Day 9: Seseorang Yang Membanggakan

Holla
 
alamak confuse sikit. 'seseorang' tu single ke plural. wah gitchew.
 
I pun taktahu nak pilih. tapi kalau bab membanggakan mesti family I
 
1) Mak
 
The strongest woman on earth (selain I) dari jaga I, sampai jaga cucu cucu. I suka and seronok dengan cara my mom jaga and handle I, walaupun agak kasau like you know Melakau kan. hahahah . Dulu zaman puppy love, frust menonggeng kena tinggal Mak lah pengubat luka. Heret Mak ajak tengok movie kat KLCC, ubat hati luka gitu. Ala zaman dah kahwin pun sama je lah, I love you very strong lah Mak

Macam I pernah cerita, dulu masa pantang Lihin memang I meroyan kaw kaw.Thanks to Mak. Kalau tak, entah apa lah jadi sekarang
 
2) Abah
 
Ni pun the most strongest& coolest person in the world. I tak pernah tak dapat apa yang I mintak masa I kecik dulu. segala benda I nak semua dapat. makanan, handphone,baju,komik semua lah. sampai orang tak percaya bapak I ni kerja driver je
 
Macam mana lah Abah berkorban semua tu. I ni baru kena korbankan make up demi anak anak pun dah rasa geletar tangan


3) Lihin, Maira & Ash

I bangga dengan setiap apa perbuatan mereka ( obviously yang baik baik lah). Apa apa step diorang buat, sambungkan 2 perkataan ke, melompat ke semua I bangga. Walaupun orang dok complaint

"laa baru boleh buat tu je?"
"laa slownya. anak I dah boleh blablabla"

 nevermind, Mommy bangga dengan segala apa yang you all buat. rasa nak update setiap benda.

4) Ocin

Bangga sebab tak sangka jadi laki aku! kahkahkah. Ingatkan relationship yang sekadar main main, nak seronok, nak teman takde penghujungnya. Masa mula-mula langsung tak nampak inisiatif. Suruh kerja taknak, itu taknak ini taknak. DOTA 24 jam. Tapi tulah, Allah lebih mengetahui

5) Diri Sendiri

I bangga tak sangka I jadi macam sekarang and berada di sini sekarang.

Mungkin I tak capai cita-cita I suatu masa dahulu, mungkin I tak capai impian I satu ketika dahulu tapi I tau Allah bukan bagi apa yang kita mintak, Dia bagi apa yang terbaik untuk kita. Dia lebih tahu

Okay tu je.

Todles, xoxo

 

Comments

  1. nice writing....kita kna bangga dah hargai dgn apa yang kita ada dan org2 disekeliling kita.

    ReplyDelete
  2. sy pun bangga dengan mak dan ayah sy :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. Famili kita la orang yang paling kita banggakan.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Bila baca satu-satu sudahnya one whole family yang dibanggakan! Hahahah.. Tapi it's a good thing. Hargailah dan banggalah dengan family sendiri 😊

    ReplyDelete
  5. yeahhhh. haruslah family yang nak dibanggakan. hahahahahaaa

    ReplyDelete
  6. No 5 win babe ! Bangga dgn diri sndiri wlaupun tk setanding org :)

    ReplyDelete

Post a Comment