Bercuti Di Legoland Theme Park

Bercuti Di Legoland Theme Park memang best okay. Ni sambungan dari Bercuti Di Legoland Water Park hari tu
 
Walaupun I selalu cakap tak minat themepark (cuz Imma scaredy cat liddat) but still most of the games memang designated for kids, super child frienldy. Seperti Legoland Water Park, sini pun ada ramai staff yang sangat helpful
 
so masuk masuk je Lihin dah terpaku kat Driving School. Kat sini ada 2 bahagian, and Lihin kena masuk for small kids punya. Unfortunately , Maira tak lepas


Untuk kids yang besar (5 years above kot) ni track nya. best sikit lah. jauh sikit pusingnya






Opposite Driving School ada boating school pulak. This one adult boleh teman anak ye and for sure Mommy over excited. Kena que tapi tapi taklah lama sangat.

Time tengah que ni, ada satu boat ni both kids naik. Tapi macam dah besar lah sekolah rendah kot. Then dia tak dapat nak control boat tu, maybe berat ke apa ke. so boat macam berpusing pusing kat situ and tak jalan ke depan. Dia dah panic, tau dia buat apa? Bangun nak terjun dalam kolam

Apa lagi staff kat situ kelam kabut lah. Sikit lagi dia pun nak terjun. hahaha Staff tu lompat and berdiri kat muncung boat and tolong handle kan stereng sampai lah ke jeti. Berpeluh peluh dia sambil geleng kepala. yelah kang apa apa jadi satu hal jugak . Tapi air takdelah dalam. cuma penat lah dia nak menjawab kot hahaha

Tindakan yang pantas. Syabas!


 

Stereng dia berat yakmat! I pulas sampai habis. Dalam masa yang sama kena tekan pedal. I ada record tapi payahlah.I cuma takut boat I berpusing pusing di tengah tasik, kang I pulak terjun tinggalkan Lihin
 

Ada few restaurant. jangan risau lapar ye. Risau poket je hahahah




Kids nak tengok Ninja Live ni tapi next show lambat lagi so kita pusing pusing dulu




 
Lihin nak sangat main bomba ni. Tapi tak cukup tinggi daa.
 
Tapi main ni, yang penatnya ialah makpak lah. Mula mula nak gerakkan fire truck tu kena guna energy. Kononnya ada kebakaran so kita kena cepat lah. sampai kat tempat kebakaran, see, parents lah kena pam air hahaha
 

Okay next kita menuju ke Airport. Yang ni pun parents boleh join so I is excited nak naik kapal terbang hahaha. masa kat Danga Bay tu I dah kempunan dah sebab Ocin taknak layan. Nasib lah kat sini ada


Duduk je kena pasang seatbelt okay. ada gear untuk naik dan turun. syok jugak.



Okay yang ni I tak ingat namanya. Nasib Maira lepas masuk, sipi sipi. Dia macam train lah. Masuk gelap sangat. Lebih kurang macam masuk rumah hantu, but no worries takde hantu yang keluar. cuma mumia lah, tikus tu semua lah. Kita kena tembak

I? jerit je lebih. kahkahkah. Maira kat sebelah I dah nangis dah


Okay next benda ni kids version. Dont worry dia naik turun slow je tak macam adult punya. Tapi Maira tak lepas so I teman dia je lah


Okay Ninjago Live!

Sama je macam tengok wayang, tapi yang ni kita boleh amek gambar atau video. Ala patung patung tu digerakkan. Tapi I amazed 'ninja ninja hitam' tu laju betul lari sana sini. Contoh kalau ada scene burung terbang, ha laju je dia 'terbang'kan burung tu. Kalau I sure dah semput

Lihin Maira takut sebab gelap. I dengan Ocin kenalah pujuk pujuk dorang. Tarik perhatian dorang dengan tunjuk star lah lampu lah apa lah. Tapi speaker tu lagi kuat dari suara dorang so I dont think ada orang terganggu. Plus ada jugak bebudak lain nangis lah itu lah ini lah. ada suara baby blablabla. nama pun tempat kids kan?

Lepas tu ada couple row depan I. I rasa dorang honeymoon kot sebab tak nampak dorang bawak kids. So bila Lihin Maira merengek je dorang pandang atas bawah. Lepas tu ada budak tepi dia nangis dia pandang mak budak tu

Kalau dia tegur I, memang I nak cakap

"hello Legoland memang tempat kids, what do you expect?Pergi lah USS ke apa ke"


Okay ni yang bebudak tu excited, Ninjago The Ride. Parents lain tengah buat apa entah, so I masuk dengan Lihin Maira Ocin and anak kawan dia. adoi I kena team dengan Maira.


Basically dia macam kita naik train tapi tak segelap previous one lah. Lepas tu ada screen besar macam ni and kita kena tembak lah. eh ko jangan tembak Ninja tu hahaha tembak monster orang jahat semua.

I jerit sekuat hati uolls. Macam biasa Maira nangis sebelah I. sambil jerit tutup mata sambil tembak. Psiko nak matik. Padahal takde hantu pun


Surprisingly, markah I lagi tinggi dari dorang bertiga wehh. hahah apa ni gamer kalah dengan iolls. dorang bertiga baru 44k . I sorang balun 71k. muahahaha. Okay dah boleh gelar diri seorang gamer. kahkahkah



Okay next ride memang I tak hingin naik since I gayat liddat. Rela jadi photographer je. Benda ni memang akan buat kita basah sikit but dont worry ada mesin pengering nanti. RM 10 kot mesin tu

Tengok laki sapa yang super excited tu?



