Family Day 2017

Day 1: Siapakah Saya

erkk macam essay autobiography pulak ye.
 
Okay I am 26 years old mother to 3 puffy pies. Start ber-blog 2009 .Previously blog I ialah Cici Tembikai (www.pingkyviolet.blogspot.my) lepas tu I tukar ke (www.cicitembikai.blogspot.my) Tapi I dah private kan. Sebab banyak benau gambo 30sx kahkahkah. so disinilah I berada sekarang



Mana dapat nama Cici ni?

 I tau macam nama hamster hahahah. Okay dulu zaman sekolah kami ada group/geng girlfriendsss lah. ada nama Jijiey, Lala, Dada, Rara, Bibi, Shushu, Juju etc. So I dapat nama Cici and kekal lah sampai sekarang. Zaman PLKN pulak kami tambahkan nama sayur/buah di belakang nama contoh Ain Petai, Mira Bawang, and sebagainyalah. so I Cici Tembikai hahahah Tapi I dah taknak lah tembikai. bila main online game- SDO bila kalah orang ejek I tembikai 1kg =.=

Btw, ejaan sebenar ialah Chichiey. macam panjang je. so I pendekkan Cici. thats why ada pronounce as 'Si Si' T_T
 
 I graduated from SEGi University Kota Damansara, Diploma In Mass Communication. Kalau you all tanya apa I belajar. entah I pun taktahu. >,< Time tu hidup nak enjoy. Nyesal nok! hadaplah ko hutang PTPTN. konon lepas kahwin I nak buat PJJ. hampeh. hahaha takpelah
 
Oh dulu kan time study lecturer tanya semua lah
 
" what is your plan after this?"
 
ramai cakap nak set up company sendiri lah, nak kerja dengan TV Station lah, nak further degree overseas la
 
and jawapan I
 
" I want to get married. Because my boyfriend's mom promise nak masuk meminang after I habis study"
 
kahkah ko boleh? terjojol bijik mata lecturer I hokey. sekarang tengok ramai dah berjaya. ada bukak company sendiri, study oversea etc. eh I pun berjaya jugak. berjaya beranak bebanyak T_T
 
Oh btw time study dulu BFF I termasuk lecturer tanya kenapa I tak suka budak. Lecturer I dah la ada anak comel gila. I know they are cute tapi entah. Then now bila dorang tahu i kahwin and beranak dulu dorang bantai gelak. kfine.
 
I kerja receptionist di legal firm somewhere in KL. Tapi fact about me ialah I tak suka angkat call. Sebat je lah janji ada permanent job. Kalau personal handphone, ko call lah 18juta kali I memang malas nak angkat. ahhahaha.  I suka make up,hotel,photography and I am family person. apa apa benda mesti ingat family. Payment blog masuk ke gaji masuk ke nafkah masuk ke semua I dulukan anak anak and parents.


 
I ni walau orang cakap I gedik gedik manja hakikatnya I garang okay *buat muka cikgu displin*
Anak anak I tau lah I garang macam mana. Tahun ni salah satu resolution I ialah nak cuba bertenang. Baik I akan cuba sedaya upaya. *ganbatte*
 
Goals I ? hurmm I jarang letak long term sebab I ni jenis tak tetap pendirian. dulu I set kan by 30 but now pun dah 26 years old  so I nak set by 35 la -,-'' By 35 years old I nak duduk rumah goyang kaki. boleh tak lakiii? kita janji iron baju awak cantik cantik. seluar semua kita bagi tajam. kalau ada perempuan nyondol kat awak, terus tercalar peha dia yang confirm tak secantik peha I. hahaha.
 
Okay tu je kot setakat ni. you alls jom lah join. Tak terlambat lagi ni. hehehe

Toodles, xoxo
 

 


Comments

  1. 26, mother of 3. ini hebat ! serious. sya anak sorg pon kdg2 hangin berbulu satu badan. huhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wahh.. Nak join gak. Menarik lah!

    ReplyDelete
  4. waaa..muda remaja lagi mummy cici rupanya..
    nama panggilan tu unik2..tp menarik.. hehe

    ReplyDelete
  5. wahh..i baca ni dengan penuh khusyuk..senyum sorang2...hehe i enjoy reading ni..yes bab cici tu i tau dah..napa nama u tu..bab tembikai.??hakhka..seriueskelakar

    ReplyDelete

Post a Comment