Family Day 2017

Alkisah Kempunan Pakapau

Nak cerita alkisah kempunan ni
 
Dulu time lepak Damansara I suka sangat makan Pakapau ni. macam wajib la. entah kenapa kat area rumah I orang tak tahu pasal benda ni.
 
Pastu time pregnant Lihin, dah sarat dah Ocin balik Damansara. time tu bawak duit ngam ngam je pastu dia tanya I nak tapau Pakapau tak? I apa lagi excited lah. Dia cakap dia tapau dengan teh ais sekali. perghh layan
 
Berjam jam jugak lah I tunggu. sekali dia balik rumah, pappp! tangan kosong. err mana nasi?
 
"ohh ala Bee, sorry lah. tadi hujan. I lepak jap. Nasi tu macam menggoda pastu I makan lah. Then baru teringat takde duit nak beli lain untuk you"
 
T_T
 
Taktahu nak ketawa ke nak nangis ke. Last last hasrat nak makan tu terkubur macam tu je sampai lah semalam lepak Penchala, makan kat Sambal Hijau. After 4 years okay
 
Tapi entah, tak umpphhh macam dulu. Maybe sebab kekecewaan yang lepas telah meruntuhkan rasa tersebut. wah gitchew
 
Nah. amek ni. I belanja gambo
 
bukan selalu dia gaul sekali ke? ke I yang dah lama gilos tak makan?
 
So kesimpulannya, kalau teringin apa apa time pregnant, cecepat cari. lambat sikit je, dah takde rasa umpphhh time makan tu. betul tak Mommies semua?

Comments

  1. Kenapa lah terbaca entry nih..terus rasa lapar..huhu
    Sedap ke? Saya tak pernah try...first time dengar Pakapau nih.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa Pakapau. Dulu dulu tak pernah pun makan tapi roomate Nani selalu order delivery Pakapau ni sampai terjebak sama. Haha

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa Pakapau. Dulu dulu tak pernah pun makan tapi roomate Nani selalu order delivery Pakapau ni sampai terjebak sama. Haha

    ReplyDelete
  4. Betol ! Babe, pakapau tu nasi dengan ape? Ape yg dia gaul skali tu?

    ReplyDelete

Post a Comment