Next ada playground. Anak anak I bawak tempat memahal cari gelongsor jugak hahaha.

Kat sini semua gelongsor cantik and terjaga. Puas hati sangat sebab kat KL memang tak jumpa. even KLCC punya playground pun dah banyak karat and pecah -__- macam mana wei korang main?

Lepas tu ada train ni. Seorang Cici apa lagi, join the kids lah. Abang tu bagi 2 round sebab takde orang




Ha lepas tu kita naik menara. Boleh tengok keseluruhan Legoland. Ala something like Taming Sari kat Melaka tu

kami dok berpanas je sekali masuk menara tu ada aircond memang syurga dunia betul wehhh


Okay next this game. Maira tak lepas again, so Lihin pergi dengan Ocin. Yang ni memang memerlukan kekuatan tangan untuk naik ke atas. Dia provide glove. Ya Rabbi, nak naik kena tarik tali tu. Makpak lah yang sakit tangan, kids bukan kuat sangat. Kalau I naik dengan Maira confirm lah kami tak dapat naik ke atas. hahahah


Okay penat gilos! Finally kami stop untuk makan. Dah tak tahan dah ni hahaha.

Dari segi harga, okay lah. takde lah terlalu mahal. I think around RM70+ untuk satu pizza besau tu, ada 4 soup 4 non refill drink and bread. Kenyang!



Lepas makan, tukar diapers solat semua. Lepas tu ada rumah ni macam banyak Lego dalam tu. Mommies lain bawak anak masuk, I duduk luar je. Lihin Maira bukan tau sangat main Lego. dorang lagi teruja dengan mainan lain kat luar

Lepas tu kami pergi naik train pusing pusing macam kat funfair tu. tak dapat amek gambar, record video pun dah nak tercampak phone. memang agak laju jugak lah hahaha.

Lepas tu ada koboi area ni. I gigih letak bag and nak join beratur sekali kids je boleh naik. HAHAHAH. I takut jugak Lihin jatuh ke apa ke but dia tak takut. okay je. ada video I upload di IG

Lepas tu ada naik 1 roller coaster ni. Mula mula I ingat macam rumah hantu ke I gigih la nak beratur sekali Maira and Lihin tak lepas. I suruh Ocin je lah pergi. Nasib I tak pergi, kalau tak pengsan I.

Basically roller coaster kat situ very basic, takdelah tunggang terbalik tapi I memang taknak naik lah. I tanya sorang yang naik, dia kata mula mula dia cerita lah pasal dragon ke castle ke. bunyik macam best, kalau you guys datang silalah naik ye

Lepas tu next, ada  roller coaster lagi. ha yang ni pendek je , I tak sangka Lihin suka and tak takut. staff bagi naik few times sebab memang dorang je yang beratur. bagus betul. I duduk kat bawah je sambil record video.
 
Depan roller coaster tu ada sejenis gelongsor. I rasa macam aluminum/ besi kot sebab berkilat habis. agak besar I pun teringin nak naik. Tapi nak panjat agak adventure lah, and I tak larat angkat Maira. Plus they rushing to another game dah petang kan.
 
Takpe next time I aim yang tu. hehehe
 
okay next last game ni memang para bapa yang excited kot. kereta macam dorang naik ni, tapi jalan kat atas. cuma ada 1 part dia slide down agak kecut perut. yang lain okay je. pendek je track dia pun.
 




panas hingga ke petang
so after that kami gerak balik. Memang dahsyat lencun badan. Family lain cari souvenir and kids mintak Lego. I tak beli apa pun. Masuk tengok harga je rasa nak pengsan. hahaha
 
Yang paling affordable untuk I ialah poncho. I think RM 12.90 kids and RM 19.90 adult. menyesal pulak tak beli oi. tshirt mostly RM70 onwards.
 
So the only souvenir that I bought
 
 
 
size satu jari je oi
 
Kah kah kah. Jangan gelak lama lama okay. cenonet sangat RM 5. I beli dari vending machine di luar sovenir shop. Ada 4 design boleh pilih.
 
wah gitchew janji ada kenangan kan. Tergolek golek mak I gelak. Mulalah Mak bukak cerita pasal '"impan duit awal awal, nak jalan senang ni asyik shopping bukan bukan blablabla"
 
k mak.
 
Till here. Toodles, xoxo
 
*pssstt sampai sekarang Lihin dok ajak nak pergi Legoland Legoland Legoland. *pengsan* -__-


Comments

  1. kalau pg time bkn cuti or bkn ujung minggu mmg heaven nya... lapang je... semua menan blh main tanpa bersesak.,... cumanya sian maira ada yg tak lps ketinggian...

    kalau akak mau semput melayan pusing kt legoland nih...

    ReplyDelete
  2. Legoland mmg ohsem! Dua kali kami dah pergi pun rasa nak pergi lagi buat kali ketiga hahaha...lihin dan maira happy sgt tgk main all rides...mmg surga kanak2 sungguh...mak bapak pun boleh join main...what a wonderful malaysia

    ReplyDelete
  3. bercuti di Legoland memang menyeronokkan untuk kanak-kanak. tak puas rasanya kalau sehari nak explore semua yang ada kan.

    ReplyDelete
  4. Banyak gila mainan dia n banyak yang best2. seriously bukan budak je yg excited nak main, yg dah tua bangka pun sama. mujur lah org dewasa boleh join sekali, tapi tak semualah. sobs

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi ke sana. Simpan hasrat juga nak ke Legoland. Nak stay di JB. Tak pernah pergi JB. Sadis betul. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment