Family Day 2017

Random: Maira Dah Ada Boyfriend??

Holla everyone.
 
Lama pulak tak tulis personal entry kan? rindu nak bebel ikut sedap mulut
 
Oh hari tu I ada update kan si Maira dah boleh sambung dua perkataan. yeayy . Mommy is happy.

 
 
Ingat tak dulu I cakap Dr Ong pernah cakap she's confirmed not autistic baby cuma speech delay sebab takde stimulation je? Sepatutnya by 2 years old dia dah boleh sambungkan two words tau tapi dia masih lagi cakap seketul seketul macam
 
"akan" (makan)
"andi" (mandi)
 
so sekarang I think start this month la dia dah boleh gabungkan dua perkataan. Yeayy kena upah Maira jalan jalan ni. hiks
 
"nak andi" (nak mandi)
"nak acik" (nak nasi)
 
hiks Mommy beyond happy. lepas ni kalau dah becok macam si Lihin, pengsan lah kami. Soalan Lihin tu pun kekadang I tak terjawab.
 
Lepas tu Maira dah ada boyfriend hokey. kahkah taktahu nak gelak ke marah. kat sini memang ada sekumpulan bebudak 3-6 years old selalu panggil Lihin ajak main (Mommy je tak bagi). lepas tu there's one day diorang datang rumah lah panggil Lihin.
 
I tanya "kenapa?" semua bertempiaran lari. aikk. Aunty garang sangat ke? ahhaha
 
Then ada budak ni tak lari. dia dok tersengih depan pintu. Si Maira pun sama tercegat and tersengih. 3,4minit jugak lah dorang tersengih tu each other. Tak sempat snap gambo sebab I tengah tercengang. hahaha hamboi. ni ha kalau berani sengih dengan Mak dia dulu. bebudak semua seramm dengan I
 
then masa I nak bawak Lihin and Maira keluar, bebudak tu main kat depan lift. Sementara tunggu lift tu, Maira and budak tu dok sengih to each other lagi. Besar kecik besor kecik je I nengok. hahaha
 
Nanti bebila I snap gambar ye. Putih melepak budak tu, family pun baik je cuma I tak berkenan sebab adik budak tu lah yang nak baling Lihin dengan selipar tu. berani kau ye?
 
Hari tu masa dorang singgah depan rumah (nak ngecek mainan Lihin) I tanya lagi
 
"sapa nak baling Ilham dengan selipar hari tu?"
 
Masing masing tak jawab, terus capai basikal and lari.
 
I tau sapa, cuma I saja nak dia ngaku je. boleh? hahaha nampak tak buruk perangai dengan budak kecik pun nak dendam.
 
Tu baru nak baling, kalau dah baling taktahu lah macam mana I cari dia sampai dapat. ha tu baru selipar, kalau ada budak lukakan hati anak anak I?
 
akan ku lukakan /ku hiris jari jemari mu wahai anak kecil
 
>,<
 
Mommy ugut ni. kahkahkah

 

Comments

  1. hahahha dari kerana mata... itu main mata sengih2 tuh ye maira

    pandai dia, agak2nya ikut mommy ke daddy nyer nih...

    ReplyDelete
  2. wahhhh...ada tanda2 u dpt menantu awal ni bee...wah wah..nanti u bercucu awal..u masih muda bergetah gitu
    .btw insuka maira juga

    ReplyDelete
  3. HAHAHAH! comelnya lahai....boleh la mommy fikir nak tema ape nanti. All the best babe! HAHAHAH..

    ReplyDelete
  4. Se elok2nya jangan diajar dia bercakap pelat.

    ReplyDelete
  5. Hihi. Pandai dah sengih2 ya. apapun syukurlah dia dah mula pandai bercakap :)

    ReplyDelete
  6. Amboi haaa, cepat sangat ni anak akak ada boyprengg. ><

    ReplyDelete
  7. halah2. kecik2 da ada boifren. hahaha comel je

    ReplyDelete

Post a Comment