My New Year Resolution And Whishlist

Kahkahkah
 
gatal. nampak orang update pasal resolution, I pun nak sibuk nak jugak. I bukan jenis yang suka plan sesuatu untuk jangka masa panjang. Dan juga apa yang I rancang adalah lagi privacy daripada gambo IC I. wah gitchew. So this is just random thing / whishlist lah ye.
 
takdelah kang you all pelik pulak apa jadah azam mengarut
 
1- Maintain 50 KG
 
Yes, tapi terus terang I tak concern sangat pasal berat badan. Asalkan I tak perlu tukar size seluar then okay lah. I paling malas nak beli office attire padahal kerja 26 days monthly. Entah.macam tak minat.  eh ni cerita berat ke seluar ke T_T Lamaaaaa dah tak timbang. next year lah I cari penimbang 20sen tu.
 
2- Two Blog Post Daily
 
Over tau. actually nak letak 4 tapi macam jauh panggang dari api. So kira 2 ni ngam ngam soi lah. Kalau satu post event, satu lagi personal. You all mesti rindu nak baca I bebel kan. hahaha
(cakap rindu cepat)
 
3- Calm
 
calm? Semenjak dua menjak ni I jadi cepat panas hati. I asyik rasa nak maki hamun orang. sangat tak bagus, kalau anak dara nanti takde orang nak minang kang. Ni dah mak orang nanti takde orang nak baca blog nak kawan. haihh entah lah. there must be something wrong somewhere.
 
Now penyewa dulu dah keluar. Its the time again, cari penyewa baru untuk apartment Mak I. kang tak tolong merajuk pulak. Tapi I menggigil tahan hati. Huwaa kenapalah you all ni, benda dah terang nyata bersuluh tulis deposit berapa blablabla kenapa kena tanya lagi. Dah tulis area siap nama apartment dengan gambo signboard lagi I letak, tanya lagi area mana.
 
Yes, I rasa mesti ramai yang jenis list bebanyak lepas tu simpan ada masa baru call
 
Tapi tolonglah. Rasa nak gigit je handphone -,-'' Nak buat listing tu tulis la nama tempat, deposit berapa blablabla. tolong ler organized sikit.
 
Ada yang bangsa delete chat ke apa taktahulah. baru seminit je lepas woi. tolonglahhhh. tu tak masuk yang marah I balik. I dah kata RM 200 + RM 200 + RM 50. dia marah

"aik kata sewa RM 200 je kenapa pulak kena bayar macam tu"
 
adoi
 
 
Tu panas hati dengan orang. Pastu dengan anak. adoi Lihin makin besar makin menguji kesabaran. I memang nak bawak dia pergi food review and he seems excited nak ikut Mommy pergi kerja katanya. tau tak dia buat hal T_T
 
and after that pun banyak lah hal dia buat. sampai nampak lampu pun excited nak tengok and boleh menimbulkan kemarahan I jugak tu. I piat telinga dia semalam. then I nampak dia slowly pegang telinga dia. haduii tertusuk kat lubuk hati I okay. On the way balik dia mengadu sejuk and I peluk dia kuat kuat.
 
Panjangnya bab ni. nampak tak kemarahan + kekesalan yang bersarang di lubuk hati T_T
 
psstt.. banyak lagi ye. Contohnya yang nak apply kerja tapi sebut nama company tak betul. adoiyai yes ppl do mistake. But please do your homework. You taktahu nama company tapi you nak apply kerja? semua fresh graduate okay. nama company JLPW dia jadikan JWP =.=
 
 
4- Financial
 
ini macam azam setiap tahun. I ni account manager untuk family I. Ocin tau serah je and semua I manage. I silap langkah sikit, terlebih belanja sikit. habis ler. I lah kena pikir berapa sen nak masuk saving, berapa sen nak berhuhahuha, nak lauk apa everyday. Mana boleh unta hari hari, bangkrup la hahaha.
 
So this coming 2017, I nak urus kewangan dengan lebih baik and sihat lagi. insha Allah.
 
