International Women's Day At Stellavingze

 She's a daughter to her lovely parents
She's a wife to her patience husband
She's a mother to her awesome kids
She's a good listener to her friend

thanks Lili for the pic. Thanks to Fujiflm too >,<

Hebatnya seorang wanita

Baru baru ini, wanita di seluruh dunia telah meraikan International Women's Day pada 8th March 2017. I berkesempatan menghadiri forum yang bertempat di Stellavigne International. Antara VIP yang hadir ialah

 Tan Sri Datin Paduka Sri Hajah Zaleha binti Ismail
-Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)



Datin Azizan binti Haji Shariff
-Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga,Parlimen Lembah Pantai



Datin Noor Fezah bint Mohd Ashref
-Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang



Ms Wee Siew Ling
- Pengarah Urusan Stellavinge International



Tan Sri Paduka Sri Hajah Zaleha menekankan betapa uniknya seorang wanita itu kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Berumur 81 tahun, beliau tidak lokek berkongsi pengalaman bagaimana beliau membentuk seoranga anak kecil dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Si inspiring!

I sangat bersetuju dengan beliau dimana wanita yang berpendidikan itu mampu mejadi influencer dan mengubah dunia.

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizah menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.

Kebanyakkan wanita yang meninggalkan kerjaya sebenarnya memiliki kemahiran tersendiri. Tidak salah untuk menjadi suri rumah, tetapi dengan teknologi di hujung jari, kita boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.



Multitasking! Yes, itu yang kita boleh katakan terhadap wanita modern. Mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat tetapi masih menjalankan setiap tugasan dengan baik. Selain itu, Datin Noor Faezah juga sempat mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa kita sebagai wanita serta rakyat yang bertanggungjawab untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan memastikan kadar kemiskinan kekal di tahap rendah


Selain itu I tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh Ms Wee Siew Ling. Seperti ibu berkejaya yang lain, beliau menghadapi kekangan masa. So she is so generous to share her formula untuk kekal happy

Formula Kebahagiaan Wanita

(+) Kasih Sayang/Cinta (-) Kebencian/Kemarahan, (X) Kesyukuran, (/) Umpatan/Gossip

Jom kita sama sama amalkan formula ni.

Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air, mampu membiasakan diri dalam setiap keadaan. Namun, jangan mencabar wanita kerana lautan yang tenang juga mampu membawa tsunami.



Apa Itu Stellavingze International?

Kalau baca tajuk mesti ramai tertanya-tanya, apa tu Stellavingze?Apa fungsi Stellavingze ni sebenarnya?

Okay actually Stellavingze International diasaskan oleh Datuk Stella Chin, seorang usahawan wanita tempatan yang telah menempa nama di pasaran global. Pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij,beliau memahami perasaan wanita yang terpaksa melupakan cita-cita dan berkorban kerjaya dengan menjadi suri rumah. Oleh itu, Datuk Stella telah mencipta satu formula kebahagiaan wanita (formula yang I share di atas tu la)

Fungsi Stellavingze adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan kehidupan yang lebih bahagia.

Macam mana , menarik kan? okay next entry I dengan sukacitanya nak share tentang apa itu Stellavingze Smart Star dan Stellavingze Guiding Star

Apa Yang Ditawarkan Di Stellavingze

Comments

  1. wahh bestnya.semua tajuknya irda suka..sygnya xdpt join hari tu..huhu

    ReplyDelete
  2. wahh ramainya tgk rakan blogger join ni...

    ReplyDelete

Post a Comment