Family Day 2017

Anak Dahi Terkoyak | Mommy Tak Risau Ke?

Benda yang tak pernah disangka, jadi masa birthday I. Lihin jatuh tersungkur, terhantuk kat dinding, dan dahi terkoyak. Aduhhh
 
Okay lets start with the chronology. masa tu 11pm+ I dah makan ubat batuk, mamai nak tidur. So I told Lihin
 
"Abang, esok kita tidur hotel. kita mandi kolam. Sekarang pergi tidur.Mommy pun nak tidur"
 
He said okay. so I pun lelap. But still dengar dia main dengan Maira.
 
Lepas tu I rasa macam my mom kejut
 
"Lihin jatuh berdarah"
 
I mamai and cakap biarlah. because I tot jatuh yang biasa. berdarah tepi bibir ke.Tapi I macam tak sedap hati sebab dengar suara my parents, I terus bangun. I nampak Lihin dengan garisan panjang di dahi.
 
dalam wehhh dalammmmm
 
 
Memang I terkujat sekejap. I nampak my dad pegang segumpal tissue penuh dengan darah. Panic punya pasal I marah dia
 
"wehhh apesal ni. Mommy dah suruh tidur ni jatuh pulak Ya Allah habislah berparut muka kauuu. Mommy dah cakap tak suka muka berparut kan"
 
Nampak tak panic punya pasal , parut yang I pentingkan. so sorry Lihin.
 
My parents sibuk nak letak minyak gamat and mintak I plaster. so dengan blur blur I pergi amek plaster then I tersedar. Kan bagus pergi clinic terus at least doc ada plaster lebar sikit and boleh cuci luka. so my mom dengan kain batik and baju kurung pergi klinik. Masa tu around 12am
 
I dah snap photo and send to Ocin. (He was out makan durian with his colleague). Dia terus call tapi we still gelak gelak lah. Then after hung up, klinik call I . Rupanya my mom nak inform yang Lihin kena refer ke hospital untuk Xray. OMG I thought it wasnt serious!
 
Ocin datang join them. I dengan Ash kat rumah, memang risau benau lah. Ocin did send few update before dia menghilang ( battery kong lettew). Untuk kurangkan nervous, I update lah kat social media. so pls jangan ingat I jenis update dulu baru take action. Dorang sampai rumah around 6.24am.
 
 
 
 
Lihin dapat full body bius ( macam nak czer tu wehhh) tapi dos rendah. Dia mamai jalan tutup mata. pheww.

Tak boleh glue sebab luka dia sampai tengkorak. so kena jahit :'(
 
The Next Morning [03.06.2017]
 
I sakit tengok dia sakit. I sendiri tak pernah kena macam ni masa kecik, tetiba tengok dia bertampal tampal. Nanny pun berair mata dah. Yelah kami memang emosi sikit
 
 
But the plaster memang besau sampai tutup hidung. Ocin try nak potong tapi tak dapat. kesian pulak dia naik juling mata tengok benda tu
 
Sebabkan kami dah book semua benda, so we proceed dengan plan asal je lah. cuma payah nak bukakkan baju dia semua kena slow slow.
 
 
I sedih tengok dia. dia suka mandi kolam, tapi dia kena slow slow takut terbasah kepala. ada sekali tu, dia macam nak terjatuh, I menjerit sekuat-kuatnya sebab risaukan dia.
 
kalau bukan sebab kepala berbalut, mesti dia seronok. Ocin pun pernah ajar dia menyelam, so memang tiap kali pergi pool, dia asyik nak menyelam je. lepas tu mintak record video dia. Takpe sayang nanti kita datang sini lagi ye.
 
 
040617
 
Time ni plaster besau tercabut masa Lihin tidur. Gelabah lah I. I try letak loy tape (yes clumsy Mommy) lepas tu Ocin cabut terus katanya takut infection. Malam tu jugak pergi klinik. Doc bagi yang comel sikit and extra 2,3 keping. My pet sis cakap ni plaster jenis bagus.
 
 
070617
 
Masa ni Lihin demam batuk selsema semua lah. Pukul 2am request nak mamak. I cakap boleh dengan syarat jumpa doctor dulu.
 
