Family Day 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

Sebagai ibu bapa di zaman serba moden ini, kita kena menitik beratkan pendidikan anak. Ini adalah untuk memastikan masa depan yang terjamin dan cemerlang. Di zaman serba canggih ini, kita kena betul-betul pastikan anak kita tidak tercicir dalam pelajaran.
 
 
Antara cara terbaik memastikan kecemerlangan  adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Yes! sebab dari situ kita boleh tahu perkembangan dan prestasi anak anak kita dalam pelajaran. Mana satu matapelajaran yang mereka lemah atau memerlukan bantuan

  mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputsan anak-anak, sekarang da mudah boleh cek secara online! Ha betul ke? Hebatnya teknologi sekarang ni semua di hujung jari je. Lepas ni dah takde alasan dah tak boleh pantau keputusan peperiksaan anak ye.
 
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. Ha hebat dan mudah kan? Kalau dulu ada 3 anak bersekolah, kena ikut turn terkejar kejar pegi jumpa guru kelas. Sekarang ni online je
 
credit pic: says.com
 
 
Macam yang I cakap tadi, sebelum ni ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis peperiksaan bagi mengetahui keputusan anak anak. Tapi dengan wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ni, semuanya dihujung jari je. Tak perlu buat appointment dengan guru kelas atau mohon cuti dari majikan.Mudah, senang dan menjimatkan masa
 
Sistem ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini direka oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara kita
 
Boleh klik link ini -> SAPS Ibu Bapa untk permeriksaan online.Anda digalakkan menyemak keputusan melalu laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. klik je link tadi ikut arahan. Mudah kan?
 
Anda juga boleh mengguna laman web rasmi yang lain tetapi ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu satu masa. Jadi website yang disertakan di atas tu akan jadi satu alternatif untuk semak keputusan anak anak anda. Lagi mudah kan?
 
 
SAPS Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online dan para ibu bapa boleh menyemak serta memantau keputusan setiap peperiksaan dari murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Selain itu, keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di kemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
 
Mudah kan? Jadi sekarang anda boleh semak keputusan anak anda pada bila bila masa, dimana jua. Sambil buat kerja kat pejabat ke, sambil masak kat rumah ke. Dengan adanya kemudahan ini, anda bolehlah terus ambil berat tentang pendidikan merka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai batu loncatan untuk kita mendidik anak-anak supaya tidak ada lagi berlaku keciciran dalam pelajaran. Kita juga boleh bertindak dengan pantas andai kita sedar anak kita lemah dalam mana mana subjek.
 
 
 
Jom share entry ni semoga lebih ramai orang tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ni dan bolehlah mereka semak secara online sahaja.




 

 
 


Comments

  1. Anak-anak tak boleh kelentong lagilah nampaknya pasni. Hihi

    ReplyDelete
  2. tapi best jg kalau gi sekolah, kalau anak dpt cemerlang dlm exam besar mcm SPM, PT3..adalah reporter tv/suratkhabar yg interview..hihi..tapi ada online ni lg mudah..

    ReplyDelete

Post a Comment