Family Day 2017

Shopee Melancarkan Kempen Terbesar | Cahaya Raya

Shopee Melancarkan Kempen Terbesar Iaitu Cahaya Raya
Kegembiraan Membeli Belah Dengan Potongan Harga Sehingga 90%, Hadiah Bernilai RM 50,000 dan Pelancaran Bayar Waktu Terima (COD) bersama Pos Malaysia


 
Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen hari raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM 50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima  (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya melalui pembelian atas talian

"Hari Raya adalah sambutan terbesar di Malaysia. Tahun ini,sebagai tanda penghargaan kepada pengguna kami atas sokongan padu mereka, Shopee telah melaburkan bajet terbesar untuk bekerjasama dengan kedai rasmi seperti Nestle, Unilever , Seng Heng, Huawei , OPPO dan ASOTV untuk menawarkan promosi untuk seisi keluarga tanpa henti," kata Ian Ho, Pngarah Uusan Serantau Shopee. "Malah dengan pelancaran Bayar Waktu Terima kami mampu mendekati sekumpulan besar pembeli atas talian pertama kali di Lembah Klang dari Tanjung Karang hingga ke Banting sekalipun untuk sama sama menikmati kegembiraan musim perayaan ini"

Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25 jenis produk dengan menikmati keseronokan membeli belah selama 45 hari



Sebagaimana cahaya aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang, Pertandingan 45 Days of Surpirse Giveaway (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM 25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang yang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make A Wish For Mom (Buat Permintaan Untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka teki Berapa DuitRaya, menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM 50,000

Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijabs Star Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi  untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dalam jualan mereka.. Kali ini kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputra dalam mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017) , Kuantan, Pahang ( 24 Mei 2017)  dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017)

Akhir sekali acara Hijab Star Recharge, satu projeck usahasama dengan  jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah  Fhatyah, Sharifah Rose,Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.

Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi,iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai

Comments

  1. wahhhh3 mcm ye skrg nih... sempena raya gitu

    banyak jgk nampak tawaran yg menarik... hadiah2 pun best3

    ReplyDelete

Post a Comment