Doctor cabutkan plaster. Takut bertutup and tak kering. I is serammmm. Bila dia tidur I renung je muka dia. I takut tangan dia ter-sauk luka and bebenang tu. Dalam masa yang sama I sendiri rasa ngilu. Aduhai
 
 
 
090617
 
Supposedly hari ni bukak jahitan. pergi Hospital Ampang dia kata kena bukak kat KK. I ni sejenis bercinta nak pergi situ -__- so I tanya pergi private boleh ke? Orang tu kata boleh je memana. Okay so pergi ke Klinik Idham.
 
Dr Saripah tak silap I. berkerut dahi dia tengok. soalan pertama dia
 
"jahit kat mana?"
 
I jawab lah spital. dia cakap jahitan tak cantik -__- daging tak rapat. mungkin jugak sebelum jahit, Lihin kena inject and bahagian situ swollen so doctor tu tak dapat agak gap dia
 
I sedih, sumpah. I tanya perlu jahit lagi sekali ke? eh sangguplah I buat apa saja asalkan Lihin dapat treatment yang terbaik ( pls jangan promote medical card kat sini okay) Tapi doc kata tak payah. cuma macam lambat sikit nak baik.
 
Time type ni I memang taknak pandang gambau ni okay .
 
Disclaimer: I tak cakap government hospital tak bagus ye. I beranak dua kali kat Hosp Ampang. Cuma biasalah, doctor lain lain kan. or mungkin betul apa yang Dr Saripah cakap, time tu swollen so doctor tak dapat agak gap dia.
 
 
 Doc bagi krim ni. I tunjuk pet sis I yang kerja klinik tu. Dia kata ubat ni untuk tambahkan daging. I dah majal dah. Jadah doctor bagi ubat ni.
 
Maksudnya kalau luka jenis berlubang tu, boleh tumbuh daging lah. I try Google nama ubat, ye betul and kebanyakkan orang pakai lepas bersalin czer / yang ada problem lepas czer contoh jahitan terbukak ke. Semua bagi good review.
 
I took few days jugak lah nak sapu krim ni. huwaa Sepatutnya 3x sehari I buat sehari je. Takut daging tumbuh melebih pulak kang HAHAHAHA.
 
wehh rasa tajam tajam benang tu. nak terkucil I tiap kali pandang luka. Luka czer I sendiri pun, I taknak pandang. apatah lagi rasa. Ni anak punya pasal I beranikan diri.
 
 
180617
 
Hari yang ke 17. Masih belum bukak jahitan sebab I tunggu klinik yang adik angkat I kerja esoknya.  Klinik tu nurse dia lemah lembut sikit. hahahaa. takde lah. saja je
 
Lihin mengadu gatal gatal. dia asyik pegang je. I takut dia kena infection je. So each time dia mengadu gatal, I tiup (??) and sapu krim Solco tu. tajamm wehh benang and sedih,I boleh rasa keloid :( tak kisahhlahh janji bercantum sebaiknya.
 
I rasa gatal sebab healing process kan?
 
 
 
 190617
 
Yes bukak benang. My dad cakap Lihin tak nangis pun. cuma dia dok cakap takut. Murah okay RM 5 untuk 2 jahitan. previous klinik RM 42 ( 1 jahitan plus 1 krim cenonet and nurse yang attend)
 
Yeayy dah boleh basah. nak dekat 3 weeks la dia tak cuci rambut depan. hahaha. Tapi kena tekap kering kering lah , ala macam luka czer jugak lah
 
Btw Klinik Mutiara di Bkt Indah Ampang ni memang bagus. Doctor dia lemah lembut je. nurse semua pun baik. selalu ramai orang sebab agak murah and doc baik. Dulu I checkup Maira di sini. masa pregnant Lihin , kena masuk insert pill pun I datang sini every week
 
 
 
Memang bersyukur sangat lah semua dah okay. Kalau dia mengadu sakit ke apa ke memang robek hati I. huwaaa
 
Tapi kan, ada orang tanya kenapa benang kaler biru? kenapa bukan hitam ke putih ke?
 
err entah boleh main pilih kaler ke?
 
and I nak tahu, benang dia sama dengan benang jahit baju ke? adoi -__-
 
Pada yang curious
 
"you ni tak risau ke anak macam tu? still boleh pergi kerja, pergi event, upload gambar, buat review blablabla"
 
adoidoi. gila tak risau. Entah berapa phone bill I dok call Mak je. Ahh kalau account manager suruh bayar pun I tak kisah. Nak guna handphone sendiri kat sini takde line so kenalah pakai phone office.
 
