Movie Review: Dorm Melati (2017)

Sapa minat horror movie angkat tangan

 
Last I Tuesday I got a chance to watch new horror moview from Metrowealth, Dorm Melati. Okay jom I share serba sedikit jalan cerita Dorm Melati
 



 

 
 
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Nadiah Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana dan Syaa Nasir ini mengisahkan tentang lima sahabat baik yang memilih Dorm Melati sebagi tempat Summer Camp mereka kerana tempat itu agak mencabar dan sifat ingin tahu yang tinggi tentang cerita Hantu Melati.



Adam (Aedy Ashraf) berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hantu Melati yang diperkatakan. Sampai sahaja di sana, satu persatu mula mendapat gangguan. Tertekan dengan gangguan tersebut, Adam mencabar kewujudan roh Melati untuk munculkan diri. Penjaga Dorm Melati pernah berpesan 'jangan buang masa cari tempat lain,takut diri sendiri tak terjumpa', membuatkan mereka benar-benar hilang kawalan. Mereka juga cuba mencari jalan keluar tetapi gagal.  Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Zafira (Nadia Aqilah) hilang secara tiba-tiba disorok Hantu Melati.




Siapakah sebenarnya Melati? Adakah rohnya betul-betul munculkan diri? Adakah Zafira dipulangkan oleh roh Melati? Dan adakah kelima-lima mereka dapat keluar dari Dorm Melati? Jom kita saksikan Dorm Melati di pawagam berhampiran  anda, 12 January 2017.



Peminat cerita seram, anda WAJIB tengok cerita ni. Penuh dengan babak suspen dan tanda tanya yang perlu dijawab.

Cerita banyak-banyak tak best. Jom ramai-ramai serbu panggung .

Comments

  1. Nani kalau nak tengok cerita hantu ni kena fikir patploh kali dulu. Hahhaa. Dasar penakut :D

    ReplyDelete
  2. kalu cerita seram mmg penakut, nanti dok teringat je..nak pi dapur pun takut..acaner

    ReplyDelete
  3. nak sangat tengok citer ni tapi takut. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment