Mana Nak Cari Kesabaran Ni?

Holla 2017




I tak minat jadi cikgu. Tapi I selalu rasa tabik spring bertoing toing kat warga pendidik. Yes! I wonder how and how and how diorang boleh bersabar mengajar lebih 10 manusia. Lagi hebat pre school teacher. weh dahsyatnya. I sendiri menggigil menahan hati dan perasaan
 
Berbalik pada New Year Resolution, I nak ajar Lihin basic thing la. So last weekend I beli buku untuk dia belajar menulis. Nak tulis satu huruf je pun. Banyak alasan dia. ngelat lebih!
 
"Mommy , Abang tak pandai lah"
 
"Mommy, kejaplah"

"Mommy, Abang nak muntah/nak pee/nak berak"

"Mommy, apa tu Mommy"

tercungap I menahan gelora di jiwa. Banyaknya alasan.

Mula mula I dah terjerit jerit dah. Nanny bisik, "ajar budak mana boleh macam tu"

hurm betul lah. I tengok mata Lihin pun semacam. nak menahan nangis nak lari agaknya

So I tenangkan hati, cakap lembut lembut

"meh buat sama sama dengan Mommy"

I pegang tangan dia and ulang few times. Dia suka lagi lagi bila I puji dia buat betul. okay betul. Berbeza dengan I buat awal awal tadi

I ajar 'A' besar je since I think I pun perlukan ruang untuk bertenang. Entahlah. I expect I ajar sekali je and dia boleh terus ikut kot =_=

Selain tu I ajar dia baca Bismillah jugak. I ulang ulang ajar and dia boleh sebut sendiri. Happy lah I.

Malam tu Mak gelak gelak. katanya

"patutlah kau beranak dia susah kan. agaknya kalau beranak sekali teran je, dah kau campak budak tu ke bawah kot"

hehe betul lah. everything happen for reason. Then malam tu I tanyalah dia suka ke tak belajar. Dia kat suka sangat. Pastu I cakap

Mommy : Abang suka belajar? Nanti Mommy beli buku banyak banyak ye

Lihin: Eh tak payah banyak banyak. Beli 1 je cukup

Mommy: err lorry? truck? kete police? Nak beli lagi?

Lihin: haah yang tu beli banyak banyak

=__=

Dalam kereta , I tanya dia

Mommy: okay Abang, before makan kita bacaaaaa?

Lihin: bacaaaaaaa...BUKU!!!

-_____-

adoi, kesabaran


Pssttt.. At first I nak cakap 2017 resolution dah FAILED! But naah, I still have 362 hari lagi. Tapi... mana nak cari kesabaran ni?


Comments

  1. wow...senyum.i baca...sungguh bagus mommy ajar lihin menulis..kalau mama alya...hemmm..malas nak cakap..bytheway..dont worry..lihin will become a good n clever boy...its sokay babeh..good try n started dahtu

    ReplyDelete
  2. hahahahahahhaa. ni comel. sya dlu pon payah beranak mak siap ckp ko ikot sape la yg payah naw beranak nih. hahahhahha. maybe kot, then kite akan appreciate more. hahahaha. adam baru setahon, ntah camne kalau turn sya nak aja ABC nanti :D

    ReplyDelete
  3. Good luck! Memang perlukan kesabaran nak mengajar ni... Sabar dan jangan give up okay.

    ReplyDelete
  4. Bijak.. Panjang akai..hehehe memang kena banyak bersabar mengajar anak-anak..

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  5. It's Ok Cici. At least you have tried and clap! clap! clap!. Now, you know your limit and his too. Lepas ni boleh buat lagi. kalau nak start with fine motor skill yang tulis-tulis tuh kan..start with simple shape dulu. Huruf2 tuh later pun boleh sebab nowadays most of KG kan ajar terus phonic. Huhuhu..part naik angin nak tarik rambut tuh I pun rasa jugak. Hahah! memang kena sabar banyak2 yerrrr...muahhsss!!!

    ReplyDelete

Post a Comment