Pergi event ke apa ke I still ingat anak anak I. benda tu semua I dah RSVP sebelum kejadian. Insha Allah lah I bukan jenis FFK. Kerja? Memanglah kena pergi, I kerja pun untuk anak-anak jugak. kalau fikir tekak sendiri dah lama I terkangkang kat rumah je
 
btw ni lah bucu yang Lihin terhantuk. I assume dia lari lari, tersungkur dan jadi superman 'terbang' ke arah bucu. kepala kena bucu. darah terpercik. waduhh
 
 
Apa pun today birthday Lihin. huwaa Mommy dah start emosi ni. ni start nak bukak cerita proses kelahiran Lihin dan proses berpantang ni. hahaha
 
btw ni entry birthday Lihin last year - Ilham Solihin Turns 3 . Baca lah dengan penuh jiwa okay. gitchew. okay till here . Toodles xoxo


Comments

  1. aduh mmg ngeri masa tgk kt ig aritu, akak tgk sekilas je pastu tak sanggup nk tgk...
    walaupun dh kene jahit ttp la tak sangup nk tgk... tp risau ttp risau.... akak tgk lihin bdk yg berani, takdela merengek je ke apa... jns pndai bawa diri

    ReplyDelete
  2. Mommy cici thankz sudi singgah blog lea.. Lea singgah sini n follow..

    Allahuakbar.. gerun betul tgk luka tu.. dalam jugak tu.. Moga tak de pape kesan sampingan dan cepat sembuh.. Seriau betul tgk..

    ReplyDelete
  3. Subhanaallah! Aduusss.. Sedihnya hati ibu bila tengok anak berdarah macam tu. Huhhuhu.. Nasib baik ok, tak ada pendarahan dalaman...

    ReplyDelete
  4. Aduhhh sakitnya teruk terkoyak teruk macam tu. Semoga lukanya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. Harap2 tak ada oarut kat dahi dia. Mungkin tak ada sebab dia kecik lagi. Jangan lupa bawa dia mandi kolam bila dia dah ok.

    ReplyDelete
  6. Hadoi! I tengok your ig memang rasa seriau gila, baca sini in detail especially bab 'daging' tu rasa macam oih ingat macam daging apa main jahit-jahit je.... Um, mak mana yang tak risau. Tapi kehidupan mesti diteruskan kan.

    ReplyDelete
  7. memang ngilu tgk luka dia dalam sangat. lagi ngilu part kena jahit tu. mujurlah u pergi hospital terus kan. Alhamdulillah nampak makin okay. Moga sembuh sepenuhnya dan hilang semua parut2 tu.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah Lihin dah ok kan. budak2 tengah membesar macam tu lah. selalu buat mak2 macam kita ni jantung kejap tertinggal kat mana2 sebab terkujat sangat. haha

    ReplyDelete
  9. Panjang lebar mommy cerita. Memang epik betul ni...aunty yang baca pun seriau ajer. Alhamdulillah..dah Ok tuh. Kids memang cepat baik la bab2 luka ni kan? Teringat juga luka czer ku. Ade tiga zasssss yer..hahah!

    Anyways, Selamat Hari Raya Cici and family! Maaf zahir dan batin jika selama kite berblog ni ada komen atau entry yang tidak menyenangkan. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan dan seterusnya. Amin ya rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah. Takut Siqah tengok luka Lihin. Besar tu. kasihan Lihin mesti sakit kan. Huhu. Anak buah Siqah pernah kena jahit camtu jugak kat hidung, sampai sekarang masih nampak kesan jahitan kalau tengok dia sungguh2 lah.

    Anyway, Mommy! Selamat hari raya. Semoga gembira saja di hari raya ini. Maaf kalau ada apa Siqah buat dan Mommy terasa eh. Salam 0-0 tau. Hee. Take care!

    ReplyDelete
  11. sebak i baca bee,kesian lihin.Tapi anak jantan ada parut sikit tu biasa bee,ni anak i alya ada parut sikit bila cousin dia kuku panjang tertoreh muka dia hari tu,hopefully tak nampak sangat.amboi ocin makan derian sampai malam2,kesian cici kat umah.hehe..

    bytheway hope lihin recover cepat,kesian dia tak dapat mandi kolam.Nanti kita g mandi kolam sama-sama ya lihin

    ReplyDelete

Post a Comment