Family Day 2017

Baju Raya Sedondon Di Bintang Fashion

Dah siap beli baju raya ke? Excited I semalam I pergi Tesco Ampang semata-mata nak cari Bintang Fashion ni ha. murah sangat woi. Tapi ramainya orang Ya Rabbi -__-
 
 
 
 

Yang I suka kat sini, semuanya organized. Memang senang nak cari baju sedondon. Dari baju melayu, kurung dan baju anak anak semua ada warna sama. Nampak kat belakang tu baju untuk baya baya Maira? kat situ bukan main taknak ukur lah apa lah, sampai rumah dah try taknak bukak -__-


baju casual pun ada. kalau kalau balik kampung, jumpa sepupu sepapat memang melayang lah baju kurung. so better beli baju casual ni ha.
 
 memang one stop centre lah. Semua ada di satu tempat

 
Baju kurung in-da house yoo. Mula mula ingat nak amek jubah. Tapi tengok kurung pun okay. Lama tak pakai baju kurung -__- I amek size S. Nasib ngam ngam uolls. Kalau tak kena sambung puasa lah jawabnya
 



Ni antara pilihan baju melayu. Cekak Musang ada, Teluk Belanga ada. 



Memang ramai orang bersesak. nak jalan pun tak muat. I paling geram baju kurung budak tu ha. Rasa nak borong color. Padahal Maira pakai kejap je pun.
 
Kat sini, lain size lain harga. so korang kena check kat pricelist yang disediakan. 


Size baya Ash pun ada woi. tak sangka I. Main amek je semalam sebab I tinggal Ash kat rumah. ngam ngam pulak
 
Nak tahu cerita kelakar? semalam dah beli baju semua termasuk Atok Nanny, I kata "okay dah la kot semua dah ada"
 
Damn, terlupa I ada anak lagi sorang HAHAHAH . kesian Ash. Dah lah orang yang bagi duit raya pun lupa dia. hadoi yelah anak teruna kan I dok simpan dalam rumah je =p


Oh jangan tak tahu sampin dan songkok (adult and kids) pun ada. Tu ha tudung pun ada uolls. Tu I kata one stop centre


Total 7 orang baru RM500 ? perghh . murah sangat ni ha. Kalau kat tempat lain, maunya nak dekat RM 1000



Okay balik rumah sesi try baju. Ngam ngam pulak kat badan dorang ni. Baju Lihin macam senteng sikit. sebab nak ukur dia taknak. Takpe try tanya boleh tukar tak jap lagi. tak boleh takpe, still boleh pakai
 
Baju Maira tu cantik betul. Dia pun tak pernah ada kaler ni ha


Size 1 tau. Btw detail betul segala manik ni ha


Baju Maira dan Nanny. Mak excited tau. First time katanya pakai baju manik. takut Ash cabut je hahahah


Baju Ash. Murah kan? Masa Lihin kecik dulu I beli baju dia sampai nak dekat RM 100 -___- Tu lah dulu I taktahu pasal Bintang Fashion ni ha


Ni butang baju yang Abah mintak. not bad and murah. yang belakang tu sampin si Lihin untuk Raya Pertama. 

 
 Okay tu je lah kot. Nanti kami OOTD ye. hiks. Btw terima kasih atas layanan baik staff Bintang Fashion Tesco Ampang. Kalau someone from Bintang Fashion baca ni, bagi good rate/ increament / extra bonus kat dorang ye. I suka tau kalau staff yang baik and super helpful ni.
 
Psssttt...Actually I takde mood raya ni. maybe sebab macam macam jadi since first puasa lagi. Tapi I ada mood shopping. kahkahkah. so lakiiii , nak shopping mana lagi? Danau pun bolehh bundle pun boleh Curve, Cotton On, Sephora lagiiii lah boleh. hiks hiks.

 
 


Comments

  1. Murahnya!! Semua barang di atas harga RM500. Boleh nanti siqah pergi juga ke sana. Menarik nampaknya tu =D

    selamat hari raya Mommy! Nanti buat ootd pos kat blog okay. Nak tengok =)

    ReplyDelete
  2. i pun tak de mood raya bee,beli baju raya pun malam raya masa nak beli air gas kat carefour je.nanti i buat entry ootd ya.muahhh comelnya baby maira..n lihin...ash punya saiz pun ada?wahh ini sudah bagus.bagus bintang ni kan...senang kan customer

    ReplyDelete
  3. Bestnya..lawa la baju anak warna biru tu

    ReplyDelete

Post a Comment