5- Masak Memasak
 
yes, lepas deliver Ash I memang jaranggggg masuk dapur. I tidur pengsan terus sebab Ash la ajak I bergurau senda malam malam. and sekarang I still on medication so makan ubat pengsan. Ash Mak yang jaga. next year I akan jadi macam mommies yang lain, malam jaga anak but still can wake up very early nak prepare segala lunchbox.
 
err. dear laki, nak kitchenware boleh? I takde microwave lah. hahaha
 
6- Diaper Free, Milk Bottle Free
 
Yes, no more diaper for Lihin and milk bottle for them. I berjaya putuskan susu Lihin and Maira, sekarang nak latih yang lain. Maira I tak harap sangat bab diaper free tu. dia tak reti cakap lagi. Mommy pun kekadang dia panggil Nanny. (ke muka I selebet macam nenek tua?) hahahah
 
7- Basic ABC, 123, Alif Ba Ta
 
Memang impian I nak ngajor bebudak tu benda basic. I taknak lah nanti benda sesimple ni pun cikgu ajar. Tapi in order to achive this, I kena achive NO 3 dulu. Kalau tak, dedua I ketuk dengan senduk nanti. hahahaa
 
8- REGALIA
 
kahkah ni pun masuk resolution ke. okay la azam ringan ringan. Bila lah woi nak jejak Regalia ni. Ocin taknak bawak. padahal dah banyak hotel/serv apartment offer infinity swimming pool but I tetap nak jugak, RM 200 per night je you alls. Kalau pergi tag I ye. thanks. hahaha
 
9- Eat Clean
 
Lol boleh ke tak. insha Allah boleh. Maknanya kena kurangkan makan luar lah ye. Cook more healthy food. sesekali lah cheat day. Eh tapi homecooked pun kena less oil less sugar less salt. Boleh ?
 
10- Camera
 
Yang ni 2k kot. Yang latest 3k+ rasanya
 
 
Yes. I sayanggg camera pink I yang bersemut (refer IG) but at the same time I need new camera. Susah lah nak ambil gambar pakai handphone. I takmau lah tukar handphone dulu. My current phone dah banyak berjasa (jangan kau buat hal after post ni sudah)
 
Plus, dulu kan viral dalam FB, katanya "orang miskin pakai iPhone 16gb je". Kuang asam kan? ah takpe lah. I memang bukan kaya pun tapi I frust bila tengah snap gambo kat event tetiba memory full. chaittt!!! malu iolls tak pepasal kena gostan kejap pergi sebalik tiang, delete gambo. hahaha
 
I want Samsung NX 3000. Handsome oi. eh silap comel oi kaler pink lagi. Yang ni kalau extra vaganza duit lah. Untuk menyimpan dan membeli macam tak je. See how lah. ada extra extra boleh lah selit bawah lipatan baju . tempat simpan duit paling selamat. hahahah.
 
 
Thats all, whats yours?
 
Toodles, xoxo
 


Comments

  1. cantik gilooos kamera tuuuh . rasa nak masukkan dalam wishlist jugak .. tp ntah wishlist tahun bila baru boleh dapat .. ahahaha

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaa banyak tuh... akak doakan berjaya tp paling akak jeles tang berat 50kg tu huhuhu

    nngis balik tiang

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya! Akak x buat resolusi 2017 - resolusi yg lps2 pun masi byk yg outstanding! hihihi....

    ReplyDelete
  4. Banyak tu wishlist mommy. Moga tercapai :)

    ReplyDelete
  5. Rajin la Cici buat new year resolution. Good..good! I tak buat pape pun babe. Tak tau la kenapa. Malas ( tu yg sebenarnya ). Anyway, my resolution is..simple ajer. Apa yang i nak buat...must start with BISMILLAH. In the name of ALLAH. Nampak senang kan? tapi bukan sebab habit..jadi susah lah nak buat. Asyik terlupa lepas tuh salahkan faktor usia. Hahah! kena minum Anelene ke ape? Eh! anyway kan..bab rasa nak marah and geram tuh I pun pernah jer rasa. One of my usrah mate pernah share. Try zikir banyak2...sebanyak yang boleh. Especially..."Astaghfirullah hal'azim". InshaALLAH..it works! nanti you try yer my dear Cici yang comel suka membebel dan lawak! hahaha! Good lUck for all your resolutions!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka resolution awak. Baca bismillah sebelum buat apa2. Memang simple tapi itulah kan. Btw tq follow saya di Google plus. Komen2 awak pun nanti saya publish ya. Terima kasih banyak2 😊

      Delete
  6. Two blog posts daily! Hoi... bagi i dapat once a week pun dah bagus.. hebat mommy cici.. teruskan usaha!!!

    ReplyDelete
  7. You might be qualified to receive a Apple iPhone 7.

    ReplyDelete

Post a Comment