta polis tu, dia macam tengah statik kat satu tempat berangan lah kot. Dekat dengan kereta Lihin, ada baby I think 1 year plus macam tu atas baby ride car. Si gorilla ni turun gelongsor lari kat Lihin and tolak kereta Lihin dari belakang and Lihin pun terlanggar baby tu and baby tu jatuh, melalak kuat gila.

I apa lagi kejar lah budak tu. tapi dia lari kat dalam gelongsor yang terowong tu. sambil kejar I mencaruts (hopefully takde kanak kanak yang dengar aunty punya 3 bakul carutan). Okay tak dapat kejar, I pegi lah kat Mak baby tu.I taknaklah dia ingat Lihin yang tolak. That lady tu kata "takpe takpe". anak dia dah melalak macam nak terkeluar anak tekak dah. hadoi, Lihin tak apa apa. Tapi kalau Lihin yang melalak macam tu, taktahu lah apa I buat

I ajak Lihin and Maira keluar. tensi gua . sambil nak keluar I intai jugak , nak tau family budak gorilla tu.

OHHH BAPAK ATUK NENEK DIA MEMANG ADA SITU, TAPI SIBUK MAIN PHONE. 

tolonglah parents, janganlah hadap phone je. Kalau anak ko jatuh sorang sorang tak nyusahkan orang lain takpe, ni membuli anak orang pulak. and mustahil lah dia tak nampak anak dia buli orang and insiden I kejar anak dia. dia tak endah je ke? and kalau dia betul tak nampak, memang elok cabut je mata tu Bang!


Okay la overall permainan kat situ berbaloi la dengan harga. Memang takkan stay lama pun. As for me, I lagi berminat dengan arcade kat luar tu. Cuma tinggal nak topup token bebanyak je. hehehe

Comments

  1. Menarik...anak sy pun ada main mcm ni..sy ada kad topup molly habuan anak sy maun dgn sepupu dia..kat Aman Central..Alor Setar

    ReplyDelete
  2. seronoknya ank2 main..
    syurga kanak2..mmg happy lah..

    itulah... perasan jugak..selalu ade parents y camtu... ralik dgn hp..smpai x ambik tahu apa y ank main/buat time tu

    ReplyDelete
  3. biasakan skang ni kononnya nk bg ank main sesuka hati, pdhal nk lepas tgn bleh main phone --' duhhh. paling benci orang cam tu. kualiti time tu tkde dah. pastuh ank jd gorilla gitu, dia tk de pn nk tgk ke ap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan mek. Letak hp ketepi la sekejap pun.. huh.

      Delete
  4. comei sgt tgk maira ngn topi gitu... sesuai sgt...

    bdk2 nk main kt tempat camni mmg boleh... tp kene ada mak or bapak yg pantau, tak blh nk biarkan je diaorg main sorang2...

    itu yg nnti ada yg terusik terkacau anak org lain, sbb akak pnh nampak ada mak pak pakai tinggal je anak dlm situ pastu depa pi supink... eh2 senang kan..

    nsb lah maira ngn lihin tu awak tunggu dik, klu tak ntah camne lah kan... kadang dh tau anak tu main ganas pantau la betul2, jgn la sampai mcm membuli anak lain lak...
    geram kan

    ReplyDelete
  5. I baca awal-awal, eh ni bday maira ke lihin ni. Yang banyak main macam si Lihin je... hahahah. Tapi dia lagi seronok indoor playground eh.

    Pasal parents on the phone tu.. hm biasa tu. Kat swimming pools pun selalu i tengok..

    ReplyDelete

Post a Comment